26 Jan 2017

Selamat Pengantin Baru Buat Nana dan Alain

Selamat Pengantin Baru Buat Nana dan Alain

Sebelum menulis berkenaan majlis resepsi Nana, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua pada saya selama ini dan amat terharu membaca banyak komen dari pembaca blog yang menulis tidak sabar menunggu entri perkahwinan Nana. Ada yang menulis memberitahu mereka setiap hari menunggu entri ini. Sokongan anda semua membuatkan hati saya sangat tersentuh. 

OK sekarang tiba masa saya kongsikan sedikit berkenaan majlis resepsi Nana. Setelah lebih 3 bulan merancang majlis resepsi perkahwinan puteri sulung kami di Dewan Merak Kayangan, akhirnya kini saya dapat menarik nafas lega. Saya bersama suami dan anak anak terpaksa bertungkus lumus membuat persiapan sendiri kerana kami tidak melantik mana mana wedding planner. Dari urusan mencari vendor, memilih tema, memilih fabrik dan pereka fesyen untuk Nana dan kami sekeluarga. 

Bab pakaian telah saya sentuh dalam entri yang lalu di SINI. Ada yang memberi komen supaya saya check niat saya melakukan sesuatu. Saya cuba berbaik sangka sahaja. Sebenarnya siapa yang mengenali saya atau mengikuti tulisan saya, akan tahu yang saya tidak perlu ada niat menunjuk nunjuk kerana ketelitian dan kualiti adalah sebahagian diri saya sejak zaman remaja lagi.  

Selamat Pengantin Baru Buat Nana dan Alain

Tema majlis adalah tradisional kotemporari di mana Nana dan Alain memakai baju songket tenunan dari Terengganu yang ditempah khas. Baju kebaya tradisional dengan kelepet disiapkan oleh pereka pakaian, Aleng Tohara (telefon: 0104000474) dengan cantik sekali. 

Walaupun agak sukar untuk menghasilkan sesuatu mengikuti citarasa saya yang cerewet, namun Aleng telah berjaya dalam bab ini. Solekan Aleng juga membuatkan Nana begitu cantik umpama perkahwinan puteri DiRaja Perak. Begitu usik teman teman kerana songket kuning diraja yang dipakai Nana sama dengan warna songket yang dipakai Sultan Nazrin Shah semasa perkahwinan baginda. Terus terang, ianya tidak berlaku secara kebetulan tetapi memang telah saya rancang seumpama itu. 

Selamat Pengantin Baru Buat Nana dan Alain

Banyak yang saya pelajari dalam mengendalikan majlis seperti ini. Perlu teliti, perlu sabar dan perlu kuat semangat. Alhamdulillah kerana hasrat saya ingin mencapai 90% jika tidak 100% kehadiran adalah tercapai. Saya menguruskan sendiri urusan senarai tetamu, susunan, nombor meja, tetamu kehormat serta perjalanan majlis keseluruhannya. Saya mendapatkan pengesahan kehadiran tetamu melalui WhatsApp sebelum menghantar kad jemputan. Hanya mereka yang boleh hadir sahaja diberikan kad jemputan. 

Beberapa hari sebelum majlis, saya dan suami telah menghantar WhatsApp untuk memberitahu nombor meja. Ianya juga adalah untuk mendapat pengesahan kehadiran yang muktamad. Ada yang selepas menerima nombor meja, memberitahu tidak dapat hadir. 

Itulah sebabnya sehingga ke jam jam terakhir, saya masih menghubungi kawan kawan supaya membawa anak anak bagi mengisi kekosongan tempat. Saya tidak mahu berputus asa dan cuba sedaya upaya meminimunkan pembaziran. Saya pernah melihat di majlis perkahwinan secara seated, terdapat banyak meja yang kosong dan meja meja yang ada juga tidak penuh. 

Syukur ke Hadrat Illahi kerana kehadiran tetamu yang ramai dengan berpakaian cantik beranika warna. Lebih lebih lagi tetamu lelaki segak berbaju Melayu. Menjadi hasrat saya sejak dulu untuk majlis perkahwinan yang tetamu lelaki berbaju Melayu.  Walaupun ada juga yang tidak memakai baju Melayu, saya tetap merasakan ianya satu pencapaian yang baik.  

