Jumaat, 9 Ogos 2019

Agar Agar Kemenyan Yang Sedap


Agar Agar Kemenyan Yang Sedap

Kali pertama saya menikmati agar agar ini ketika menghadiri majlis pernikahan anak buah Hubby di Ampang. Hari itu, saya berpuasa jadi kakak ipar telah membekalkan untuk saya berbuka puasa. Memang sangat enak lebih lebih lagi dimakan ketika sejuk sejuk. Nyaman jer tekak. 

Setiap kali menghadiri majlis perkahwinan, apa yang kita lihat ialah kegembiraan. Semua pasangan mengharapkan kegembiraan berpanjangan tanpa ada surutnya. Namun kehidupan bukanlah sebuah drama yang biasanya berakhir dengan happy ending. 

Kebahagiaan yang diharap adakalanya tidak kesampaian. Bukan sekali disakiti tapi berkali kali menjadikan saya tidak lagi percaya pada cinta. Cinta hanya pada Allah, nescaya Allah akan menjaga kita. Lirik lagu Kerana oleh Erra Fazira sangat tepat untuk menzahirkan perasaan saya terhadap cinta. 
Aku sangkakan yang ku gilap
Permata tulen yang berharga
Penilaian ku oh ternyata silap
Kau rupanya kaca tak berharga

Berbalik dari resepi agar agar kemenyan. Walaupun telah diajar cara cara menyediakannya tapi tanpa resepi, percubaan pertama tidak menjadi. Tapi biasalah ramai yang memasak main agak agak. Bila kebetulan Kak Ngah datang ke rumah, saya minta Juita sediakan sekali lagi agar agar tersebut. Haa barulah menjadi dengan sedap selepas ditunjukkan langkah demi langkah. 

Agar Agar Kemenyan Yang Sedap

Agar Agar Kemenyan Yang Sedap

Saya makan lepas satu persatu, memang tak terasa. Agar agar kan lembut kenyal gitu. Balik dari kerja keesokannya saya terus ke peti sejuk. Laa tengok dalam bekas, dah licin. Rupanya Aween pun suka juga agar agar ni. Hahaha serious sedap.  

Jom layan resepi di bawah ini. Juga video penyediaannya di SINI. Bab gula dan manis tu, nanti bolehlah ubahsuai dengan citarasa sendiri. Ada yang suka manis dan ada yang suka kurang manis. Selamat mencuba...

Agar Agar Kemenyan Yang Sedap

Agar Agar  Kemenyan

Bahan bahan:
20 gram agar agar bertali
1000 ml air
3/4 cawan gula
1 keping/100 ml gula Melaka 
100 ml susu cair
1 ketul gula batu saiz ibu jari
1 helai daun pandan

Masak agar agar dengan gula batu dan daun pandan sehingga agar agar hancur. 

Ceduk keluar 3 senduk adunan ke dalam periuk kecil. 

Tuang susu cair ke dalam agar agar tadi dan dikacau sehingga mendidih. Angkat dan tuangkan ke dalam bekas leper. Masukkan ke dalam peti ais sehingga ianya cepat beku dan mengeras. 

Setelah agar agar susu keras, dipotong mengikut bentuk yang disukai. 

Agar Agar Kemenyan Yang Sedap

Agar Agar Kemenyan Yang Sedap

Masukkan gula dan gula Melaka ke dalam adunan asal. Kacau sehingga gula dan gula Melaka hancur. Nota: masa ni bolehlah rasa kemanisannya, jadi masukkan gula sikit sikit dulu. 

Tuang agar agar gula Melaka ke dalam acuan yang disukai. Masukkan agar agar yang dipotong tadi ke dalam agar agar gula Melaka. Nota: kena cepat masukkan adunan susu sebelum agar agar gula Melaka mula mengeras.

Agar Agar Kemenyan Yang Sedap

Agar Agar Kemenyan Yang Sedap

Setelah keras, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Biarkan benar benar sejuk, baru sedap dinikmati. 

Agar Agar Kemenyan Yang Sedap



3 ulasan:

  1. Nama agar-agar yang menarik...

    BalasPadam
  2. sedapnya makan sejuk-sejuk, suka try aziekitchen especially resepi pantai timur semuanya menjadi

    BalasPadam
  3. Kak kenapa dipanggil kemenyan?

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon