Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Buah Nipah Yang Di Idamkan

 

Semasa ke Sg Petani untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Dato Hashim dan Datin Fauziah, saya memang telah merancang untuk mencari buah nipah di kawasan Titi Semeling. Boleh baca entri sebelum ini di SINI

Saya pernah makan buah nipah di Sg Petani ketika menghadiri majlis perkahwinan anak mereka yang sulong, boleh klik di SINI. Masa zaman di kampung dulu, biasanya dapat buah nipah tidak banyak, jadi kami akan terus cungkil keluar dan makan begitu sahaja. 

Tapi kali ini, saya memborong semua ketiga tiga tandan buah nipah. Ya lah alang alang dah menunggu lebih dari 1 jam. Jadi buah nipah ni lebih sedap jika terus dibuka. Jangan dibiarkan beberapa hari di dalam buahnya.




Oleh kerana agak banyak, jadi saya menyira isi buah nipah. Selepas dibelah, saya kopek dengan menggunakan sudu. Kemudian dibasuh dan ditos untuk membuang bahagian kulit dalam buah yang melekat di isi buah nipah.


Masakkan sedikit air gula dan setelah gula hancur, tutup api. Masukkan buah nipah dan dikacau rata. Setelah sejuk, masukkan buah nipah ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais. Ianya sangat sedap dimakan sejuk sejuk.


Alhamdulillah selepas 10 tahun, saya dapat lagi menikmati keenakan buah nipah yang merupakan buah yang sangat nostalgia di zaman kanank kanak saya yang makan buah nipah dari Sungai Tangok. 


Catat Ulasan for "Buah Nipah Yang Di Idamkan"