Rabu, 9 September 2020

Asam Pedas Johor Kg Sg Melayu Gelang Patah Yang Sedap

Asam Pedas Johor Kg Sg Melayu Gelang Patah Yang Sedap


Saya rasa ramai yang menulis bab ini dan memerhatikan keadaan yang sama. Bab bershopping di butik butik ternama. Ianya berdasarkan pemerhatian saya sendiri. Saya beberapa kali mengalami situasi di mana kita boleh melihat kesungguhan staf melayan kita. 

Jangan marah, jika saya sebutkan kebanyakannya budak budak Melayu yang mungkin berpersepsi yang orang Melayu tidak ada duit untuk membeli agaknya. Jadi mereka acuh tak acuh sehingga kita terpaksa mencari sendiri pintu keluar di butik mereka yang menpunyai beberapa lantai. Sebenarnya sikap mereka ini kadang kadang membuatkan kita rasa malas membeli barangan mahal dengan staf berkenaan. 

Berbeza dengan staf Cina yang melayan secara bersungguh sungguh sehingga kita yang bercadang untuk melihat lihat dahulu, akhirnya terus membuat keputusan membeli. Saya tidak pasti dengan orang lain tapi saya memang akan mengambil masa untuk membuat pemilihan design sesuatu yang ingin dibeli. Semuanya diambil kira. Warna, saiz dan sebagainya.  

Maklumlah saya bukan orang kaya, bukan kawin dengan orang kaya atau raja atau ahli politik yang boleh main ambil sahaja apa yang disukai. Semuanya duit hasil usaha sendiri bekerja dan menyimpan. Jadi saya memang mengamalkan sikap berhemah dalam berbelanja.   

Jadi pesanan saya pada mereka yang bekerja di butik butik jam dan handbag ternama, jangan pilih kasih dalam melayan pelanggan. Tak semua orang akan pakai dari kepala ke kaki pakaian berjenama untuk masuk butik. OK cukup setakat ini dahulu coretan saya, sekarang kita masuk pula bab resepi.

Asam Pedas Johor Kg Sg Melayu Gelang Patah Yang Sedap

Semasa program JJCM selatan kami telah singgah ke jeti Kg Sg Melayu yang terletak di Gelang Patah untuk makan tengahari. Sebelah paginya kami ke sana untuk aktiviti menaiki bot untuk menangkap ketam dan melihat tempat penternakan kupang di tengah tengah laut antara Malaysia dan Singapura. Boleh baca catatan perjalanan tersebut di SINI.

Lauk yang paling sedap pada selera saya ialah asam pedas ikan sembilang yang menpunyai telur. Kuah asam pedasnya pula sedikit pekat pekat dan tak terasa pahit. Seperti biasa, bila makan sedap saya mula lah tak senang duduk. Akhirnya saya meminta nombor telefon orang yang memasaknya. 

Alhamdulillah kerana akhirnya saya berjaya mendapat nombr telefon tukang masak di situ. Saya terus menghantar mesej dan saya sangat bertuah kerana dia telah sudi untuk memberi resepinya. Memang kebanyakan resepi sama tapi sukatan bahan bahan akan memberi rasa yang berbeza.

Jom layan resepi yang saya gunakan dan cara penyediaannya  di bawah ini.  Boleh tengok video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Asam Pedas Johor Kg Sg Melayu Gelang Patah Yang Sedap

Asam Pedas Kg Sg Melayu

Bahan bahan:
1 ekor ikan merah - 500 gram
Sedikit daun kesum
Sayuran disukai - bendi, terung
50 gram asam jawa - bancuh dg 700 ml air
½ sudu besar garam
Serbuk perasa
¼ - ½ cawan minyak masak

Bahan kisar:
15-20 tangkai cili kering 
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putihh
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan bahan kisar sehingga naik bau. 

Asam Pedas Johor Kg Sg Melayu Gelang Patah Yang Sedap

Masukkan air asam jawa. Masak sehingga mendidih. Masukkan ikan, daun kesum serta sayuran yang disukai.

Asam Pedas Johor Kg Sg Melayu Gelang Patah Yang Sedap

Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa.


3 ulasan

  1. wah...sempat jugak Azie mintak no telefon tukang masak ya.Untung Azie..pengalaman baru masuk utk makan melalui kelapa sawit sejauh 5km kan..

    BalasPadam
  2. Aduh, kecur tengok asam pedas. Asam pedas boleh jer nak masak guna resepi paling simple iaitu cuma guna cili kering, bawang merah dan halia untuk ditumis, atau tambahkan lengkuas, kunyit dan serai, rasanya memang berbeza. Sy sentiasa ada stok cili dan bawang kisar untuk masak asam pedas, cuma satu, saya tak pandai sukat, berapa batang cili, selalu main cekut jer cili kering tu, hihi.

    BalasPadam

Add your comment