Hari ini saya memasak Ikan Masak 3 Rasa lagi tapi kali ini versi goreng pulak. Sebelum tu, saya nak menulis sedikit coretan peringatan untuk diri saya sendiri dan juga kawan kawan yang mahu mengambilnya sebagai peringatan. Bukan benda baru tapi kita mudah lupa dan kena selalu diingatkan lagi dan lagi. Bak kata Ustazah Suraya di dalam kuliah Jumaat, tak usahlah memohon dan merayu meminta pertolongan manusia, tak kiralah sesiapa sahaja. Sebaliknya minta terus dengan Allah. Begitu juga dalam bab rezeki, saya masih ingat pesanan Ustaz Ibrahim Muhammad, "jangan risaulah pasal rezeki kerana tidak ada sesiapa pun boleh mengambil hak kita”.
Kenapa saya berkata begitu adalah kerana pada hujung tahun begini, pasti banyak organisasi yang sedang di dalam proses membuat penilaian prestasi kerja staf. Di kala ini, pelbagai ragam boleh dilihat. Ya lah manusia kan tidak ada yang sempurna. Mereka yang pandai berkata kata akan berkata kata seolah dialah yang terbaik. Dek mengejar kesenangan sementara semasa di dunia yang dipanggil sebagai istidraj, manusia sanggup berbuat apa sahaja.
Di kala ini juga, tugas sebagai ketua juga adalah sukar kerana segala keputusan dan tindak tanduk akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Apa lagi kalau ianya melibatkan penganiayaan kepada orang lain. Hahaha janganlah pulak ada yang tersinggung dengan apa yang saya tulis. Ini hanyalah peringatan untuk saya sendiri dan untuk semua juga supaya jangan fikirkan yang mati atau akan mati hari ini atau esok, bukan aku tapi orang lain. Kadang kadang kita terlupa yang apa yang kita lihat, juga pasti akan kita alami, Cuma masa sahaja yang menjadi rahsia Allah.
Sekarang kita berbalik pada resepi Ikan Siakap Goreng Masak 3 Rasa yang saya masak pada hari Sabtu yang lalu kerana semua anak anak ada di rumah. Nana akan bekerja sebelah malamnya. Kalau nak tengok gambar penyediaannya, boleh klik di SINI. Jom kita tengok resepi yang sangat sedap ini.

Ikan Masak 3 Rasa Versi Goreng
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng)
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak - untuk menumis
Garam secukupnya
Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
Bahan-Bahan Sos:
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum - guna sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis
Cara Cara:
Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.
Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.
Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.
tampilannya cantik dan menarik :-)
terimakasih telah menyediakan resep Ikan Siakap Goreng 3 Rasa . boleh dicoba