Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Ipoh Di Lost World Of Tambun Hari 2


Alhamdulillah hari ini saya ingin menyambung catatan percutian kami ke Ipoh, boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. Hari kedua, kami mengunjungi Taman Tema Lost World of Tambun.

Pagi pagi hari kedua, hari mendung dan hujan tidak berhenti henti. Kami bersiap siap untuk ke Taman Lost World Tambun. Oleh kerana kami sampai awal, orang belum ramai. Jadi dapatlah pilih meja yang paling tepi supaya tidak berada di tempat orang ramai. 

Sementara anak anak dan cucu bermain air, kami berehat menunggu bag. Selepas mereka balik, baru saya ke tempat makan. Order nasi ayam. Sedap juga nasi ayam di sini lebih lebih lagi bila dalam keadaan lapar. Di sini, terjumpa dengan Azfar, rakan sekolah Nana dengan Alain yang datang menegur kami.



Selepas itu, saya ikut Nana dan Boy yang membawa Ammar dan Medina ke taman haiwan yang terdapat zirafah, zebra dan unta. Ada juga haiwan lain seperti ular, burung dan banyak lain di bahagian bawah. 



Ammar dan Medina seronok dapat bermain dengan haiwan haiwan yang sangat jinak ini. Mereka dapat menyentuh sendiri dan memberi makan haiwan haiwan ini. Ianya bagus untuk mereka melatih diri supaya lebih menyayangi haiwan haiwan jinak yang ada. 



Masalah semasa di sini ialah cable charger handphone tak sepadan dengan power bank. Terpaksa lah pergi ke cafetaria berdekatan untuk minum sambil charge handphone. 

Selepas itu, anak anak kembali menyambung bermain surfing. Ketika di sini, pelampung kami telah dicuri orang walaupun ianya diletak sebelah saya. Ianya ditarik di belakang saya ketika saya tertidur. 

Adui mana boleh curi orang punya, berdosa dan aniayai orang namanya. Ini kerana untuk mendapat deposit, pelampung perlu dipulangkan dengan nombor yang betul. Dalam berseronok, jangan buat benda benda macam ni. Yang buat kerja ni, nampaknya dah cukup dewasa untuk fikir.


Nasib baik ada dua tiga orang budak lelaki nampak orang yang mencuri. Mereka sukarela pergi mencari dan membawa semula 2 pelampung tersebut. 

Setelah petang, baru kami beredar keluar. Balik ke bilik, semua dah kepenatan. 



Selepas berehat, malam baru kami keluar untuk makan malam dengan mee ketam di Tg Rambutan. 


Catat Ulasan for "Percutian Ipoh Di Lost World Of Tambun Hari 2"