Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sedapnyer Ikan Merah Masak Bercili



Ikan Merah Masak Bercili


Assalamualaikum semua. Semasa buka blog ni tadi, ada nampak iklan yang menari nari dalam ni tak? Hihihi baru install mobile ads dalam blog Azie Kitchen, barulah tinggi sikit statistik dalam Nuffnang. Saya tak pernah charge pun pada sesiapa yang nak ambil resepi, dan rasanya tidak mungkin berlaku. Tetapi jika ramai ramai klik iklan yang dipaparkan, duit massyyuuk pun lebih dan dapatlah disumbangkan lebih juga. Jom sama sama berikan sokongan kepada blog Azie Kitchen. Entah kenapa kebelakangan kemaruk ikan merah. Terutama sejak makan ikan merah yang dimasak asam pedas di Melaka. Sebelumnya saya selalu membeli ikan jenahak. Jarang jarang sekali membeli ikan merah. Rasa sedap pulak isi ikan merah yang kembut. Hari ini beli lagi sekor ikan merah dan dipotong menjadi 5-6 keping. 



Ikan Merah Masak Bercili


Sangat sedap lauk ini tapi rasanya ia dah terkurang bahan diguna berbanding dengan ikan. Sebenarnya sejak kecil, kami hanya makan ikan yang direbus terlebih dahulu sebelum dimasak lemak atau pun ikan yang dilumur garam kunyit dan perap seketika sebelum digoreng. Jadi rasa ikan yang segar manis tidak lah suatu kebiasaan. Walaupun saya cuba menikmati keenakan rasa isi ikan segar tapi tekak saya lebih berselera dengan masakan menggunakan ikan yang digoreng terlebih dahulu. Saya sangat simple, ikan yang dilumur garam kunyit dan digoreng garing pun sudah memadai untuk memikat selera saya. 

Jom layan resepi yang sangat mudah dan sedap ini. Jom sediakan untuk keluarga anda hari ini juga...



Ikan Merah Masak Bercili


Ikan Merah Masak Bercili
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
5 keping ikan merah - lumur garam kunyit dan goreng
1 asam keping
1 batang serai - dititik
Air secukupnya

Garam dan gula secukup rasa.

1 biji bawang besar - dihiris


Bahan tumbuk:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
15 biji cili padi

Cara cara:
Ikan dilumur garam kunyit dan digoreng. Angkat dan
 ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis serai dan bahan tumbuk sehingga masak. Masukkan sedikit air. Masukkan asam keping, gula dan garam. 



Ikan Merah Masak Bercili


Masukkan ikan dan bawang besar. Kacau seketika. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Sedapnyer Ikan Merah Masak Bercili"