Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Percutian Akhir Tahun 2021 di The Haven Hari 1



Sebelum berakhir tahun 2021, anak anak merancang percutian keluarga ke Ipoh. Nana dan Alain bertindak sebagai penyelaras dan merancang itineri percutian. 

Namun begitu, masih tak cukup quorum kerana Nelly tak dapat ikut serta kerana telah merancang percutian staycation dengan kawan kawan. 

Sebenarnya hati masih terasa risau dengan kes covid yang tidak nampak ada pengurangan. Tapi sampai bila nak hidup dalam ketakutan kerana covid ini hanya boleh dihapuskan oleh Allah sahaja. Manusia hanya boleh berusaha. Mengambil suntikan vaksin, mematuhi SOP adalah antara langkah yang boleh kita ambil. 

Kami bertolak dari rumah saya di Kota Damansara terus ke Ipoh dengan singgah sekali sahaja di R&R. Kami terus ke Restoran Nasi Ayam Hainan. Melihat orang ramai, terasa juga cuak maklum ada Ammar dan Medina. 

Alhamdulillah kami diberikan tempat duduk di bahagian belakang yang terasing dari tempat makan meja meja lain di dalam restoran. Alhamdulillah juga kerana Ammar dan Medina sangat behaved. Mereka tidak bergerak ke sana ke mari tanpa kami. 



Makanan di sini sangat sedap. Bukan sahaja nasi ayam tapi makanan lain pun semua sedap. Memang patutlah orang ramai memenuhi restoran sepanjang masa. 

Selepas makan, kami berjalan kaki untuk makan cendol yang tidak jauh dari kedai nasi ayam. Sambil berjalan dengan anak anak dan cucu, satu pengalaman yang pasti menjadi kenangan. Makan cendol hanya dengan duduk di kerusi di kaki lima jalan sahaja. Ingatkan kedai besar, rupanya gerai kecil sahaja. 


Selepas itu, kami terus menuju ke tempat penginapan di The Haven. Kami mengambil 2 unit kondominium yang menpunyai 6 bilik kesemuanya. Pemandangan cantik berlatar belakangkan gunung dan bukit yang ditarah curam sangat mengasyikkan. 


Selepas solat, kami turun untuk minum di cafe sementara anak anak fan cucu mandi di kolam renang yang sangat cantik serta latarbelakang pemandangan yang sangat cantik dan mendamaikan. 




Selepas mandi kami naik dan berehat. Selepas solat kami keluar untuk makan malam dengan menu mee rebus. OK setakat ini dahulu, nantikan sambunganya di entri akan datang.


3 ulasan for "Percutian Akhir Tahun 2021 di The Haven Hari 1"

  1. Kak azie,,saya tunggu update akak pasal the Haven ni, nampak best je hotel ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Update apa ya, ingat saya dah complete semua untuk Percutian Ipoh.

      Padam
    2. https://www.aziekitchen.com/2022/02/percutian-ipoh-di-lost-world-of-tambun.html

      Padam