Rabu, 24 April 2019

Percutian London dan Eropah 2019: Hari 3


Assalamualaikum, kita berjumpa lagi di sambungan catatan hari ketiga percutian saya di tahun 2019. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. Hari ini adalah merupakan hari kedua kami berada di Paris, di mana saya terjaga agak awal. Bilik di sini, sangat lah sempit, tiada air cond. Jika ingin sejuk, saya akan bukakan sedikit tingkap. 

Selepas solat, saya masuk ke dapur untuk menyediakan sarapan. Dapur nya juga sangat kecil dan hanya ada satu besen besi dan satu periuk. Besen besi itulah yang menjadi penyelamat dan digunakan untuk masak mee hoon goreng, telur goreng dsb. 





Saya menyediakan mee hoon goreng menggunakan mee hoon rice vermicelli yang dibawa dari Malaysia. Semua bahan memasak saya bawa dari Malaysia. Bukan kerana di sini, tiada dijual tapi kita tiada masa untuk mencarinya. Petang hari kedua baru kami bertemu dengan supermarket yang menjual bahan makanan basah seperti ikan salmon. Jadi saya cadangkan untuk anda membawanya dari Malaysia. 

Kebetulan ada baki daging kambing bakar yang dibeli di restoran berhampiran Gare De Nord, jadi saya masukkan sekali sebagai perencah dan penambah rasa pada mee hoon goreng. Bila bercuti kita kena lebih kreatif dalam memasak. Gunakan apa bahan yang ada. 


Selepas sarapan, kami terus bersiap siap untuk keluar shopping dan juga melawat ke tempat tempat menarik di Paris. Destinasi pertama kami adalah untuk ke butik Louis Vuitton di Champ Elysees.  

Dari hotel, kami hanya berjalan kaki ke The Arc de Triomphe de l'√Čtoile. Walau berapa kali ke sini, wajib nak bergambar di setiap kali kunjungan. 


Salah satu monuments yang sangat femes di Paris dan dikunjungi oleh ramai pelancung. Ianya dibina bagi memperingati pahlawan yang terkorban dalam peperangan Napoleon dan juga Revolusi Peranchis.



Selepas bergambar di situ, kami berjalan menghala ke butik Louis Vuitton yang terbesar di Paris. Bangunan LV yang tersergam itu juga adalah antara tempat pilihan pelancung untuk bergambar. Hahaha termasuklah saya. Walaupun lagi 30 minit LV dibuka iaitu pukul 11.00 pagi, orang ramai telah mula beratur panjang dalam cuaca yang sangat sejuk. 



Tetapi sayang model bag yang dicari tidak ada, jadi kami bercadang untuk ke Eiffel Tower dahulu sebelum menyambung mencari di butik LV Avenue Montaigne. Hubby balik ke hotel untuk mengambil kereta dan kami mula bergerak ke Eiffel Tower. 



Hari minggu, jadi agak senang untuk senang untuk mendapat parking. Kami berjalan dari arah taman ke Eiffel Tower yang rupanya telah ditutup sekelilingnya dengan dinding kaca. Aduhai jauh pula berjalan dari Champ de Mars ke arah Trocadero Gardens. 



Ada kebaikannya juga, sekurangnya penyeluk saku yang mahu mencari mangsa di bangunan Eiffel Tower terpaksa bersusah payah sedikit dan tidak bebas seperti sebelumnya. Kita beralih topik sedikit, saya pernah melihat di mana sahabat dalam rombongan kami sebelum ini kehilangan duit yang diletak dalam pouch di pinggang dan ditutup pula dengan coat tebal. 

Bayangkan dalam keadaan kami beramai ramai bergerak dalam kumpulan, mereka boleh menyelit masuk dan menyeluk saku pengunjung Eiffel Tower. Jadi kenalah berhati hati. Selain dari dalam underground train, di sinilah sasaran mereka. 

Kami berjalan ke Trocadero Garden untuk bersama Nelly dan Juita yang telah terlebih dahulu berjalan ke sana. Di sini memang antara tempat tercantik untuk bergambar dengan berlatarbelakangkan Eiffel Tower. 


Tapi kalau kamera murah seperti saya ini, ada masalahlah sedikit kerana ianya mengadap matahari pagi. Jadi kena guna kamera yang lebih elok atau guna handphone untuk gambar yang lebih cantik. Banyak jer gambar kami yang cantik cantik di sini tapi saya simpan untuk koleksi peribadi.   



Selepas puas berposing posing, kami beredar pula untuk ke Louvre Museum, muzium art yang terbesar dan monumen bersejarah di Paris. Sama juga seperti di Eiffel Tower, kalau ke Paris, mesti nak bergambar di sini. Tapi untuk mengambil gambar yang cantik di sini, perlukan kesabaran yang tinggi kerana orang sentiasa ramai. 



Oleh kerana handbag LV yang dicari masih belum ditemui , kami terpaksa bergegas ke Avenue Montaigne kerana butik ditutup pada pukul 7.00 petang. Tapi sayang sekali, bag yang dicari baru sahaja dibeli oleh pelanggan sebelum kami. Hmm kiranya tiada rezeki. 

Sebetulnya menjadi personal shopper terutama untuk handbag LV sangat memenatkan, terpaksa berkejar dari satu butik ke satu butik. Selepas lama beratur, bila check, bag yang dicari tiada stock. Tidak mudah sebenarnya. Belum lagi dikira muatan luggage yang berat dengan kotaknya sahaja sudah berkilo.   

Selepas keluar dari butik LV, saya mengajak anak anak untuk singgah di butik Chanel sementara hubby menunggu di dalam kereta. Hmm nasib baik juga warna yang dicari tak ada. Hahaha jadi selamat lah duit sebab saya masih berbelah bahagi samada hendak beli atau tidak. 

Tapi sebaik keluar jer dari butik Chanel, ternampak pula butik Dior di sebelahnya. Seperti biasa saya mengajak masuk. Hajat hati untuk melihat lihat sahaja. Tidak serious pun untuk membeli walaupun saya telah lama mahu memiliki lady dior warna hitam dengan gold hardware. 


Oleh kerana staff di butik Dior rajin melayan saya sehingga akhirnya saya terbeli juga. Tapi prinsip saya senang jer, biar menyesal beli dari menyesal tak beli. Haa barulah saya boleh senyum hingga ke telinga setelah dapat apa yang dihajati. 



Kami terus balik ke hotel dan Hubby dengan Nelly keluar ke supermarket mencari ikan salmon untuk dimasak sebagai lauk untuk hidangan makan malam. Mahal juga salmon ini tapi kalau nak makan, jangan dikira kira atau nak convert ke duit ringgit Malaysia pula. 

Saya menyediakan lauk asam pedas ikan salmon dengan menggunakan bunga kantan lagi. Hahaha bunga kantan yang dipetik dari pokok belakang rumah saya yang memang tengah galak berbunga. 

Selepas makan malam, saya tertidur sementara menunggu waktu solat Maghrib. Kalau diikutkan pagi pagi lagi kami hendak check out hotel dan bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Luzern di Switzerland. OK, nantikan entri seterusnya ya.


Add your comment
EmoticonEmoticon