Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Persiapan Majlis Pertunangan

Persiapan Majlis Pertunangan Azie Kitchen

Persiapan untuk majlis pertunangan Hafez dibuat dengan berdikit dikit kerana kami menpunyai masa yang agak panjang. Tambahan pula persediaan majlis untuk anak perempuan dengan anak lelaki sangat jauh berbeza. Jika anak perempuan, semua persediaan perlu dibuat. Boleh klik di SINI untuk majlis perkahwinan Nana. Tetapi untuk majlis anak lelaki, saya cuma membuat persediaan dari segi pakaian dan barang barang untuk hantaran sahaja. 

Fabrik untuk pakaian majlis pertunangan, kami beli di Pasar Mayestik semasa ke Jakarta baru baru ini. Boleh klik di SINI. Hanya fabrik untuk pakaian saya sahaja yang dibeli dari Jakel. Saya memanggil tailor untuk pakaian Hubby dan anak menantu ke rumah. Manakala untuk rekaan pakaian saya dan anak anak perempuan, saya masih setia dengan Simon.  Bila selesai bab pakaian, kira selesai sebahagian besar persiapan untuk majlis pertunangan. 

Berkenaan barang hantaran juga, kami telah lama memilih cincin tunang. Puas juga merayap dari satu kedai ke satu kedai. Akhirnya saya memilih Diamond and Platinum. Kalau cincin emas semasa merisik dulu, kami memilih Habib Jewel. 

Saya memang suka barang kemas di Diamond and Platinum kerana berlian yang digunakan sangat cantik dan harga juga berpatutan. Malahan rantai tangan berlian saya yang dibeli 13 tahun yang lalu masih cantik walaupun dipakai setiap hari siang dan malam. Saya hanya menanggalkannya ketika mengerjakan umrah. Memang saya tidak memakai apa apa barang kemas sepanjang di sana. 

Di samping itu, saya juga mula membuat persiapan untuk majlis perkahwinan. Juga secara berdikit dikit kerana masih menpunyai masa. Malahan trip ke London akhir tahun juga, adalah kerana ingin mencari sebahagian dari barang persiapan perkahwinan. 

Adui rupanya sangat jauh berbeza majlis anak perempuan dengan majlis anak lelaki. Apa apa pun ianya memberi pengalaman yang berbeza. Bak kata Dato Salehuddin, sahabat dan bakal besan kami, stress menyediakan majlis perkahwinan anak anak adalah stress yang menyeronokkan. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ya. Aameen.


3 ulasan for "Persiapan Majlis Pertunangan"

  1. Salam kak Azie
    Memang betul..persiapan kawin utk anak perempuan lebih stress dari anak lelaki. Pada saya majlis pertama kali anak perrmpuan saya kawin memang havoc..banyak sangat cadangan cadangan yang buat kami keluar duit banyak. Bila.di kaji kaji.mmg banyak membazir..tapi itu lah pengalaman berharga buat kami..bila majlis kawin lain..kami dah tau mana yang baik ...suami kata..kita dengarbje cadangan orang lain...tapi kita sendiri tentu kan apa yang kita nak...betul kata suami..lepas tu tak banyak pening pening lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Dari majlis kahwin anak pertama, byk pembaziran, byk yg tak puas hati, byk yang terkilan dsb. Sebab kita tak ada pengalaman kan.

      Padam
  2. Salam kak Azie....happy dengar anak bujang dah nak bertunang. Tahniah.

    BalasPadam