Selamat Pengantin Baru Buat Nana dan Alain

Saya juga agak kelam kabut kerana jahitan beading baju Nelly dan Juita hanya dapat disiapkan pada saat terakhir. Zenn yang ditugaskan untuk jahitan manik menghantar baju mereka ke dewan. Terpaksa lah Juita membawa iron dari rumah untuk menggosok baju dan shawl.  Namun begitu hasil kerja tangan Zenn tidak pernah mengecewakan. Beliau telah menjahit beading untuk baju baju kami sekeluarga lebih dari sepuluh tahun. Dia faham citarasa kami sekeluarga. Saya tidak perlu memberitahu design atau rekaan, semuanya terserah pada Zenn.

Make up artis untuk saya dan 2 orang anak gadis saya dirias oleh kawan Nellisa dari Instagram @makeupby.hs nombor telefon 0126246433. Saya percaya kepada memberi peluang kepada bakat bakat baru untuk berkarya. Make up nya cantik walaupun muka saya dikatakan agak garang dengan make up yang dihasilkan. Make up disiapkan sepenuhnya selepas saya menunaikan solat fardhu Maghrib. 

Seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini, door gift yang saya berikan kepada tetamu adalah a door gift from the heart kerana ianya adalah sesuatu yang sangat sangat saya sukai. Saya sukakan koleksi yang dihasilkan sepenuh dengan tangan, menggunakan bahan yang diimport dan lebih penting calitan pure gold. Walaupun terdapat sedikit masalah kerana kualiti liquid gold yang diterima dari supplier, namun Puan Ana dari Sweet Touch Ceramic (telefon: 0133402459) sedaya upaya cuba menghasilkan mutu yang saya inginkan. Walaupun pada mulanya saya agak kecewa namun saya gembira dengan apa yang dihantar ke dewan. 

Saya menyediakan bunga dip yang ditempah dari Instagram @rosecreativetouch (telefon: 0122166024) untuk tetamu yang merenjis juga sebagai buah tangan ahli keluarga. Beliau telah datang ke rumah menghantar sendiri bunga dulang yang ditempah. Juita dan Deaana yang ditugas untuk tujuan ini telah menjalankan tugas mereka dengan baik. Bangga dengan mereka berdua kerana mereka tidak diberi taklimat mahupun menyertai semasa rehersal.

Selamat Pengantin Baru Buat Nana dan Alain

Selamat Pengantin Baru Buat Nana dan Alain

Saya juga sangat berpuashati dengan pelamin cantik yang disediakan oleh Encik Onn Aziz, vendor pelamin bagi Dewan Merak Kayangan. Pelamin yang panjang memenuhi ruang pentas Dewan Merak Kayangan sangat cantik dan tidak nampak kosong. 

Penggunaan backdrop dengan lampu lip lap dengan carpet yang memenuhi stage menjadikan pelamin sangat gah. Sangat sesuai untuk duduk bersila di atas karpet semasa sessi bergambar. Terima kasih tidak terhingga kepada sahabat kami Dato Salehuddin kerana menjadikan pelamin indah ini sebagai realiti buat Nana. Beliau sangat prihatin dengan anak anak kami sejak dari dulu lagi. 

Selamat Pengantin Baru Buat Nana dan Alain


Makanan yang disediakan juga sangat sedap. Ini adalah maklumbalas yang kami terima dari tetamu terutama rendang Tok. Rendang Tok dipilih berbanding daging masak hitam kerana suami saya berasal dari Perak di mana tempat asal rendang Tok. 

Semasa kami berjalan bertemu mata dengan tetamu dari meja ke meja, hati agak risau melihat banyak makanan yang telah licin di dalam dome, sedang ketika itu tetamu masih menjamu selera. Tetapi kata sahabat kami, Dato Salehuddin yang ianya tanda makanan sedap. Jangan bimbang akan ketidakcukupan kerana setiap dome akan dipastikan portion yang sesuai untuk 10 orang. 

Terima kasih pada Puan Azizah dari D'Saji yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Beliau juga bersetuju untuk memberikan Kuzi Kambing kerana mereka lupa menghidangkan Kambing Bakar dalam majlis tersebut. 

Selamat Pengantin Baru Buat Nana dan Alain

Selamat Pengantin Baru Buat Nana dan Alain

Selesai bersalam salaman dengan tetamu, kami segera menuju ke pentas untuk sessi bergambar. Inilah saat yang ditunggu apabila semua ahli keluarga dari Kelantan, Perak dan sebelah besan saya sendiri yang cantik berpakaian sedondon demi meraikan majlis Nana dan Alain. Sangat mengharukan apabila lebih 60 orang ahli keluarga saya dari Kelantan tua muda kecil besar semua sedondon berpakaian warna dusty pink. 

