Khamis, 9 Julai 2020

Riadah di Tasik Putrajaya



Hari terakhir sebelum Perintah Kawalan Pergerakan, kami dengan kawan kawan ethica dalam perjalanan pulang dari program JJCM Pantai Timur. Ketika itu, kes belum banyak. Malahan belum ada kes dilaporkan di Negeri Terengganu dan Kelantan. 

Tapi kami telah mengamalkan amalan untuk mencegah rantaian dengan tidak bersalaman dan bersentuhan sesama sendiri, sanitize dan kerap membasuh tangan serta memakai pelitup muka bila berada di tempat yang ramai orang. 


Dalam perjalanan balik, kami singgah membeli barang dapur di pasaraya Giant Kuala Terengganu. Boleh klik di SINI. Balik di rumah, kami telah bersedia untuk perintah kawalan pergerakan fasa pertama yang diumumkan untuk selama dua minggu mulai 18 Mac 2020. 

Sejak itu kami semua berada di rumah bagi mematuhi PKP. Bila PKP ditarik semula dengan nasihat penjagaan serta amalan amalan mengikut SOP, kami mengaturkan program riadah di Tasik Putrajaya. 

Kami mematuhi SOP dan mengamalkan norma norma baharu dengan tidak bersalaman dan bersentuhan, mengambil suhu badan, kerap membasuh tangan dan sanitize. Insya Allah. 

Ini adalah kali kedua kami beriadah sambil berbasikal. Jika kali pertama dahulu, kami melakukan brisk walking terlebih dahulu dari Kelab Tasik Putrajaya. Kali ini kami terus parking kereta di Ayer 8. Terus berbasikal dan laluan kali ini juga agak jauh dari sebelumnya.  



Kali ini juga lebih meriah kerana lebih ramai yang dapat join bila Prof Dr Anizu dan Dr Abdol Aziz juga ada bersama. Lebih meriah. Namun sebab lama tiada aktiviti, agak kepenatan bila terus beriadah tanpa warming up terlebih dahulu. 


Selepas selesai beriadah, kami singgah di rumah Tuan Khairi untuk makan makan bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran isteri beliau, Mai Zatul Akmar dengan jamuan mee rebus Haji Wahid yang sangat sedap dan KFC. Kami juga meraikan harijadi Prof Anizu yang jatuh pada keesokan harinya. 


Kami beredar kerana mahu menghadiri majlis harijadi Medina pula di sebelah petangnya. Nantikan di entri seterusnya. 


Add your comment