Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Red Velvet Cupcake Untuk Tempahan Lagi



Red Velvet Cupcake


Selain Vanilla Cupcakes, tempahan juga diterima untuk Red Velvet Cupcakes. Kali ini, saya menggunakan resepi baru Red Velvet. Resepi ini adalah resepi ke4 Red Velvet Cake yang telah saya cuba. Perbezaan antara kesemuanya ialah  penggunaan butter atau minyak. Kali ini saya ingin mencuba resepi yang masih menggunakan minyak dari blog Diva Can Cook hasil gabungan 3 resepi terbaik yang telah pernah beliau cuba. Saya tertarik kerana resepi ini dikatakan sebagai "Masterpiece". 

Cara penyediaannya yang lebih simple malahan baking soda dan cuka tidak perlu disatukan sebelum dimasukkan ke dalam adunan. Boleh jer terus dimasukkan. Dengan cara ini, kerja kerja membasuh peralatan selepas memasak juga dapat dikurangkan. Maklumlah, kami tidak punya pembantu rumah. Selain itu, resepi ini juga menggunakan plain hot coffee di dalamnya yang tak pernah saya lihat dalam mana mana resepi Red Velvet yang telah saya temui setakat ini. 

Setakat ini, saya rasa resepi yang tiga ini adalah yang terbaik. Ambik sahaja mana mana satu yang disukai kerana semuanya sedap dan moist. Malahan saya rasa tak perlu lagi mencari resepi Red Velvet yang lain kerana kesemuanya hampir sama antara satu sama lain. Yang berbeza hanyalah sukatan dan cara penyediaannya.

Pada yang menggemari kek Red Velvet yang moist, pasti akan sukakan kek ini. Memang sangat moist. Tapi saya sendiri suka kek lembab yang sedang sedang sahaja. Bak kata Iwan dalam senikata lagunya, "Dia tidak cantik,  Mak, dia tidak lawa, Mak. Yang  sedang sedang saja. Yang penting dia setia". Apa apa pun selera masing masing berbeza, kan. 

Seramai lebih dari 300 orang yang telah mencuba resepi ini memberikan maklumbalas yang tersangat positif. Dikatakan sebagai the best ever Red Velvet cake dan sebagainya. Hatta ada yang menulis sebagai masterpiece recipe for Red Velvet cake. Haaa hebat sangat tu, Jika anda teruja, bolehlah cuba membuatnya sendiri.  Jom layan resepi di bawah dulu...



Red Velvet Cupcake

The Best, Easy and Moist Red Velvet Cake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 cawan all purpose flour
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 sudu besar unsweetened cocoa powder
2 cawan gula kaster
1 cawan vegetable oil
2 biji telur
1 cawan buttermilk
2 sudu kecil vanilla extract
1-2 oz. red food coloring (guna 2 sudu besar)
1 sudu kecil white distilled vinegar
½ cawan plain hot coffee (jangan skip)

Cara cara:
Panaskan oven pada 170C.

Di dalam mangkuk satukan tepung, baking soda, baking powder, cocoa powder dan garam. Ketepikan. 

Di dalam mixing bowl, gaul sebati gula dan minyak. Kemudian masukkan telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Putar sehingga sebati. Tuangkan coffee dan white vinegar.

Akhir sekali, masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan diputar sebati setiap kali memasukkannya.

Lenser minyak dan ayak tepung ke dalam 2 loyang. Tuangkan adunan sama banyak. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Jangan terlebih masak kerana ianya akan terus masak semasa menyejuk.

Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.

Nota:
Untuk cupcake, bakar selama 18-20 minit.


Cream Cheese Frosting

Bahan bahan:
2 (8 oz) packs cream cheese - lembut
¼ cawan susu atau lebih
1 stick butter - lembut (½ cawan atau 4 oz)
2 sudu kecil vanilla extract
4 cawan powdered sugar

Cara cara:
Satukan cream cheese, susu, butter dan vanilla extract. Putar sehingga sebati.

Masukkan separuh dari gula, kacau sebelum  dimasukkan baki gula.

Kacau sehingga smooth dan fluffy.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

55 ulasan for "Red Velvet Cupcake Untuk Tempahan Lagi"

  1. Pernah try dah Red Velvet Diva's ni. Memang sedap sangat (Y)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas perkongsian maklumat. Ianya boleh dijadikan testimoni pada pembaca lain yang ingin mencuba resepi ini

      Padam
  2. Nampak sgt moist,kaedahnya pun lain dr rcp biasa yg sy jumpa.Bleh try jg versi ni.Terima kasih ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama sama. Boleh cuba utk dilihat sendiri kelainannya. All the best

      Padam
  3. Assalamualaikum,

    Nampak best ni. I have to try this recipe weekend ni. I've tried your red velvet cake recipe before and it was so delicious.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Kek ini sgt moist. Bolehlah cuba.

