Selasa, 10 Disember 2019

Bakso Yang Sangat Sedap

Bakso Yang Sangat Sedap

Seronok sebenarnya bila membaca blog Memoir of Kampung Life In Kelantan yang ditulis oleh Haji Razali anak jati kampung saya di SINI. Hidup kita berfasa fasa dengan setiap fasa menpunyai memori suka dan duka tersendiri. Saat dan zaman kanak kanak di kampung  adalah zaman terindah dalam hidup saya. Saya mengingati semua detik detik bermain di hutan sungai dan laut ketika itu umpama saya menonton drama di TV. Mungkin juga kerana memory disk masih kosong, jadi banyak memori dapat disimpan.

Masih ingat kata seorang guru di sekolah menengah bahawa zaman menjadi seorang mahasiswi di universiti adalah zaman terindah dalam hidup seseorang. Ya saya setuju dengan kenyataan tersebut. Lebih lebih lagi ketika menjadi junior di tahun pertama, ramai juga peminat saya. Secara jujur saya tidak pernah merasa saya cantik dan putih seperti mana yang orang katakan pada saya. 

Melangkah ke fasa kehidupan seterusnya iaitu berumahtangga dan berkeluarga. Juga saat terindah bila dapat memeluk zuriat sendiri yang disayangi. Memulakan kehidupan dari zero adalah juga satu detik yang agak mencabar dan memerlukan banyak pengorbanan. Namun rumahtangga adalah penyatuan dua insan yang berlainan latar belakang dan keturunan, pastinya sekali sekala didatangi badai. 

Umpama jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Dalam kita berbahagia, adanya makhluk lain ingin menumpang kesenangan yang kita nikmati. Pastinya seumur hidup, saya tidak akan melupai manusia seperti ini yang umpama makhluk perosak dan juga watak watak lain dalam episod tersebut. 

Saya sangat terharu bila mana arwah Bonda ketika itu bertegas memihak kepada saya. Bonda tahu harga diri saya dan Bonda tahu tahu sejauh mana saya boleh berjaya dalam hidup walau apa pun sekali rintangan yang mendatang. Ya saya anak Kelantan yang menpunyai semangat wanita negeri serambi Mekah.   

Kini di fasa dewasa, saya telah kecapi kejayaan yang saya cari dalam hidup. Saya hampir memiliki semua yang saya impikan. Lagi pula, impian saya bukanlah sehingga bulan dan bintang. Alangkah bahagia jika saat ini dapat dikongsikan dengan kedua ibubapa saya. Didikan mereka telah membuahkan apa yang saya ada pada hari ini. 

Kejayaan akhirat adalah matlamat saya kini dan selamanya. Hmm pagi pagi saya telah melakukan muhasabah diri dan mengimbau kenangan pahit manis yang telah saya lalui dalam hidup ini. Cukup setakat ini dahulu.  

Bakso Yang Sangat Sedap

Saya bukanlah adventurous sangat kalau bab makan. Saya tak kenal dan tak pernah pun makan bakso sehinggalah semasa mengerjakan ibadah Haji pada Disember 2006 hingga Januari 2007 bila mana Ustaz Tunggul Wahidin yang bertugas dengan syarikat Zahafiz sepanjang musim Haji menjemput kami untuk ke restoran mereka di Klang bagi menikmati Bakso selepas balik ke tanahair. 

Itulah kali pertama saya menikmati Bakso, memang sangat sedap. Selepas itu, ada beberapa kali kami ke sana lagi. Tapi asyik tutup dan jika dibuka pun, tiada Bakso. Jadi lama lama kami pun tidak lagi ke sana. 

Beberapa tahun kebelakangan ini, Bakso adalah antara masakan Indonesia yang sangat femes dan banyak di jual di sini. Sejak itu, barulah berpeluang untuk makan Bakso. 


Bakso Yang Sangat Sedap

Sebenarnya menyediakan Bakso ni sangat mudah dan cepat. Kita perlu buat persediaan, sebagai contoh mungkin hari ini sediakan dulu daging bakso, esok baru disediakan sup. Pendek kata, kita rancang apa yang ingin dimasak. Jadi kita tidak lah penat atau dalam keadaan tergesa gesa. Lebih lebih lagi bagi wanita berkerjaya yang terpaksa mencuri curi masa untuk memasak.

Bakso saya hari ini sangat sedap. Bila kita memasak sendiri, bahan bahan dan perencah mewah sekali. Kuah bakso saya diperbuat dari air rebusan tulang dan tulang rusuk segar. Jadi memang cukup sedap sup bakso. Tak perlu untuk memasukkan kiub pati daging pun, sebab rasa manis air rebusan tulang asli.

Jom semua sama sama cuba resepi ini. Layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba... 


Bakso Yang Sangat Sedap

Bakso Yang Sedap

Bebola daging Bakso:
500 gram daging lembu cincang
2 ulas bawang putih
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada sulah
4 sudu besar tepung ubi 
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-cara:
Masukkan semua bahan bakso dalam satu bekas dan gaul hingga adunan menjadi halus. Nota: bawang putih digoreng sehingga kekuningan dan ditumbuk. Pindahkan ke dalam bekas lain dan tutup permukaan bekas dengan plastik.

Bakso Yang Sangat Sedap

Masukkan adunan tadi dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit sebelum digentel bulat bebola daging mengikut saiz yang diperlukan.

Bakso Yang Sangat Sedap

Bakso Yang Sangat Sedap

Masak air sehingga mendidih dan masukkan bebola daging. Rebus menggunakan api kecil hingga bebola timbul di permukaan.  

Bakso Yang Sangat Sedap

Bakso Yang Sangat Sedap

Ceduk keluar dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air ais. Sedia untuk digunakan.


Bakso Yang Sangat Sedap

Sup Bakso:
500 gram tulang lembu
1 batang serai - ketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil  serbuk lada sulah
2 biji buah keras
Garam
Gula 
Serbuk perasa - jika suka
3-4 liter air rebusan daging 

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
1 biji bawang merah besar
1 inci halia

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air, tulang lembu, buah keras, serai dan halia yang telah diketuk, serbuk lada hitam dan lada sulah.

Bakso Yang Sangat Sedap

Bakso Yang Sangat Sedap

Bakso Yang Sangat Sedap

Rebus kesemua bahan sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan perasa, garam dan gula secukup rasa.  

Bahan sayuran:
Kubis - hiris halus
Daun sup/daun bawang - dihiris halus
Bawang goreng

Sambal Bakso:
Segengam cili padi merah
4-6 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka makan
Air rebusan daging

Cara cara:
Rebus cili untuk hilangkan rasa pijarnya. Tumbuk cili merah sehingga lumat dan masukkan cuka. Tuang sedikit air rebusan daging. 

Bakso Yang Sangat Sedap

Bakso Yang Sangat Sedap


4 ulasan

  1. Ary ni nk try buat bakso gune rrsepi ni.. Tq

    BalasPadam
  2. Selalu cuba mcm2 resepi dari bloq azie kitchen..selalu menjadi masakan saya...hari ini saya cuba bakso pulak...terima kasih utk resepi yg tak terlalu susah nak buat dan yg penting jadi..dan sedap.

    BalasPadam

Add your comment