Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap


Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap

Hari ini saya memasak Ikan Masak 3 Rasa lagi tapi kali ini versi goreng pulak. Sebelum tu, saya nak menulis sedikit coretan peringatan untuk diri saya sendiri dan juga kawan kawan yang mahu mengambilnya sebagai peringatan. Bukan benda baru tapi kita mudah lupa dan kena selalu diingatkan lagi dan lagi. Bak kata Ustazah Suraya di dalam kuliah Jumaat, tak usahlah memohon dan merayu meminta pertolongan manusia, tak kiralah sesiapa sahaja. Sebaliknya minta terus dengan Allah. Begitu juga dalam bab rezeki, saya masih ingat pesanan Ustaz Ibrahim Muhammad, "jangan risaulah pasal rezeki kerana tidak ada sesiapa pun boleh mengambil hak kita”. 

Kenapa saya berkata begitu adalah kerana pada hujung tahun begini, pasti banyak organisasi yang sedang di dalam proses membuat penilaian prestasi kerja staf. Di kala ini, pelbagai ragam boleh dilihat. Ya lah manusia kan tidak ada yang sempurna. Mereka yang pandai berkata kata akan berkata kata seolah dialah yang terbaik. Dek mengejar kesenangan sementara semasa di dunia yang dipanggil sebagai istidraj, manusia sanggup berbuat apa sahaja. 


Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap

Di kala ini juga, tugas sebagai ketua juga adalah sukar kerana segala keputusan dan tindak tanduk akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Apa lagi kalau ianya melibatkan penganiayaan kepada orang lain. Hahaha janganlah pulak ada yang tersinggung dengan apa yang saya tulis. Ini hanyalah peringatan untuk saya sendiri dan untuk semua juga supaya jangan fikirkan yang mati atau akan mati hari ini atau esok, bukan aku tapi orang lain. Kadang kadang kita terlupa yang apa yang kita lihat, juga pasti akan kita alami, Cuma masa sahaja yang menjadi rahsia Allah.

Sekarang kita berbalik pada resepi Ikan Siakap Goreng Masak 3 Rasa yang saya masak pada hari Sabtu yang lalu kerana semua anak anak ada di rumah. Nana akan bekerja sebelah malamnya. Kalau nak tengok gambar penyediaannya, boleh klik di SINI. Jom kita tengok resepi yang sangat sedap ini




Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap

Ikan Masak 3 Rasa Versi Goreng

Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng) 
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak - untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

 Bahan-Bahan Sos:
 2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum - guna sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis

Cara Cara:
Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.

Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.

Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata. 

Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa. 

Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng. 

Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

39 ulasan for "Ikan Siakap Goreng 3 Rasa Yang Sedap"

  1. Olalalaaa...memang sungguh menyelerakan...kena tambah nasi la ni..

    BalasPadam
  2. I da try. Mmg sedap! Suami puji tak agak2....dia kata bunga kantan dan daun limau kasi umph...tks kak Azie for the recipe...

    BalasPadam
  3. I da try. Mmg sedap! Suami puji tak agak2....dia kata bunga kantan dan daun limau kasi umph...tks kak Azie for the recipe...

    BalasPadam
  4. I da try. Mmg sedap! Suami puji tak agak2....dia kata bunga kantan dan daun limau kasi umph...tks kak Azie for the recipe...

    BalasPadam
  5. alamak bunga kantan xde..buat yg mn ade je la... harap rasa tetap rasa ummpphhh

    BalasPadam
  6. salam ka..huhu tterima kasih memang carik sangta resepi ni kak...cume saye nak tanye, kene gune dua sos plum dgn sos ikan ke..atau guna salah satu saje?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi guna sos plum tapi saya guna sos ikan sb tak ada sos plum di rumah

      Padam
    2. ooh ye ke, okay...thanks.....best best :)

      Padam
    3. resepi puan xde nenas ea..

      Padam
  7. Sy bru nk cuba buat, tp umh sy xda sos ikn or sos plum sbb xpnh pkai. Hope xmengecewakan sy rse nnt. Xsabar nk.buat.

    BalasPadam
  8. Blh try ni nmpak mnyelerakn.. Hehe thanks sis

    BalasPadam
  9. Sekali pandang, sy terus mencuba resipi ni.... mmg ummph... bunga kantan dan daun limau purut mmg menguatkan rasa dan membangkitkn selera. Tkasih azie sbb brkongsi resipi yg sedap2...

    BalasPadam
  10. Saya dah try. sedap. mak n abah pon suka. terima kasih.

    BalasPadam
  11. Assalamuallaikum..mintak izin copy...rase nak buat pulak....

    BalasPadam
  12. aduuuh,
    tampilannya cantik dan menarik :-)
    terimakasih telah menyediakan resep Ikan Siakap Goreng 3 Rasa . boleh dicoba

    BalasPadam
  13. Salam,kak azie,sy da cuba msk kerapu 3 rasa ikut resepi akk..sy goreng ..mmg sdp la!tq ye..mskkn akk semua sdp2,da byk resepi akk sy cuba.semoga murah rezeki akk

    BalasPadam
  14. Tq utk idea yg menyelerakan. kompem ramai suka nanti. lepas berbuka puasa pekena siakap 3 rasa bersama minuman kecergasan badan memang pergh sedap & serasi..

    BalasPadam
  15. sedapnye kak azie..tq utk blog yg sgt penuh dgn ilmu dan resepi menarik

    BalasPadam
  16. Sedap sgt resepi ni.. Saya dh masak byk kali. Thanks ye

    BalasPadam
  17. Mlm ni nak try resipi ni. Tq tuan tanah. Lawati http://hargasetkesuburan.net utk tips kesihatan keluarga

    BalasPadam
  18. Br je cuba ikut resepi akak ni...ermmm..mabeles..hihi...tq kak

    BalasPadam
  19. Sy dah cube resepi ni. Sangat sedap. Terima kasih kak azie sbb kongsi resepi ni ;)

    BalasPadam
  20. Twrima kasih skrg sy da pandai masam ikan

    BalasPadam
  21. nasib baik ade kak aziekalau tak,tak makan la malam tu

    BalasPadam
  22. lazat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. kalah master chef

    BalasPadam
  23. Kak azie, sy pun dh cuba..wlaupoun x de bunga kantan, rase die ttap sedap....mohon halalkan resepi akak ni ye .

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum baru siap masak cuba resepi akak, walaupun sos plum/ikan takda bunga kantan pun takda, rasa dia tetap sedap, halalkan ye terima kasih :)

    BalasPadam
  25. Terbaik...saya dah cuba kali..memang marvelous. ..thank u kak..

    BalasPadam
  26. Tk sabar nk masak untuk maulana sy kt south africa nii, hehehe, diorang nk cuba makan makanan malaysia, thanks Sis

    BalasPadam
  27. Saya buat yg versi kukus...sedap sgt kak...ingat nak try buat ikan bakar portugis akak plak...nyam2

    BalasPadam
  28. Tumpang tanya kalau nak beli sos ikan jenama apa ya...selalu baca resepi ada letak sos ikan..tp saya tak pnh beli...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya beli sos ikan di Giant tapi lupa pula apa namanya. Kemudian ianya disimpan dalam peti ais

      Padam
  29. Memang sedap resepi ni. Saya dh buat banyak kali (dh hafal resepi pun)😂. Kawan2 saya pun banyak minta resepi ni. Moga k.azie bertambah rezeki dunia dan pahala yang berpanjangan. Semua resepi k.azie sedap belaka.

    BalasPadam