Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Agar Agar Kemenyan Yang Sedap


Masya Allah seorang pemimpin dan agamawan mestilah lebih putih dari putih. Maksudnya bukan sahaja dilihat bersih tapi lebih lebih bersih. Tapi apa yang berlaku, adalah ramai terpalit dengan isu menjelikkan seperti rasuah, sexual harassment, LGBT dsb. Betul atau tidak tapi bila terpalit dengan isu sebegini, keputihan tidak lagi putih. 

Ini lah golongan yang dikatakan penunggang agama. Berpura pura alim dan warak hakikatnya gagal melawan dengan nafsu sendiri. Sekadar menpunyai ilmu tapi gagal mempraktikkannya ilmu tersebut. Sangat kesian sebenarnya. 

Golongan seperti ini adalah orang yang sakit yang perlu dibantu dengan khidmat kaunseling oleh para ulamak yang benar benar ulamak. Para ustaz jangan berdiam diri atau cuba membela golongan penunggang agama yang hipokrit.

Berbuat banyak kebaikan dan jariah, mengajar banyak ilmu dan dalam masa sama melakukan perbuatan yang dilarang Allah. Dek kerana kebaikan yang ditunjukkan, ramai membela kononnya seseorang tidak boleh diaibkan. 

Mereka tidak dapat membezakan perkara aib dan jenayah. Sebetulnya perbuatan jenayah dan kemungkaran boleh diwar war bagi memberi maklumat dan peringatan pada orang ramai supaya mengenali unsur unsur jenayah. Dengan mengetahui, seseorang dapat menjauhi golongan ini dan mengelakkan terjebak.

Saya sendiri walaupun dah berumur lebih setengah abad, sangat naif dan tidak percaya perkara ini berlaku kerana saya juga seperti orang lain yang percaya, tidak mungkin seorang berilmu agama akan melakukan perkara songsang seperti ini. 

Pendedahan oleh setengah golongan adalah satu bentuk education kepada anak anak muda supaya mengenali personaliti yang cuba melakukan sexual grooming sebelum menjerat mangsa. OK sekarang kita masuk pula bab resipi.

Kali ini kami menyediakan Agar agar Kemenyan dengan dimasukkan dalam loyang besar, bukan dalam acuan kecil. Boleh klik entri sebelum ini di SINI yang menggunakan acuan tebal. Hasilnya berbeza. 



Saya memang suka agar agar yang tak banyak lemak atau buah buah seperti puding. Saya suka mengunyah bahagian agar agar kosong yang kenyal kenyal. Kalau dimakan sejuk sejuk, lagi lah nyaman.

Inilah antara agar agar kegemaran saya. Sambil makan akan membelek belek melihat corak di agar agar. Hahaha siapa yang ada perangai seperti saya ini? Cer komen sikit. 

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini. Saya memang penggemar agar agar. Jika ingin melihat video penyediaannya, boleh klik di SINI. Selamat mencuba...


Agar Agar  Kemenyan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
20 gram agar agar bertali
1000 ml air
¾ cawan gula
1 keping/100 gram gula Melaka 
100 ml susu cair
1 ketul gula batu saiz ibu jari
1 helai daun pandan

Cara cara:
Masak agar agar dengan gula batu dan daun pandan sehingga agar agar hancur dan larut. 

Ceduk keluar 3 senduk adunan ke dalam periuk kecil. Bila sejuk, boleh dipotong ikut yang disukai.
Tuang susu cair ke dalam agar agar tadi dan dikacau sehingga mendidih. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas leper. Masukkan ke dalam peti ais sehingga ianya cepat beku dan mengeras.Setelah agar agar susu keras, dipotong mengikut bentuk yang disukai. 

Masukkan gula dan gula Melaka ke dalam adunan asal. Kacau sehingga gula dan gula Melaka hancur. Nota: masa ni bolehlah rasa kemanisannya, jadi masukkan gula sikit sikit dulu. 

Tuang agar agar gula Melaka ke dalam acuan yang disukai. Masukkan agar agar yang dipotong tadi ke dalam agar agar gula Melaka. Nota: kena dibuat dengan cepat sebelum agar agar gula Melaka mula mengeras.


Setelah keras, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Biarkan benar benar sejuk, baru sedap dinikmati. 

Nota:
Gula batu berfungsi supaya agar agar tidak berair ketika dihidangkan. 


Catat Ulasan for "Agar Agar Kemenyan Yang Sedap"