Free and Easy Di London
Kali ini saya ingin menyambung beberapa entri lagi berkenaan percutian kami ke London. Kenapa saya ingin melengkapkan catatan ini? Ini adalah kerana ianya percutian yang paling mengembirakan kerana ianya disertai oleh semua anak menantu, bakal menantu serta keluarga bakal besan kami. Klik di SINI untuk entri sebelum ini.
7 Januari 2018 adalah hari free and easy bagi kami. Hanya saya, Nelly, Aween dan Juita sahaja yang keluar. Kami keluar ke Harods untuk mencari zippy wallet dan barangan Huda beauty. Nana dan Alain keluar berjumpa dengan kawan mereka.
7 Januari 2018 adalah hari free and easy bagi kami. Hanya saya, Nelly, Aween dan Juita sahaja yang keluar. Kami keluar ke Harods untuk mencari zippy wallet dan barangan Huda beauty. Nana dan Alain keluar berjumpa dengan kawan mereka.
Tapi memandangkan saya dan Nelly tidak dapat membeli atas nama kami, kenalah guna nama Aween. Jadi saya tidak boleh menggunakan kad debit saya untuk membayar pembelian atas nama Aween.
Saya dengan Juita terpaksa keluar mencari ATM untuk membuat pengeluaran tunai. Banyak ATM yang tidak beroperasi. Merata juga terpaksa berjalan untuk mencari ATM.
Pengeluaran maksimun untuk satu transaksi adalah £500 dengan dikenakan pula fees sebanyak £12 untuk setiap kali. Aduh ini lah kali pertama, saya bershopping menggunakan debit card di London. Sebetulnya menggunakan credit card lebih mudah berbanding penggunaan debit card. Itu pendapat saya lah.
Selepas selesai, kami mengambil bas untuk ke Oxford street untuk ke House of Fraser untuk melengkap dokumen VAT bagi semua pembelian di situ. Kemudian kami ke Selfridges untuk membeli barangan Huda yang out of stock di Harrods.
Balik singgah kedai luggage di Edgeware Road sekadar untuk melihat lihat sahaja dulu. Saya memang telah merancang untuk membeli satu luggage bag Samsonite di sini. Kemudian singgah beli kebab. Nelly belanja kebab untuk kami semua.
Sebelah malam, Nelly, Juita dan Aween keluar kerana ada kesilapan masa pembelian di Selfridges. Saya dan Hubby pula keluar beli luggage bag yang telah dipilih sebelah siangnya. Boy bertolak balik ke Malaysia bersama sama keluarga Dato Salehuddin.
Balik bilik, mula berkemas kemas dan membuat packing. Maklumlah barang yang dibeli banyak. Kotak kotak handbag juga besar besar, tapi kalau tidak dibawa balik, rasa pulak sayang.
Catat Ulasan for "Free and Easy Di London"
Add your comment