Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Eropah di Mount Titlis dan Lucerne Hari: 5 Part II


Jika anda follow catatan perjalanan UK dan Eropah kami kali ini, pasti anda masih ingat keindahan Rheinfall yang bak gambar di poskad. Boleh klik di SINI. Destinasi kami selepas itu, ialah Engelberg untuk ke Mount Titlis. Perjalanan dari Rheinfall memakan masa selama 2 jam.

Sangat cantik pemandangan sepanjang jalan. Kedudukan rumah rumah kayu di lereng lereng bukit dengan pemandangan gunung ganang bersalji putih menjadikan saya ralit memerhati kiri kanan tanpa jemu. Sepanjang perjalanan adalah juga percutian buat saya, saya dijamu dengan keindahan mukabumi dan alam semulajadi. 



Kalau diikut, ramalan cuaca keadaan cuaca berkabus tetapi cuaca dijangka terang di sebelah petang. Sesampai di stesen cable car Engelberg, kami mencari parking yang kawasan parking sangat luas dengan bayaran CHF5 se hari. 

Kemudian Juita ke kaunter tiket untuk membeli tiket naik ke atas. Tiket untuk seorang ialah CHF54. Untuk ke Mount Titlis ni, dua kali kena bertukar kereta cable. Tapi kami tidak turun di tempat pertukaran kereta cable yang pertama. Di situ untuk mereka yang ingin singgah bermain salji. 



Di tempat pertukaran kedua, kami turun mengambil kereta cable besar yang memuatkan ramai orang secara berdiri. Kereta cable ini boleh berputar 360°. 

Tujuan kereta cable ni berputar adalah supaya pengunjung boleh menyaksikan pemandangan di sekeliling kereta cable. Tapi, pemandangan belah mana pun sama sebab semuanya putih dan berkabus. 


Sepanjang di dalam kereta cable, saya melihat begitu ramai orang yang bermain ski. Saya sungguh kagum kerana gunung Titlis ini sangat tinggi dan pastinya mencabar untuk mereka yang bermain ski secara berkumpulan. 

Sesampai di stesyen paling atas, terdapat beberapa aktiviti dalam bangunan stesyen yang boleh dilakukan iaitu glacier cave dan juga glacier park. Kami tidak masuk glacier cave kerana tidak berminat. Di Malaysia pun ada seperti ini. 

Kami terus keluar dari bangunan stesyen untuk menikmati salji yang memutih. Terdapat gambar Kajol dan Shah Rukh Khan sebagai mengenang tempat penggambaran filem mereka. 


Pemandangan yang sepatutnya sangat cantik dari puncak Mount Titlis terhalang oleh kabus yang tebal. Dalam keadaan berkabus, hanya nampak putih sahaja. 

Ketika kami hendak berjalan masuk ke bangunan stesyen, tiba tiba cuaca menjadi terang. Hahaha kami dengan riang ria, cepat cepat berpatah balik untuk bergambar. Dapatlah beberapa keping gambar yang cantik ketika itu.


Saya juga berjalan ke ke glacier park selepas diajak oleh Hubby dan anak anak. Di situ adalah tempat mereka yang mahu menaiki Ice Flyer yang memang telah temasuk dalam harga tiket. Kereta cable ice flyer yang dinaiki dengan kaki terjuntai dan berpenutup kaca di hadapannya. Hahaha rasanya boleh beku kot dalam tu sebab memang cuaca ketika itu berkabus tebal. Terasa diri seolah berada dalam peti ais yang besar.


Agak memakan masa juga untuk ke Glacier Park walaupun jaraknya tidak jauh kerana kaki asyik tenggelam dalam salji yang tebal. Kasut adidas saya yang biasa dah mula tenggelam dengan salji dan stokin pun dah terasa basah. 

Di situ juga ada Cliff Walk, jambatan gantung yang boleh nampak beberapa pergunungan lain tapi sebabkan kabus tebal, kami tak nampak pemandangan cantik pun. Saya hanya sempat snap gambar Hubby di situ. 


Saya mengajak Hubby berpatah balik ke pelantar kerana saya mulai kuatir kerana terasa seperti nafas seperti sesak. Di ketinggian seperti ini, oksigen semakin menipis, jadi sebelum apa apa terjadi, baik saya beringat. Kami terus balik ke bangunan stesyen.

Selepas masuk ke bangunan stesyen, saya mengajak turun kerana mula merasa tidak sedap badan. Ketika di dalam kereta cable besar untuk turun, saya mula terasa mata berpinar dan berpeluh sejuk secara tiba tiba. Saya memberitahu Nelly supaya alert Hubby yang ketika itu, berada agak jauh dari saya. 

Sesampai di stesyen pertengahan, saya terus mencari tempat duduk, Hubby keluar bergambar dengan anak anak atas salji di luar. Setelah saya agak pulih, barulah kami naik kereta cable untuk turun ke bawah. 

Aduhai jadi kepada sesiapa yang ingin naik ke Mount Titlis atau mana mana gunung yang tinggi, perlu mengambil ubat AMS sekurang kurang 3 hari sebelumnya. Kekurangan oksigen boleh memberi bahaya pada diri. Jika ini berlaku, apa yang patut dilakukan adalah dengan berbaring dan mengangkat kaki lebih tinggi dari paras badan.


Apa apa pun, pengalaman di Mount Titlis sangat menyeronokkan dan saya tidak serik jika berpeluang untuk ke sini lagi tapi dengan persediaan yang lebih cukup. Mungkin di trip akan datang, kami akan ke Top of Europe tapi persediaan perlu cukuplah. 

Selesai aktiviti di Engelberg, kami balik ke Lucerne dan singgah untuk bergambar di tasik yang terletak di tengah bandar Lucerne yang sangat cantik dan menjadi tarikan pelancung. 

Merentasi tasik ini, adalah sebuah jambatan kayu yang dipanggil Chapel Bridge. Jambatan ini dibina pada tahun 1333 di mana lukisan yang terdapat di bahagian dalam jambatan ini adalah lukisan-lukisan abad ke-17. 

Di kawasan berdekatan juga terdapat banyak dereten butik barangan berjenama mewah tapi saya tidak berminat pun kerana harga di Switzerland lebih mahal.


Sebelum balik ke hotel, kami mencari Mehaba supermarket yang menjual bahan mentah halal. Saya membeli 1 kilo daging, 2 kilo ayam, telur dan udang di samping buah buahan seperti nenas, strawberry dan juga sayuran seperti karot, timun dan lemon. Kami berbelanja sebanyak CHF50 yang bersamaan dengan RM210 atau £39. 


Balik ke hotel, saya mula memasak kari ayam, menyediakan rendang daging, ikan bilis goreng dan dimakan dengan ulam timun. 




Memang sedap terutama tengah penat dan dalam cuaca sejuk. Begini lah berakhirnya catatan perjalanan kami di hari pertama di Switzerland. 


1 ulasan for "Percutian Eropah di Mount Titlis dan Lucerne Hari: 5 Part II"

  1. Sis tq.. sbb selalu updet cerita2 yg best selain menu masakan...sy suka tgok sis sekeluarga luangkan mase bersama pergi melancong...suka tgok dan ambil pengalaman org lain...mne tahu satu hari ade rezeki geliran sy pulak dapat melancong.

    BalasPadam