JJCM Melaka
Percutian singkat kami ke Melaka kali ini, secara spesifik untuk JJCM. Aween ikut sekali jadi kami bertiga sahaja. Ianya adalah entri tertangguh kerana ianya pada penghujung tahun lepas. Melaka ketika itu, baru dibuka untuk selepas PKP. Jadi banyak kedai makan yang masih ditutup.
Sesampai di Melaka, kami terus ke bandar Melaka mencari makan tengahari dengan lauk asam pedas. Tapi banyak kedai ditutup, jadi masuk jer mana mana kedai yang dibuka. Orang ramai dan yang paling frust bila asam pedas tak sedap langsung. Cair dan dah tak ada rupa dan rasa asam pedas. Hahaha sepatutnya orang Melaka kenalah pandai memasak asam pedas yang sedap kan.
Kami kemudian check in di Doubletree by Hilton Hotel dan sebelah petang, saya turun menemani Aween untuk mandi di kolam renang. Perlu buat appoinment di mana setiap orang hanya diberikan masa 1 jam sahaja sebelum kumpulan berikutnya.
Sebelah malam, kami keluar makan di Medan Ikan Bakar Umbai. Sebelum itu, kami konon konon nak mencuba tempat ikan bakar baru. Kami google untuk mencari restoran ikan bakar Muara. Masya Allah orang terlalu ramai sehingga siapa yang tidak membuat tempahan tidak dibenarkan masuk. Mereka menghadkan pelanggan pada satu satu masa demi mematuhi SOP.
Dari situ, kami terus ke Medan ikan bakar Umbai. Agaknya dah lama tak ke sini. Memang suasana dah bertukar wajah. Terdapat tempat makan yang lebih teratur. Kami memesan makanan dan lauk lauk ikan bakar. Orang tidak ramai di sini dan kedai pun tidak banyak yang dibuka.
Kalau ditanya saya, ikhlas saya katakan mutu makanan di sini sekarang agak kurang. Tidak lagi seperti dulu dulu ketika kami selalu ke sini setiap kali turun ke Melaka.
Jadi kalau anda ke sini, pandai pandailah memilih kedai yang agak agak boleh menyediakan masakan dengan lebih menepati citarasa anda.
Catat Ulasan for "JJCM Melaka"
Add your comment