Khamis, 25 April 2019

Percutian London dan Eropah - Paris Ke Lucerne 2019 Hari: 4


Selamat bertemu lagi di sambungan catatan perjalanan percutian UK & Eropah kami pada tahun 2019. Ianya mungkin catatan perjalanan biasa sahaja tetapi catatan ini lebih kepada kenangan dan rujukan mereka yang baru atau pertama kali mahu bercuti ke sana. Boleh klik catatan sebelum ini di SINI.

Pagi pagi selepas bersarapan, kami check out dari hotel dan bersiap siap untuk perjalanan seterusnya iaitu ke Switzerland. Perjalanan dari Paris ke Lucerne memakan masa selama 6 jam. 

Tapi sebab masih ada barang barang yang belum dibeli, kami decide untuk untuk ke Galleries Lafayette terlebih dahulu. Lagi pula sesampai di Luzerne, tiada aktiviti lain. Jadi tak mengapa kalau sampai di sana sebelah malam pun. 



Bila Juita memilih untuk menjadi personal shopper, kami memang menyokong tapi apa yang saya ingin kongsikan adalah cabaran menjadi seorang personal shopper yang bukan sahaja memenatkan tetapi mencabar kesabaran. Mencari sesuatu barang yang dipesan perlukan kita ke sana dan ke sini. Tiada di sini, perlu berkejar ke tempat lain. Tak boleh booking, kena siapa cepat dia dapat.

Oleh kerana masih belum dapat menemui handbag Louis Vuitton Pochette Metis reverse, kami sekali lagi ke butik LV dengan harapan ada stock baru sampai pagi hari Isnin. Tapi hampa. Malahan saya mencari handbag ini di Rotterdam, Amsterdam dan Brussels yang juga tiada stock. Akhirnya kami terpaksa membuat refund.

Untuk menghibur hati, kami saja jer jamu mata dengan melihat sunglasses. Bila dah mencuba semua berkenan. Akhirnya kami beli satu seorang. Lagi pula untuk bermain salji di Mount Titlis elok ada sunglasses kerana salji akan menyebabkan mata menjadi terlalu silau. Saya pula memang sengaja tak bawa sunglasses kerana mahu membeli yang baru. 




Dari situ, kami berjalan pulak ke butik Gucci kerana Nelly mahu mencari sling bag. Ketika di Gucci dapat pula mesej dari follower yang meminta dibelikan pochette metis monogram. Jadi kami menukar plan, sebelum ke Switzerland, kami akan ke butik LV di Champs-Eysees terlebih dahulu. 

Di butik Gucci, Nelly dan Juita masing masing membeli bag dan tali pinggang. Ketika di butik Gucci, Nelly menunjukkan saya handbag Dionysus berwarna putih dengan batu swaroski crystal yang cantik. Bag ini membuatkan saya teringat ingat sehingga akhirya saya beli ketika di Amsterdam, Jadi biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli tau. hahaha


Selesai membuat claim untuk tax refund, kami terus ke butik LV di Champs-Elysess dengan harapan bag pochette metis monogram yang kami tengok semalam masih ada stock. 

Alhamdulillah kerana diberitahu di seluruh Paris, hanya ada sebiji ini sahaja. Tersenyum gembira kami kerana selepas merata rata mencari, akhirnya berjaya. Memang susah sangat untuk mendapatkan bag ini.


Hampir pukul 1.50 waktu tempatan, barulah selesai semuanya dan  kami pun bertolak ke Switzerland yang memakan perjalanan selama 7 jam. Tiba di Lucerne pukul 7.50 petang. Semasa dalam perjalanan, kami singgah mengisi minyak sambil berkelah dengan nasi goreng dan sandwich sardin. 


Dalam perjalanan, hujan renyai renyai. Sepanjang jalan saya sangat ralit melihat pemandangan tanaman yang menghijau dan juga kuning.  


Terus check in unit  no 6 HIT Rental City Apartment yang lift nya sangat lah kecil. Hanya boleh memuatkan seorang dengan satu bag sahaja dalam satu masa. Hubby juga terpaksa parking kereta yang agak jauh dari apartment. Bayaran parking untuk satu malam ialah bersamaan dengan RM100. 


Malam itu, saya menyediakan makan malam dengan cekodok bilis di samping nasi goreng yang masih berbaki. Terlalu penat dan tak berselera untuk makan. Jadi kami makan apa yang ada sahaja. Asal dapat membuatkan perut kenyang. Cukup setakat ini dahulu untuk kali ini. Nantikan sambungannya di entri akan datang.

1 ulasan:

  1. Saya suka membaca catatan yg puan tulis....seronoknya dapat berjalan sama keluarga.....

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon