Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Ketam Untuk Hidangan Berbuka Puasa


Masak Lemak Ketam

Sebelum kita bercerita pasal masakan, nak kongsikan sedikit berkenaan dengan kuliah Zohor hari ini iaitu hari pertama kita berpuasa di bulan Ramadhan oleh Ustaz Ibrahim Muhamad berkenaan 2 keistimewaan bulan Ramadhan yang tiada pada bulan lain. Pertama, setiap hari siang dan malam, Allah akan memerdekakan hambanya dari api neraka. Jadi kena beribadat dan berdoa semoga kita termasuk dalam senarai mereka yang dimerdekakan dari api neraka. 

Kedua, di bulan Ramadhan setiap hari siang dan malam adalah mustajab doa. 24 jam adalah waktu mustajab doa, bukan seperti hari hari lain yang hanya pada waktu waktu tertentu adalah waktu mustajab doa. Jadi apa lagi? Kalau bukan bulan Ramadhan, bila lagi mahu beribadah bersungguh sungguh agar kita dibebaskan dari api neraka dan semua doa kita dimakbulkan? Bila lagi?


Masak Lemak Ketam

Ini adalah entri hari minggu yang lalu, sebelum puasa lah. Sekembali dari makan tengahari sempena meraikan harijadi hubby di South Sea Seafood Restaurant di Subang, hubby singgah membeli beberapa ekor ketam. Boleh klik di SINI untuk entri tersebut. 

Hubby meminta saya menyediakan Masak Lemak Ketam sebagai hidangan berbuka Juita. Juita tidak ikut serta kerana berpuasa ganti. Sesampai di rumah, terus masuk dapur dan mula memasak. Saya memang suka memasak Masak Lemak kerana sangat ringkas dan mudah disediakan. Tetapi yang paling penting, ianya sangat sedap. Kalau setiap hari pun, saya tak akan pernah jemu dengan masak lemak. Pendek kata masak lauk apa pun sedap dengan masak lemak.

Masak lemak ini menang sedap kalau digandingkan dengan telur masin dan ikan kering. Memang terangkat lah. Tapi kalau untuk anak anak saya, cukuplah kalau dapat disediakan sekali ayam goreng garam kunyit. Memang serasi bersama lah, makan pulak dengan nasi putih panas panas tu.

Jom kita tengok resepi ringkas yang saya selalu gunakan untuk menyediakan masak lemak. Bagi orang dewasa tak payah lah tengok resepi. Ini hanya untuk anak anak yang baru baru belajar memasak lah ya.


Masak Lemak Ketam

Masak Lemak Ketam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ketam
1 kotak santan
1 biji bawang besar 
10 ulas cili padi
1 inci kunyit hidup
Garam
1 helai daun kunyit
1/2 biji cili merah - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
Air secukupnya

Cara cara:
Kisar bawang besar, cili padi dan kunyit hidup bersama santan. Masakkan di atas api perlahan sehingga hampir mendidih.

Masukkan ketam dan masak sehingga hampir masak. Masukkan garam, daun kunyit, bawang besar dan cili merah hiris. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.



Masak Lemak Ketam



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Masak Lemak Ketam Untuk Hidangan Berbuka Puasa"

  1. Selamat menjalani ibadah puasa dan menanti ketibaan untuk berbuka dengan masak lemak ketam tu Azie. Terus terang bulan puasa ni saya tak mo lawat blog Azie kalau post pasal masakanan... he.he.. tak tahan nengoknya nanti.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...selesai hari pertama ramadhan...

    BalasPadam
  3. salam akak :)
    saya 1st time terjumpa belog akak ni sebab semalam dok search resipi nasi kerabu kuar la blog akak dkt 1st rating :)
    sehari suntuk dok copy paste resipi2 akak yg masakan kelantan tuh.. :) sy pun anak jati kelate..
    hehehe,,tq so much kak tak lokek berkongsi resipi..sambil2 berjalan dkt blog akak yg pergi bercuti di U.S.A rasa mcm ada kenal seseorang kt dlm gambar tuw iaitu kak shidah prudential jika tak silap saya :)
    apapun salam kenal dr lina geng senegeri akak :)
    selamat berpuasa utk akak juga

    BalasPadam
  4. salam ramadhan dan selamat berpuasa. sungguh menyelerakan ketam tu :))

    BalasPadam
  5. sy suka blog kak azie .. memang best byk resepi best2.. ape pun sy ucapkan selamat berpuasa kepada kak azie sekeluarga..

    BalasPadam
  6. Utk org mcm saya la. Org baru belajar ke dapur

    BalasPadam