Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Eropah di Rheinfall Hari: 5 Part I


Kini saya tiba ke catatan hari ke 5 percutian United Kingdom dan Eropah tahun 2019. Catatan ini seperti yang tulis sebelum ini, bukan sesuatu yang luar biasa bagi yang telah pernah ke bercuti ke sana. Sekarang ini ramai orang telah boleh bercuti ke luar negara. Dunia tanpa sempadan, maklumat hanya di hujung jari. Sesiapa pun boleh bercuti. Jadi ianya juga lebih kepada kenangan dan rujukan sendiri di masa depan. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.

Kali ini, kami sekeluarga berada di Luzern, hotel HIT Rental Apartment yang menpunyai dekorasi moden. Tidak besar dan tidak kecil. Selesa untuk kami. Dapurnya juga cukup peralatan untuk memasak yang simple simple. Jadi pagi pagi saya bangun menyediakan sarapan mee hoon goreng. 




Mee hoon goreng bodo kerana tanpa apa apa. Telur yang dibawa dari Paris telah pecah. Makan dengan sambal kering ikan bilis dan bawang goreng yang sedap, memang sangat sedaplah sarapan kami. 


Jika sihat dan ada masa, saya mungkin ingin membuat sambal ikan bilis kering ini untuk berniaga. Sangat sedap sehingga anak saya memuji muji. Itu pun bergantung kepada keadaan. Kalau ikutkan Hubby tak bagi saya berniaga pun kerana dia tak mahu saya penat. Tapi saya minat dan suka berukhwah dengan follower saya. 

Selepas sarapan, kami bertolak ke Rheinfall yang mengambil masa selama 1 1/2 jam perjalanan. Rheinfall adalah air terjun yang dikatakan terbesar di Eropah. Ianya terletak di sempadan antara Switzerland dan German. Ada sempadan yang diletakkan border crossing station untuk pemeriksaan oleh kastam. 

Ketika sampai, hujan pulak turun rintik rintik. Kami pula tak bawa payung walaupun pihak hotel telah menyediakan payung di atas meja seolah memberi petunjuk bahawa kemungkinan hari hujan. 

Untuk ke Rheinfall ni ada dua pintu masuk, iaitu Northern banks dan Southern banks. Kami masuk melalui Northern Banks. Melalui Northern banks, parking berbayar CHF5 untuk sejam pertama dan CHF2 untuk jam yang berikutnya. Tetapi tiada bayaran yang dikenakan untuk ke viewing platform. Viewing platform di Northern banks ni terletak agak jauh sedikit dari air terjun Rheinfall. Di sini juga adalah tempat menaiki boat yang membawa penumpang menghampiri kawasan air terjun. Hahaha kecut perut melihatnya. Manalah tahu kot kot boat boleh terbalik dek air terjun yang deras dan laju tersebut.

Manakala di Southern banks, parking adalah percuma tetapi bayaran CHF5/person dikenakan untuk ke viewing deck. Platform utama tentunya Southern Banks yang kedudukannya lebih dekat dengan arah punca air terjun. 

Oleh kerana hari hujan, saya tidak mahu pergi lebih dekat kerana dikuatiri jalan atau tangga yang licin yang memberi risiko jatuh atau tergelincir. Hahaha saya memang agak strict kalau bab bab risiko, lebih lebih lagi kaki saya yang masih belum pulih sepenuhnya. 




Kami tidak lama pun di situ, maklum tiada tempat untuk berteduh dari hujan pun. Lagi pulak, nak berposing pun susah. Cuaca juga redup. Namun begitu, Rheinfall sungguh cantik. Keindahan alam semulajadi ciptaan Illahi ini akan kekal dalam ingatan saya sehingga sampai bila bila. Dalam hati berkata kata, betapa sangat beruntung siapa yang tinggal di kawasan yang berhampiran sungai. Dapat sepanjang masa memandang keindahan alam ini.




Air sungainya sangat jernih dengan berwarna kehijuan. Tiada kata hendak digambarkan betapa hebat penciptaanNya. Air terjun dengan terdapat bukit dan juga laluan keretapi di sebelah atasnya. 


Oleh kerana hujan tidak mahu berhenti, kami terpaksa berjalan keluar untuk beredar meninggalkan Rheinfall yang cantik umpama sekeping poskad ini. Destinasi kami selepas itu, ialah Engelberg untuk naik ke Mount Titlis. Perjalanan dari Rheinfall memakan masa selama 2 jam. Nantikan entri akan datang ya.


Catat Ulasan for "Percutian Eropah di Rheinfall Hari: 5 Part I"