Rabu, 18 November 2020

Mee Goreng Basah Azie Kitchen Yang Sangat Sedap



Dua tiga hari yang lalu, saya makan mee hoon goreng kosong menambah nambah sampai 5 kali. Boleh klik di SINI. Kali ini makan mee goreng pula menambah berkali kali sehingga dah berhenti makan pun, masih dok fikir nak makan lagi atau tak. Alih alih duduk dan tambah sekali lagi. 

Serious susah betul nak cari mee goreng yang kena dengan selera saya. Saya dah berhenti makan pun, masih teringat ingat rasa nak makan lagi. Tapi terpaksa berhenti sebab dah tinggal sikit untuk pembantu kami. Masya Allah, saya pun tak tahu ini makan ke melantak. 

Cerewet sangat tekak saya bab mee goreng, kalau tak sedap saya tak nak makan dan akan terus ketepikan. Semalam saya goreng mee juga. Dua kali goreng sebab tak cukup. 

Tapi hari ini lagi sedap kerana ada basah basah sikit. Tapi tak terlebih basah dan tak terlalu kering. Ini yang susah sebenarnya. Secara jujur, ada juga masa saya masak tak menjadi dengan elok walaupun rasanya OK. 


Kenapa saya cerewet? Agaknya kerana saya tak pernah makan mee goreng macam ni masa dulu dulu. Hanya makan mee goreng bodo atau mee goreng talam sahaja yang dibeli dengan harga 50 sen. 

Saya mulai pandai beli mee goreng macam ni masa tingkatan enam. Ketika itu, saya tinggal dengan abang saya di Bandar Bachok sementara menunggu tawaran masuk ke universiti. 

Ada seorang kakak berniaga mee goreng yang sangat sedap. Hari hari saya pergi beli. Yang saya nampak, dia ada letak air rebusan dan letak macam cuka dalam botol nampak jernih. Masa tu, tak berani nak sembang sembang dan minta resepi. Sebab kakak tu sentiasa nampak sibuk kerana dia sorang sorang jer tanpa pembantu. 

Saya ada menanya nanya kot siapa tahu dan ingat kakak ni. Teringin saya nak belajar dengan dia. Bayar berapa pun saya sanggup. Tapi hampa sebab tak ada orang yang ingat.
 
Jom layan resepi yang saya salin di bawah ini. Jangan lupa klik iklan yang keluar di blog ni tau. Ada yang takut nak klik takut ada virus. Ini semua iklan google. Semua OK. Selamat mencuba...



Mee Goreng Basah Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek mee kuning
2 sudu besar bawang putih - cincang
1 sudu besar cili kisar
1 mangkuk isi ayam - tak guna
5-6 ekor udang - lagi banyak lagi sedap
1 paket fish ball
1 ikat sayur bok choi
½ ketul kiub pati ayam
½ sudu kecil garam
1 biji telur

Bahan sos:
1 sudu besar kicap pekat Jalen
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram

Cara cara:
Lalukan mee di bawah air dan tos. Ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kisar sehingga cili masak. 

Masukkan isi ayam. Kacau sehingga masak dan masukkan udang dan fish ball. 


Masukkan batang dan daun bok choi. Masukkan kiub pati ayam dan garam. 

Kecilkan api dan masukkan bahan sos dan ketepikan sikit bahan tumis, tuang telur. 


Masukkan mee kuning.Besarkan api. Kacau telur ditepi sebelum digaul rata telur dengan mee. 

Akhir sekali, masukkan kubis dan gaul rata. Biarkan mee basah basah. Bolehlah ditutup api. 


Sebelum dihidangkan, tabur daun bawang dan bawang goreng. Letak sekali hirisan limau nipis. 

Nota:
Jika suka, boleh masukkan tauhu yang digoreng dan dipotong kecil.

1 ulasan

Add your comment