Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Asam Pedas Melaka Ikan Parang

Asam Pedas Melaka Ikan Parang

Saya gembira melihat begitu ramai yang berkongsi resepi dan video masakan di facebook dan Instagram serta youtube. Walaupun pada pemerhatian saya, facebook, kebanyakan resepi yang diceduk dari blog atau instagram orang lain. Mereka hanya mengumpul resepi resepi orang lain. Kerja lebih mudah dengan jalan mudah tanpa perlu memasak. Tapi mereka adalah juga usaha untuk berkongsi resepi. 

Di instagram dan youtube juga sangat ramai. Bagus sebenarnya. Lebih mudah untuk ramai belajar resepi resepi masakan. Cuma saya, saya akan kekal dengan blog saya. Blog adalah umpama catatan kisah saya berkaitan dengan sesuatu resepi.

Saya pencinta resepi, bukan sehari tetapi sejak berpuluh tahun lamanya. Sejak saya masih di bangku sekolah. ketika itu, tidak mudah untuk mendapatkan resepi. Ada resepi yang saya bayar kerana saya tetap mahukan resepi yang dah dicuba dan terbukti sedap dan menjadi. 

Resepi resepi ini pula saya kongsikan secara percuma di blog atau dengan harga yang sangat murah di dalam buku resepi saya iaitu 101 Resepi dari Azie Kitchen yang mengandungi 101 resepi. Saya katakan murah kerana untuk mengikuti kelas PJJ, anda harus membayar antara RM30-RM300 untuk satu resepi. 

Walaupun ramai yang meminta saya mengadakan kelas, saya tetap dengan pendirian untuk berkongsi resepi secara percuma di blog ini. Saya tulis setiap bahan dan langkah langkahnya dengan penuh kasih sayang kerana saya mahu mereka yang mencuba akan gembira dengan hasil dan kejadiannya. 

OK hari ini saya ingin kongsikan satu resepi iaitu asam pedas Melaka. Kalau sebelum ini, saya kongsikan resepi asam pedas Johor di SINISebenarnya resepi ini tidak lah betul betul resepi ori Melaka. Tapi telah diolah. Menurut sahabat saya Puan Haryati, kalau asam pedas Melaka, mereka tidak menggunakan jintan manis untuk asam pedas ikan. 

Asam Pedas Melaka Ikan Parang

Kacang bendi pula, biasanya diganti dengan terung atau sawi jeruk. Yang guna daun kesum, biasanya asam pedas Johor. Asam pedas Melaka menggunakan daun limau purut dan serai. Tapi saya masak ikut apa yang saya suka. Kerana di Melaka pun, lain orang lain masakannya.

Saya memang suka mencuba pelbagai versi asam pedas kerana saya seorang pencinta masakan dari pelbagai negeri. Saya sangat gembira kerana dapat memasak asam pedas versi Melaka. Sangat sedap terutama bila menggunakan ikan parang yang gemuk dan banyak isi. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba...


Asam Pedas Melaka Ikan Parang

Asam Pedas Melaka
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 keping ikan parang 
5 sudu besar cili kering kisar - boleh tambah
2 sudu kecil pes asam jawa - jgn terlalu banyak, terlebih masam tak sedap
1 sudu besar garam 
600- 700 ml air 
Sedikit daun kesum
10 batang kacang bendi

Bahan tumbuk:
2 sudu besar ketumbar biji 
2 sudu besar jintan manis 

Bahan kisar:
8-9 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
2 biji buah keras

Cara cara:
Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan kisar yang hendak ditumis. 

Tumis bahan kisar, bahan tumbuk dan cili kisar sehingga wangi dan benar benar garing, masak dan terbit minyak. 

Asam Pedas Melaka Ikan Parang

Masukkan air secukupnya. Bila kuah mendidih, baru dimasukkan ikan. Masukkan juga apa apa sayuran yang disukai.

Asam Pedas Melaka Ikan Parang

Masukkan garam dan air asam secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

2 ulasan for "Asam Pedas Melaka Ikan Parang"

  1. Assalam, Kak Azie
    Kecur kita tengok tayangan asam pedas ikan parang pagi2. Sy setuju, asam pedas Johor biasanya diletakkan daun kesom, kalau AP Melaska diletak daun limau purut. Tapi, sy sebagai Johorean,. kalau masak AP, sy selalu ganti daun kesom dengan daun limau purut sebab saya jarang ada stok daun kesom. Oh ya, sy pernah tengok satu rancangan memasak, mereka masak lauk 'gerang asam' yang seakan-akan asam pedas. Nak request Kak Azie masak ni, boleh? hihi

    BalasPadam
  2. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    BalasPadam