Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Melaka Hari 2


Alhamdulillah hari ini, saya ingin menyambung lagi catatan perjalanan saya ke Melaka. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.  

Pagi pagi hari kedua di Melaka, kami keluar untuk makan pagi di Pantai Siring selepas dicadangkan oleh seorang follower. Tapi sayang kedai yang dicadangkan pula tutup. Ada satu tempat gerai menjual ikan celup tepung. Tapi kami berpatah balik dan singgah di gerai yang pertama kami nampak ada menjual nasi lemak dan ikan bakar.

Hahaha pagi pagi sarapan dengan ikan bakar. Alang alang dah ke Melaka kan, lagi pula tepi pantai, pasti ikan lebih segar. Saya makan roti kukus, nasi lemak dan ikan bakar. 

Selepas makan, kami berjalan dan bergambar di tepian pantai. Pantainya sangat dekat dengan rumah dan kedai. Terfikir kalau air pasang, pasti air naik sehingga ke kedai makan yang kami makan tadi.

Dek kerana dah lama tak pekena roti canai, kami kemudian mencari pula roti canai yang dicadangkan oleh follower untuk saya mencuba. Tapi sayang semua kedai menjual roti canai ditutup. Agaknya mereka masih belum mula berniaga selepas PKP dibuka.

Kebetulan lalu di pusat jentera parti yang ketika itu sedang rancak sebelum pilihanraya negeri Melaka, di mana ternampak kereta sahabat kami Dato Ibrahim. Jadi kami pun singgah untuk berjumpa mata sekejap. Kebetulan Datuk Khairi juga ada bersama boss beliau. 


Balik dari sana, saya menelefon Datin Nik Junainah menanyakan tempat untuk berurut kerana badan rasa sakit sakit seperti angin dalam badan. Masya Allah indahnya bila kita bersahabat dan sentiasa berniat untuk berbuat kebaikan pada orang lain. 

Datin Nik  mencadangkan Scent & Senses. Masya Allah Datin Nik, owner Ibrahim Nik Junainah & Associates bukan sahaja tolong membuat appointment tapi juga membayar semua bil saya hari itu. Alhamdulillah semoga Datin Nik dimurahkan rezeki. 


Selepas itu, kami ke bandar hilir Melaka untuk melihat peninggalan pintu Gerbang Santiago kota A famosa oleh Portugis pada tahun 1511 selepas menakluki Melaka dan menamatkan pemerintahan kesultanan Melaka. 

Kalau tidak silap, saya mengunjungi A Famosa tahun 1981 bersama rombongan sekolah. Masa tu, rasanya perlu mendaki bukit untuk naik bergambar di hadapan pintu A famosa. Zaman sekolah dulu, sedih sangat kalau baca sejarah bab kejatuhan Melaka ke tangan Portugis. Baca sejarah dengan hati ketika itu. 


Macam tak percaya pula, kerana pintu A famosa sekarang sudah sama level dengan jalan raya. Saya tersesat dan perlu bertanya beberapa orang untuk mencari pintu gerbang A famosa ini. Seronok kerana ianya mengimbau kenangan zaman persekolahan, bergambar beramai ramai di hadapan bangunan tersebut. 


Kalau dah di Melaka, kami pasti mengunjungi Deuk Kitchen di Kampung Mortem. Selain untuk memberi sokongan kepada Faisal, anak sahabat saya juga kerana makanan yang disediakan sangat sedap dengan harga yang berpatutan.

Kami ke sana untuk makan malam. Alhamdulillah Faisal belanja makan malam kami pula. Masya Allah, makanan semuanya sedap dan bertambah sedap bila dibelanja oleh tuanpunya restoran. 

Apa apa pun, kalau ke Melaka jemputlah ke Deuk Kitchen. Saya sangat sangat recommend untuk anda mencubanya. Faisal anak muda kreatif dalam masakan berpengalaman bekerja di luar negara selama beberapa tahun. 



Setakat ini dahulu, sehingga kita berjumpa lagi di catatan perjalanan ke Melaka untuk hari seterusnya. Salam sayang buat semua...

1 ulasan for "JJCM Melaka Hari 2"

  1. Pertama kali ikut rombongan masa sekolah rendah dulu ialah melawat kota Afamosa kat Melaka.

    BalasPadam