Isnin, 13 Januari 2020

Buku 101 Resepi Dari Azie Kitchen

Buku 101 Resepi Dari Azie Kitchen

Buku 101 Resepi dari Azie Kitchen terhasil setelah lama saya memikirkannya. Saya risau jika penghasilan buku ini memesongkan niat saya untuk berkongsi resepi secara percuma.  Namun akhirnya saya faham, yang saya masih berkongsi resepi secara percuma di blog, facebook dan Instagram. Cuma bagi mereka yang memerlukan buku perlu membayar sedikit yang terdiri dari kos pembikinan. 

Ramai follower saya yang request supaya saya membukukan resepi resepi yang memudahkan mereka membuat rujukan terutama ketika travelling dan juga ketika balik kampung di musim perayaan bila mana internet slow untuk membuka blog. 

Buku 101 Resepi Dari Azie Kitchen

Jadi atas dasar itu, saya bersetuju menerima tawaran dari publisher dan memilih resepi resepi yang sesuai untuk masakan harian, juga untuk masakan di musim perayaan. 

Adalah menjadi harapan saya agar buku ini dapat membantu follower saya di dapur dan juga bagi yang membuat perniagaan berasaskan masakan. 

Saya terpaksa mengikut format yang ditetapkan oleh publisher, jadi diharapkan ianya mudah difahami dan juga dijadikan rujukan. 

Jangan lupa untuk mendapatkan naskah anda hari ini di kedai buku Popular di seluruh negara dan anda juga boleh memesan secara online dengan klik di SINI. Popular online akan membuat penghantaran ke Singapura. Untuk Brunei, perlu mendapatkan dari kedai buku Popular di bandar bandar di Sarawak yang berhampiran. 


8 ulasan

  1. Congrats Kak Azie on your cookbook! I will look out for it at Popular.

    BalasPadam
  2. Tahniah, Kak Azie atas penerbitan buku ini

    BalasPadam
  3. assalamualaikum.

    tahniah, atas penerbitan buku resipi ^^

    BalasPadam
  4. Tahniah kak Azie.Gembira ngan pekembangan baru ni

    BalasPadam
  5. Tahniah aunty. Kena beli ni. Selalu follow resepi dari blog aunty.

    BalasPadam
  6. Tahniah Azie dah keluarkan buku resepi sekarang. Nanti nak juga dapatkan buku Azie ni utk koleksi serta rujukan saya.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah dah dapat buku resipi saya! Tahniah saya ucapkan.

    BalasPadam

Add your comment