Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Campur Berempah

Rendang Campur Berempah

Tiba tiba teringin nak memasak rendang campur selepas bersembang sembang dengan Dato Emran sewaktu majlis jamuan raya selepas penyembelihan lembu dan kambing korban pada hari raya Aidil Adha yang lalu. 

Sambil makan, beliau menceritakan anak anak sangat sukakan limpa yang dimasak rendang campur yang disediakan oleh isteri beliau. Saya meminta resepi dari beliau tapi agaknya dia sibuk sehingga tidak sempat memberikan resepi tersebut.


Rendang Campur Berempah

Jadi saya google dan menemui satu resepi yang nampak sangat menarik. Saya lebih suka jika memasak bahan bahan yang ada bau seperti hati dan limpa, dimasukkan sedikit bahan bahan berempah supaya tidak terasa bau atau rasa hanyir. Rendang Daging Campur hari ini, saya ambil dari SINI. Selain itu, rendang campur juga sedap menggunakan resepi rendang pedas saya sebelum ini di SINI

Memasak kali ini adalah lebih pada mahu cuba memasak rendang menggunakan periuk tekanan Noxxa. Bila mahu stir fry untuk keringkan kuahnya, ia meletup letup. Jadi saya tutup 3/4 periuk dengan penutupnya. Habis merecik recik seluruh dinding dan lantai. Dah lah begitu, sebab takut terpercik ke tangan, kacau dari tepi sahaja hingga tak sedar daging dah terlebih empuk. 

Saya lebih suka mengacau dalam kuali. Senang untuk kita control semuanya. Tak apalah. Kalau tak dicuba, kita pun tak tahu bagaimana hasilnya. Jadi untuk rujukan masa depan, saya tulis apa yang agak agak lebih baik untuk kita semua dilakukan. 

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Rendang Campur Berempah

Rendang Campur Berempah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging
½ kg limpa
½ kg hati
½ kg paru
½ kg santan pekat
30 tangkai cili kering - 4 sudu besar cili kisar
8 batang serai - ketuk 
4 helai daun limau purut
4 helai daun kunyit - 2 simpul, 2 lagi hiris
1 sudu makan kerisik
2 keping asam keping
Gula melaka
2 sudu besar garam kasar

Bahan Kisar:
20 biji bawang merah
5 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
4 inci halia
1 inci lengkuas
6 inci kunyit
5 batang serai
3 biji buah keras

Bahan sangai dan kisar:
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
Sedikit lada hitam

Cara-cara:
Rebus hati, paru dan limpa bersama air dan 2-3 keping asam keping atau halia yang diketuk. Setelah lembut dan empuk, angkat dan toskan. Boleh dihiris.

Sangai semua bahan sangai dan kemudian kisar halus bersama bahan kisar. 

Rendang Campur Berempah

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau dan terbit minyak.

Masukkan semua bahan utama iaitu daging, limpa, paru dan hati. Kacau lagi sehingga kering dan terbit minyak. 

Masukkan santan. Terus masak dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih dan pekat. 

Setelah kuah hampir kering, masukkan kerisik, garam, gula, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau sebati.

Masak sehingga kering yang disukai, jika suka sedikit basah, jangan dimasak terlalu kering. Sesuaikan rasa.

Akhir sekali, tabur hirisan daun kunyit. Sedia untuk dihidangkan. 


Cara Memasak Menggunakan Periuk Noxxa:
Setting Meat 10 minit - rebus limpa, paru dah hati dengan sedikit air dan halia yang diketuk. Angkat dan buang air rebusan. Nota: di masa depan, boleh reus paru dulu 10 minit dan kemudian masukkan limpa dan hati dan rebus lagi 3 minit supaya limpa dan paru tidak overcooked.

Rendang Campur Berempah

Rendang Campur Berempah

Setting Stir fry - Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, bahan sangai, serai dan cili kisar sehingga terbit minyak. Masukkan daging, bahan yang direbus dan santan ke dalam inner pot. Kacau rata, on plug. 

Rendang Campur Berempah

Rendang Campur Berempah

Setting Meat 20 minit - Tutup periuk tekanan. Pastikan tombol di atas tudung periuk berada dalam fungsi pressure. Tunggu sehingga masa tamat dan periuk berbunyi 'beep' berulang kali. Lepaskan tekanan pada tombol atas tudung periuk. Tunggu hingga wap keluar habis. 

Rendang Campur Berempah

Buka tudung periuk, masukkan kerisik, garam, gula Melaka, asam keping, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau sebati. Oleh kerana kuah merecik recik ketika dikeringkan saya buka sedikit tutup macam gambar di bawah dan kacau dari tepi sahaja.

Rendang Campur Berempah

Setting Stir fry - Kacau sehingga rendang mulai kering yang disukai. Tabur sedikit lagi daun kunyit. Sedia dihidang. 



Nota:

Jika daging telah empuk, keluarkan daging dan bahan campur. Keringkan kuah rendang sahaja supaya daging tidak hancur.


1 ulasan for "Rendang Campur Berempah"

  1. Salam kak.
    Lagi satu please stop eating farmed salmon be it from UK Norway or swedish or anywhere. Nak makan ikan YG ditangkap Di laut Lepas.
    Saya dulu memang me u salmon tapi perasan gatal gatal jadi teruk sampai Rasa crawling kat kulit. Dan miang etc.

    Lepas makan kurang banyak. Farmed sea bass, salmon. Kat oversea semua tak elok.
    Kat Tesco sini Jual ikan pangasius atau patin sangkar Dari Vietnam. Also saya tak makan.
    Makan la ikan kecik kecik laut ...ok aja.hake, whiting , ikan sebelah , turbot etc..
    Kalau beli ikan frozen hake, whiting, nampak je murah tapi quality nom sebab ikan laut.bukan ternak.


    https://www.onemedical.com/blog/eat-well/farmed-salmon

    Google lah salmon YG diternak Di UK. Sweden or mana mana negara penuh toksik. Scotland punya Pon equally bad.

    Kalau boleh ambil la mackerel macam ikan kembung selar..ikan white bait, ikan parang, ikan tenggiri etc... Still better than salmon.

    Wasalam.

    BalasPadam