Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Kampung Yang Buat Kenyang Sampai Ke Malam

 

Haaa tak tahu lah sedap atau tidak tapi saya menambah mee hoon goreng ini sampai 5 kali, pendek kata tak perlu makan sampai keesokan rasanya. Kenyang tahap tak boleh nak berunding. 

Sebelum kita pergi lebih lanjut, jangan lupa klik iklan yang keluar di blog saya ni juga tau. Yang belum follow, klik follow boleh untuk baca entri saya setiap hari.

Memang sekali sekala sangat sedap makan makanan yang biasa kita makan waktu kita kecil kecil dulu. Seingat saya, jarang pun makan mee hoon atau mee goreng yang dimasak sendiri. Maklumlah di Kelantan, makanan dijual untuk sarapan sangat banyak dan murah pula. Jadi membeli lebih jimat dari memasak di rumah.

Mee hoon ni memang tak ada bahan bahan yang biasa digunakan sekarang ini. Tiada udang, tiada sayur, tiada kicap, tiada sos sos, ikan bilis dan sebagainya. Yang ada hanya bawang merah, bawang putih dan cili kering kisar sahaja. Yang lain patutnya letak telur. Tapi sebab ada juga dada ayam, saya campak masuk juga lah. 


Tapi serious lah, yang simple ni juga sedap. Less is more. Begitulah hidup di kampung, yang simple dan tiada hiruk pikuk terutama zaman dulu. Tak ramai orang ada kereta. Hanya berbasikal ke sana ke mari sorang sorang diri pun, Alhamdulillah selamat dan tiada kejadian yang tidak diingini seperti sekarang.   

Biar dari mana pun asalnya kita, pengakhiran kitalah yang paling penting. Tak guna asal kaya tapi hidup tidak diredhai Allah. Yang penting dalam hidup kita, bak yang dipesan oleh sahabat saya, Cikgu Noriah Mohamed ialah Rahmat dan Petunjuk Allah. Kita masuk syurga bukan kerana banyaknya amalan kita tapi kerana Rahmat Allah. Itulah kisah seorang pelacur yang memberi minum anjing yang kehausan, dijanjikan syurga. 

Petunjuk Allah juga sangat utama kerana ianya adalah kunci kebahagiaan yang sebenar benarnya di dunia ini dan di akhirat. Allah memberi petunjuk, Allah tunjukkan jalan yang benar, Allah beri Hidayah dan jentikkan hati kita untuk berbuat kebaikan, barulah kita akan melakukan kebaikan. Semuanya dari hidayah Allah. 

Namun begitu, kita kena berusaha mencari hidayah Allah. Jangan tertipu dengan dunia, jangan hanyut dengan glamor untuk mencari ramai follower. Jangan sesekali lupa untuk membuat kebaikan dan pahala kerana ianya adalah sebenar benar kekayaan buat kita semua.

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Hias simple simple jer. Saya bila memasak, memasak untuk makan adalah matlamat utama. Bukan memasak untuk ditunjukkan dalam blog atau IG. Jadi apa yang saya paparkan seikhlasnya yang ada di rumah saya. Selamat mencuba....



Mee Hoon Goreng Kampung

Bahan bahan:
350 mee hoon vermicelli
2 keping dada ayam
2 sudu besar cili kering kisar
3 biji telur
Garam
½ cawan minyak

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan ciki kisar. Kacau sehingga cili masak dan terbit minyak. 

Masukkan isi ayam dan kacau sehingga masak. Masukkan sedikit garam. Kacau rata. 


Ketepikan bahan tumis dan masukkan telur. Bila telur separuh masak, masukkan mee hoon yang direndam dengan air sejuk. 

Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Bila terbit minyak, boleh angkat. Jangan ditekan tekan dengan sodek supaya mee hoon tidak putus dan hancur.


Tabur bawang goreng dan daun bawang jika suka. 


1 ulasan for "Mee Hoon Goreng Kampung Yang Buat Kenyang Sampai Ke Malam "

  1. Kalau lada kering n bawang besar bawang putih blend skali boleh tak?

    BalasPadam