Rabu, 9 September 2020

JJCM Selatan Day 3


Pagi pagi hari ketiga, selepas sarapan kami berkumpul di lobi untuk aktiviti menaiki bot di Kg Sg Melayu. Perlu awal bagi mengelakkan cuaca panas. Sebaik tiba, kami mendaftar dan mengambil jaket keselamatan. Selepas diberi penerangan ringkas, kami bergambar kenangan. 

Kami kemudian ke jeti untuk menaiki boat yang mana setiap bot akan dinaiki oleh setiap pasangan. Aktiviti pertama ialah meletakkan perangkap ketam di sungai. 


Kami kemudian di bawa menyusuri sungai yang sangat menyeronokkan. Selepas itu, kami di bawa ke tengah laut untuk melihat aktiviti penternakan kupang yang bersempadan dengan Singapura.



Di sini kami bergambar beramai ramai sebagai kenangan. Selepas itu, kami balik ke jeti. Sebelum ke jeti, kami singgah untuk mengangkat perangkap ketam yang ditinggalkan pagi. Tapi nasib tak menyebelahi kerana tiada ketam yang masuk perangkap.

Selesai aktiviti bot, kami menaiki bas untuk balik ke hotel. Selepas mandi, kami menuju semula ke Kg Sg Melayu untuk makan tengahari. Yang sedap di sini, pastinya asam pedas ikan sembilang. Boleh lihat resepinya di SINI.



Selepas makan tengahari kami meneruskan perjalanan balik ke Melaka. Kami singgah solat di masjid dan kemudian bertolak balik di Shah Alam. Sebelum balik rumah, Dato Setia Salehuddin telah menyediakan durian musang king di laman rumah mereka.

Dengan itu, berakhirlah perjalanan JJCM selatan kami yang secara tidak langsung melengkapkan perjalanan kami di seluruh semenanjung Malaysia. Dari utara sehingga ke pantai timur dan selatan. Boleh klik entri hari pertama di SINI dan hari kedua di SINI.


Add your comment