Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Hari ini kita sedar atau tidak kita telah berada pada hari ke4 di bulan Ramadhan. Sangat pantas. Bagi orang beriman, mereka akan gusar bila Ramadhan sampai ke penghujungnya. Ramadhan ada banyak peluang yang di alpakan oleh ramai orang. Saya ingin kongsikan petikan tazkirah Zohor oleh Ustaz Rozie Rejab di surau tempat saya bekerja. Antaranya ialah: 

Pertama, Ramadhan menawarkan satu peluang pengampunan dosa. Bukan sahaja dosa pada Allah tapi juga pada manusia. Peluang sama diberi pada mereka yang mendapat Haji yang mabrur. Selain itu, dalam majlis ilmu, semua yang ada dalam majlis ilmu akan diampunkan satu persatu dan hajat mereka akan diperkenankan satu persatu. Jadi jangan lepaskan peluang untuk sentiasa beristighfar samada dalam hati atau secara lisan di mulut. Selepas solat, jangan kelam kabut mahu bangun. Beristighfar lah sekurangnya 3 kali.  

Peluang kedua yang dialpakan ialah kurangnya berselawat ke atas Nabi. Barang siapa banyak selawat pada aku Allah akan beratkan timbangan amalannya. 

Peluang ketiga yang mudah ialah menyantuni anak yatim di sekeliling. Cukup sekadar senyuman. Siapa dalam Ramadhan yang boleh buat anak yatim happy, orang ini akan dimuliakan Allah. 

Peluang seterusnya ialah bila bangun sahur. Sahur adalah waktu terbaik untuk beristighfar. Rugi siapa yang tidak mohon keampunan ketika ini. Tak bangun sahur pun rugi kerana dalam sahur ada keberkatan. Apa yang dikatakan berkat. Benda sikit tapi boleh guna banyak. Rugi jika bangun sahur tapi tidak melakukan solat sunat 2 rakaat. 

Amalan Ramadhan yang dialpakan seterusnya ialah tidak membaca Al Quran. Baca satu ayat dalam bulan Ramadhan, dapat pahala khatam Al Quran. Kalau selain dari bulan Ramadhan, baca satu huruf dapat 10 pahala.  

Peluang lain ialah memberi makan orang berbuka maka baginya adalah puasa orang itu tanpa mengurangkan pahala puasa mereka walau sedikit pun. Rugi jika tak ambil peluang. Hatta walau sebiji tamar atau seteguk air. Sunat ketika nak buka puasa, pegang dan belek buah tamar dulu. 

Peluang seterusnya yang selalu di alpakan ialah tidak menghadiri majlis ilmu yang merupakan taman syurga dunia. Selangkah ke majlis ilmu dengan tujuan dapat redha Allah, akan diberi satu tahun nilai ibadah bagi setiap langkah. 

Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Kali ini saya menyediakan rendang ayam versi mudah iaitu semua bahan dilebur semua sekali dalam kuali. Tak perlu tumis tumis. Lagi pun masak untuk seekor ayam jer. Kalau kita memasak dalam jumlah yang banyak contoh untuk majlis atau untuk hari Raya, lebih baik ditumis supaya rendang tahan lama dan lambat basi. Boleh tengok di SINI.

Rendang ayam atau daging adalah antara lauk yang saya suka sediakan di bulan Ramadhan. Saya memang tak suka makan nasi yang berkuah. Jadi kuah rendang digaul gaul dengan nasi putih telah cukup untuk membangkitkan selera terutama waktu sahur. 

Lagi satu saya suka sebab rendang mudah disimpan dengan dibekukan. Ianya tahan lama dan boleh dimakan dengan pelbagai samada dengan nasi putih, pulut, mee hoon atau dicicah roti sahaja. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Rendang Ayam

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 kg santan segar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai 
3-4 sudu besar cili kering kisar
1 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
Sedikit gula Melaka
Sedikit gula pasir
Sedikit garam
1 helai daun kunyit - hiris

Bahan kisar:
3 hiris lengkuas
3 batang serai
1 inci kunyit hidup

Cara cara:
Sebahagian dari bawang merah, bawang putih, serai dan halia dihiris halus. Sebahagian lagi dikisar dengan bahan kisar. 

Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Masukkan ayam dan semua bahan hiris serta bahan kisar ke dalam kuali. Nyalakan api dan masak sehingga ayam kecut. 

Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Tuang santan dan masak sehingga kuah terbit minyak. 

Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Setelah terbit minyak, masukkan kerisik, asam keping, gula Melaka, gula dan garam. 

Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

Setelah hampir kering, tabur daun kunyit. Tutup api dan bolehlah dihidangkan. 

Rendang Ayam Mudah Dan Sedap


2 ulasan for "Rendang Ayam Mudah Dan Sedap"

  1. Idea menarik jugak ni, 4 hari berpuasa asyik mkn kari & sambal aje sy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sentiasa mencari idea apa nak masak dg melihat masakan kawan kawan. Kalau tidak memang buntu

      Padam