Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Sotong Yang Mudah Dan Sedap

Sambal Tumis Sotong Yang Mudah Dan Sedap

Harga bahan masakan dan barang barang semuanya mahal sekarang ini. Walaupun gaji naik tapi pendapatan boleh guna masih sama jer kalau dibandingkan dengan dahulu. Kami beli sotong dengan harga RM28 sekilo. Dapatlah 2 kali masak. 

Kalau dikirakan kos untuk satu lauk dah hampir RM16-18. Baru satu lauk. Belum lagi dikira ikan yang digoreng yang harga hampir RM3 seekor. Bayangkan bagaimana dengan mereka yang bergaji kecil dan dengan bilangan tanggungan yang ramai. Mereka mestinya makan dengan berjimat cermat. Zaman sekarang, jangan terkejut masih ada lagi anak anak yang ke sekolah dengan baju tak pernah bertukar atau makan sekali sahaja sehari. 

Teringat rakan sekerja yang mengingatkan saya bab rezeki. Jangan risau, katanya. Semuanya telah ditentukan Allah. Hmm bukan saya tidak percaya tetapi adakala kita perlu diberi peringatan. 

Manusia mudah lupa dan mudah bersedih. Bak kata Ustaz Ibrahim, jangan risaulah bab rezeki kerana semuanya ditentukan Allah. Setiap makhluk di muka bumi ini diberikan rezeki masing masing. Cuma perlu berusaha dan bertawakkal sahaja. Manusia lain seperti bosses hanyalah penyebab sahaja.

Sambal Tumis Sotong Yang Mudah Dan Sedap

Seronok melihat anak anak makan nasi menambah nambah. Kalau sambal tumis sotong, atau apa apa sambal tumis, memang sedap. Gaul gaulkan sambal pada nasi putih panas panas. Wallaaa sedap sangat. Gandingkan pula dengan ikan goreng garam kunyit dan sedikit sayur. Aduhaai tak terkata nikmatnya.  

Jom layan resepi sambal tumis sotong cara saya di bawah ini. Saya tengok ada juga yang memasukkan sos cili dan sos tomato. Hmm pada saya, itu dah jadi macam sotong masak merah. Tapi cara masing masing kan. Terpulanglah bagaimana kita ingin memasaknya.

Sambal Tumis Sotong Yang Mudah Dan Sedap
Sambal Tumis Sotong

Bahan bahan:
1/2 kg sotong
3 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukai
Sedikit gula Melaka
Gula
Garam 
1/2 keping asam keping

Bahan kisar:
5-6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara cara:
Masukkan sotong ke dalam kuali dan panaskan atas dapur sehingga keluar air. Tutup api dan ketepikan. Air sotong jangan dibuang.

Sambal Tumis Sotong Yang Mudah Dan Sedap

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta cili kering kisar sehingga cili benar benar masak dan garing. Setelah garing, tuangkan air sotong tadi ke dalamnya.

Sambal Tumis Sotong Yang Mudah Dan Sedap

Masukkan gula Melaka, gula, garam dan asam keping. Jika masih kering, tambahkan sedikit air panas. Kacau lagi sehingga sambal cantik dan terbit minyak. 

Akhir sekali, masukkan sotong tadi dan kacau rata. Besarkan api dan kacau seketika. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api. 

Sambal Tumis Sotong Yang Mudah Dan Sedap

Sambal Tumis Sotong Yang Mudah Dan Sedap

Nota:
Sotong tidak boleh dimasak terlalu lama kerana akan menjadi liat.
  

1 ulasan for "Sambal Tumis Sotong Yang Mudah Dan Sedap"