Dan yang lebih istimewa, apabila geng ethica, alumni penghuni Kolej Kediaman Tunku Kurshiah yang telah sudi menunggu untuk sessi bergambar. Sepanjang penglibatan saya dengan alumni, inilah perhimpunan terbesar para alumni dengan masing masing cantik dan lelaki pula segak berbaju Melayu. Inilah hadiah sebuah persahabatan selama lebih 30 tahun yang sangat bermakna buat kami sekeluarga. 

Selamat Pengantin Baru Buat Nana dan Alain

Saya sangat sangat berterima kasih kepada semua ahli keluarga, sahabat handai, para tetamu dan petugas dari Dewan Merak Kayangan yang telah berjaya menrealisasikan sebuah perkahwinan yang simple but nice and beautiful wedding seperti yang diimpikan oleh anakanda kami. Tiadalah majlis tanpa anda semua. 

Ianya berbaloi baloi setelah beberapa minggu sebelum majlis berlangsung, saya sentiasa didatangi mimpi yang mengganggu tidur. Boleh klik di SINI untuk persiapan majlis, di SINI untuk malam berinai dan di SINI untuk majlis pernikahan. Nantikan entri akan datang yang memaparkan antara wajah wajah tetamu kami yang sempat dirakamkan di lensa kamera. Tidak lupa photographer untuk majlis adalah Asyraf 0179176087 IG @acapviv dan fb Acapviv Photography

Akhir sekali, Selamat Pengantin Baru buat Nana dan Alain. Sesungguhnya Allahlah sebaik baik perancang bila telah mempertemukan jodoh anakanda kami berdua.



14 ulasan

Kak Azie, congratulations that all went well according to plan. Nana and her hubby both look resplendent in their gorgeous wedding attire. I love that yellow color, so regal, they both deserve to look their best on their special day. And I also love the beading on your baju! Now that you have experience in planning a wedding, the next ones will be a breeze!

Thnak you so much for the compliments. Also Happy CNY to you and family.

tahniah kak. majls sangat cantik. kalau tunjuk banyak gambar lagi..lagi best..hehe

Tahniah kak. Majlis sangat cantik. Suka tema tradisional macam ni. Letaklah gambar lagi..hehe

Maaf kak. Saya ingatkan Izzad yg jadi menantu akak. Walau mcmana pun, tahniah dapat menantu baru. Teruja sekali bila seorang yang berkemampuan menguruskan sendiri majlis gemilang ni tanpa khidmat wedding planner. Kagum sekali...dan tahniah sekali lagi.

kak azie..jgn lupa entri seterusnya..nak tgk gbr door gift dan sebagainya..tahniah..dah dapat menantu, nanti tunggu cucu pulak yer...

Alhamdulillah..selamat semuanya...selamat pengantin baru Nana dan pasangan Alain,semoga kekal bahagia hingga jannah..tahniah kak azie dan suami dpt menantu..salam kenal dari saya..

Tahniah Azie and family. Majlis yang sangat meriah dan nampak ceria belaka! Moga pengantin berbahagia sepanjang hayat.

tahniah kak. Memang betul saya pun tertunggu tunggu entry ini. Majlis perkahwinan yang sgt meriah. Semua tetamu cantik dan segak. Begitu juga pengantin yg sgt lawa.

Salam puan, saya mengikuti tulisan puan. saya tertunggu tulisan puan, lebih-lebih 2-3 tahun kebelakangan ini yang banyak berkisar perkongsian puan hasil kelas-kelas agama yang puan hadiri. secara jujurnya perkongsian puan dalam tulisan di dlm blog ini membuatkan saya lebih dekat dan ingin mencari material bacaan yang baik. Begitu juga dengan majlis perkahwinan anak puan yang saya tunggu-tunggu utk mengikuti kisahnya. Puan sangat teliti dan sangat teratur, terutama dalam bab-bab pengaturan dalam majlis besar dan gah. Terima kasih Puan di atas perkongsiannya, sedikit sebanyak membantu saya dalam pekerjaan dan kehidupan. oh ya terima kasih juga untuk resepi-resepinya yang telah dicuba dan memang sedap. Terima kasih. Saya doakan Puan dikurniakan kesihatan yang baik selalu oleh Allah SWT dan terus menulis dan berkongsi ilmu-ilmu dengan kami semua.

Wslm Siti. Saya sungguh terharu membaca komen puan. Saya terasa sangat kerdil sekali. Sesungguhnya segala pujian hanya pada Allah. Luv u so much.

Seronok sgt baca entri puan azie ni. Terasa mcm ada bersama dlm majlis. Saya kagum akan ketelitian dan kecrewetan yg akhirnya membawa kepuasan jiwa. Tahniah puan.


EmoticonEmoticon