Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Muar Part I



Selepas sehari balik dari program JJCM jelajah Selangor di SINI dan di SINI, saya mengajak Hubby ke Muar. Kami mengajak sekali sahabat kami Tuan Shahrol dan Mariam untuk JJCM di Muar. Alhamdulillah mereka setuju untuk ikut sama walaupun mereka tidak dapat bermalam kerana menpunyai urusan lain keesokannya.


Kami singgah di RnR untuk minum sebelum meneruskan perjalanan. Destinasi pertama adalah R&H Cafe untuk sarapan Muo Style iaitu sarapan dengan sate, mee rebus dan soto. Kami tiba agak lewat jadi sate perut telah habis.


Kami terpaksa beratur agak lama untuk mendapatkan tempat duduk. Selepas makan kami bersembang santai sebelum keluar untuk ke Medan Asam Pedas Parit Jawa. Jika ditanya pada pendapat saya, saya lebih suka sate di Restoran ZZ Sate Warisan yang saya pernah makan dulu. Tapi selera masing masing kan berbeza. 

Hajat hati nak cuba di Gerai Asam Pedas Mak Pon kerana dulu saya dah makan di gerai Pak Yahya. Tapi di gerai Asam Pedas Mak Pon hanya tinggal ikan kembung sahaja. Jadi terpaksa lah kami makan sekali lagi di gerai Pak Yahya. 

Harga makanan di sini agak berpatutan, untuk 2 set makanan kami membayar tidak sampai pun RM50, termasuk 2 plastik ubi keledek Jepun yang dijual di situ. 



Selepas makan kami bersembang sembang sebelum beredar untuk mencari tempat menarik yang boleh singgah untuk bergambar. Kami ke kawasan masjid tapi tak dapat masuk. Hari pulak panas terik, jadi kami tak jadi keluar. Sebaliknya mahu terus ke kedai menjual cendol.  

Malangnya kedai cendol yang dicari pulak tutup. Tuan Shahrol kemudian memutuskan untuk balik kerana mereka bercadang untuk singgah di Melaka. 



Dari situ, kami berdua waze mencari cendol Delima. Saya pernah melihat YB Syed Saddiq makan cendol delima di dalam Instagram beliau. Hanya makan sambil berdiri sahaja atau duduk dibangku tanpa meja. 

Ramai juga yang membuat pesanan dan makan cendol di dalam kereta yang di parking. Sedap dan cendolnya besar besar. Ada pelbagai cendol special yang boleh dipilih, ada pulut, ada tapai pulut, ada juga mangga dan banyak lagi. 

Selepas itu, kami bertolak ke hotel untuk check in. Tapi bila dapat tahu kedai Mee Bandung Abu Bakar Hanifah ditutup pukul 4.30 petang, jadi kami buat keputusan untuk singgah dulu. Maklum esok pasti tak berkesempatan kerana kami akan balik selepas makan tengahari. 

Mee bandung di sini sangat famous dan dikatakan antara mee bandung Muar yang ori. Tapi pada saya kuahnya terlalu pekat dengan rasa udang kering yang terlalu kuat. Saya terpaksa berhati hati. kerana saya memang allergi dengan udang. Saya hanya mengambil 2-3 sudu sahaja. Tidak berapa kena dengan selera saya yang mungkin tidak biasa dengan mee bandung Muar yang asli. 


Kami kemudian terus ke Muar Traders Hotel untuk check in. Kami mengambil bilik mengadap sungai di tingkat 11. Memang sangat cantik pemandangan sungai Muar. Cuma saya agak gayat dengan ketinggian begitu. Pemandangan sebelah malam lagi cantik dengan lampu dari jambatan Sungai Muar. 

Sebelah malam, kami keluar mencari ikan bakar. Kami ke medan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Sabak Awor tapi ketika kami sampai, kelihatan orang ramai mulai beratur masuk. Jadi kami berpatah balik dan singgah di restoran ikan bakar Wak Jos. Walaupun orang ramai tapi restorannya menpunyai ruang terbuka.



Kami hanya pesan makanan untuk diratah ratah. Ada yang sedap dan ada yang tak berapa sedap. Sotong celup tepung selain dari tak berperisa juga sangat liat sehingga lenguh pipi mengunyahnya. Memang memasak sotong perlukan skil. Kalau tak pandai, memang akan jadi keras dan liat.

Balik dari sana, kami terus balik ke hotel.  Hubby mengambil gambar pemandangan malam yang cantik di balconi. Saya pula terus berehat sambil google mencari maklumat tempat makan menarik untuk saya kunjungi keesokannya. Setakat ini dahulu, nantikan sambungan di bahagian kedua. 


3 ulasan for "JJCM Muar Part I"