Jumaat, 22 Oktober 2021

JJCM 5: Jelajah Selangor Part 1

 

Atas permintaan ramai yang minta saya kongsikan tempat makan dan tempat menarik sepanjang Program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) geng ethica iaitu Persatuan Alumni Bekas Penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya yang ke 5 Jelajah Selangor, maka saya kongsikannya di sini hari ini. 

Jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog dan juga klik Follow Blog untuk dapat notifikasi setiap kali entri baru dibuat. Kerjasama anda sangat saya hargai. Terima kasih. 

Sebenarnya kami merancang untuk JJCM ke bandar bandar kecil di Johor sebelum PKP 3 dilaksanakan. Dengan pelaksaanaan PKP 3, kami terpaksa menangguhkan program tersebut. 

Sebaik diumumkan, kebenaran merentas negeri, kami menukar destinasi dari Johor untuk menjelajah Selangor sahaja. Kami belum bersedia untuk menempuh kesesakan jalanraya yang mana orang ramai ingin balik kampung setelah sekian lama tidak dapat berbuat demikian.

Sebelum perjalanan kami semua bersepakat untuk melakukan ujian kendiri Covid 19. Oleh kerana program kali ini masing masing akan memandu kenderaan sendiri, jadi aturcara dibuat mengikut check point yang ditetapkan.

Checkpoint 1 adalah tempat kami berkumpul sebelum konvoi. Kami berkumpul di Sg Tua menantikan ketibaan semua sebelum memulakan perjalanan. Doa sebelum perjalanan dimulakan dibacakan oleh Prof Dr Mohad Anizu. 


Selepas bergambar, kami menuju ke check point 2 iaitu stesyen minyak Caltex. Di sini kami mengeluarkan kuih muih yang kami tempah untuk mengisi perut walaupun kami masing masing telah singgah bersarapan sebelum check point 1. Sekadar mencari kelainan, seronok makan sambil berdiri macam tu. 




Oleh kerana masih awal lagi untuk bertolak ke tempat makan tengahari di Anuar Rusa Steak House, kami mengubah plan dengan menuju ke Empangan Kuala Kubu Baru, Selangor. 

Malangnya tempat kami singgah tak nampak pun empangan kerana hutan yang tinggi. Kami memang mengelakkan tempat yang disinggahi ramai orang untuk mengelakkan berada di tempat ramai orang. Jadi di situ, kami hanya bergambar sambil posing di bawah drone yang dibawa Datuk Haji Khairi. 


Selepas bergambar, baru lah kami menuju ke felda untuk menikmati makan tengahari di Anuar Rusa Steak House yang lauk utama mereka ialah rusa, arnab, puyuh dan kambing. Tiada ayam atau daging. 


Ketika kami sampai, ruang makan hanya lah kumpulan kami sahaja. Tidak bercampur dengan pelanggan lain. Alhamdulillah walaupun makan di ruang terbuka tapi tidaklah terasa terlalu panas seperti yang sepatutnya. Masih terasa angin. Tandas yang disediakan berserta surau juga bersih dan selesa.  

Selepas makan kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu masjid untuk bersolat. Selepas selesai solat, kami memulakan perjalanan ke ladang tebu. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat cantik dengan tali air di sebelah kiri dan sawah yang hijau terbentang di sebelah kanan. 

Memang cantik dan menarik. Nostalgia untuk saya yang merupakan anak petani di mana ibubapa saya menanam padi untuk menyara kehidupan. Tapi sesampai di ladang tebu, kelihatan kereta yang banyak di park sepanjang jalan. Kami membuat keputusan untuk skip kerana orang terlalu ramai. Kami tidak mahu mengambil risiko berada di kalayak ramai buat masa ini.

Dari sini, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Paddy Gallery PLS di Sekinchan. Ada gallery dan muzium padi untuk menunjukkan bagaimana proses dari mula penanaman padi sehingga terhasil menjadi beras yang dibungkus. Selepas membeli tiket, kami diberikan cenderahati berupa beras yang dibungkus cantik.


Kami diberi penerangan serta ada tayangan video yang menunjukkan peringkat peringkat yang terlibat dalam penanaman padi. Selepas selesai, kami beredar untuk ke galeri padi. 

Selepas bergambar di galleri padi, kami turun dan membeli jagung kukus untuk makan dan jagung manis mentah untuk dibawa balik. Selepas makan, kami bergambar di tepi sawah padi yang sangat cantik. Hahaha ketika itu, cuaca panas. Memang muka berminyak minyak jadinya.


Dari sini, kami bergerak ke VI Boutique Hotel untuk check in. Pukul 7.30 malam kami berkumpul di dewan makan untuk makan malam dan juga untuk acara dan permainan yang disediakan oleh Dr Abdol Aziz. 

Hidangan makan malam kami adalah Nasi Ambeng yang ditempah. Tidak ada kedai. Sangat sedap. Sehingga sekarang pun masih teringat ingat. Kali pertama saya makan kacang soya yang digoreng dengan kacang panjang.


Selepas makan, acara teka teki perumpamaan dimulakan dengan suasana yang sangat melucukan dengan pelbagai gaya dan aksi cuba untuk menjelaskan maksud perumpamaan. 

Selepas itu, geng lelaki berpindah ke bilik berhadapan bilik saya. Mereka menpunyai. agenda dan game yang telah dirancang sesama mereka. Manakala geng wanita pula berkumpul di bilik saya untuk bersembang sembang dan berkongsi pelbagai cerita dan pengalaman.

Setakat ini dahulu, jangan lupa baca Part II Jelajah Selangor yang sangat menarik, iaitu Sky Mirror dan juga tempat makan yang best semuanya di SINI

Add your comment