      Padam
  4. Azie, this would be perfect for Chinese New Year. Anything merah-merah very good :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. It's true. The colour is so bright. My friend has ordered RV cupcakes to be given as present for CNY next week

      Padam
  5. perghhh..wajib try ni kak azie!! thnx for sharing!

    BalasPadam
  6. nampak sedap je...cemane rasa red velvet ni...tak pernah rasa pun...tengok je....hihi...boleh try nanti....

    BalasPadam
    Balasan
    1. RV mmg sedap. Ala ala kek coklat juga

      Padam
  7. RV tanpa cream cheese hilang seri & nikmatnya, betul tak Kak Azie??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kek RV ni sangat moist, saya makan begitu sahaja pun terasa sangat sedap

      Padam
  8. baru je nk pi beli brg...terbantut plak...sbb tgk ingredients ade yg saya xbrp knal... buttermilk tu camne? hot plain coffee tu kita bancuh coffee dlu la kan? guna nescafe boleh x? stick butter tu camne rupa? hehe.. byk soklan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buttermilk tu boleh dibuat sendiri. Masukkan 1 sudu besar cuka atau jus lemon ke dalam cawan dan tuang susu segar hingga cukup secawan. Kacau dan biarkan selama 10 minit. Boleh juga gunakan nescafe, Masukkan satu sudu kecil nescafe.1 stick butter sama dg 1/2 cawan atau 4 oz

      Padam
    2. ooo yeke...baru je balik membeli...seb baik kedai buka lg...buttermilk tu sy bli 250g je...xperasan plak 1cwn...boleh tambah yg buat sendiri tu la nnt... kena pergi kedai cari susu segar plak..seb baik available kat kedai runcit...

      esok nk blk kg boleh la bg mak mertua rasa...hihi.... frosting tu boley simpan x? nk mkn baru pipe kan...?

      Padam
    3. salam kak...saya dah buat... sugar powder tu gula aisingkan..ke sy silap ek buat frosting...frosting tu manis sgt... itupun saya letak 3cup..kebetulan plak aising ckop2 tuk 3 cup..but still manis...

      Padam
    4. Ya gula ising. Gula oleh letak sikit sikit dan rasakan kemanisannya. Cream cheese guna 8 oz ke

      Padam
  9. a'ah..8oz...sama ngan 225gm la kan?

    kak... nnt nk try buat sekali lagi... nak prepare 1/2 cwn hot plain coffee tu cam na? coffee 1sk jugak ke?

    BalasPadam
  10. tak faham stick butter macammana rupa..butter yang biasa ke? selalunya brand apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak jumpa butter dalam bentuk stick, boleh guna butter dalam bentuk bar yang biasa ada dekat pasaraya tu je, 1 stick = 1/2 cawan / 4 oz (seperti yang diterangkan di atas)

      Padam
  11. macammana rupa buttermilk..selalunya brand apa? macam buttercup biasa ke?

    BalasPadam
  12. nak tanya. purpose flour tu bukan tepung gandum biasa ea? purpose flour yg cmmne ea ? maaf, newbie dlm baking.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan. Boleh beli di kedai kedai bakery. Boleh juga buat sendiri. Atau boleh jer guna tepung gandum. Ini yang saya copy dari blog sahabat saya.
      All purpose flour (tepung serbaguna)

      Bahan2nya:
      1 cawan tepung gandum
      2 sb tepung kek (superfine)

      Cara2 membuatnya:
      1.Satukan tepung gandum bersama tepung kek. Gaul rata.
      2. Ayakkan 3 kali. Sedia untuk digunakan.

      Padam
  13. kak sedapnya nampak cupcake ni. birthday pon dah nak dekat. boleh lah buat nanti. hehe. by the way, kalau akak suka travel, jom visit page saya :) selamat berkenalan

    BalasPadam
  14. minyak sayur yg mcm mn ya...n buttermilk cam mn 2...nak try buat la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minyak sayur mcm minyak jagung ke. Buttermilk pun ada dijual di kedai Bakery. Atau boleh buat sendiri dengan memasukkan 1 sudu besar jus lemon atau cuka atau cider vinegar ke dalam cawan. Kemudian tuangkan susu segar. Kacau dan biarkan seketika dalam 5 minit ke. Bolehlah diguna

      Padam
  15. vanilla extract mn nak dpt,,,bentuk dia cam na..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat kedai bakery, semua ada. Cuba cari di Baguss ke. Kalau tak ada, boleh jer guna esen vanilla.

      Padam
  16. salam kak..akak ada ambil tempahan kek RV ke..? boleh tak drop msg kt email sy..hdyhrazali@gmail.com

    BalasPadam
  17. Salam... Akak nk tnyr utk wt cream cheese frosting utk rv.. Ade guna susu kn? Susu ape ye? Susu cair ke susu segar? N 1 lg, powdered sugar is a gula aising kn?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nur,
      Kami guna susu segar dan gula ising

      Padam
  18. agak2 dpat brape biji cupcake ni ye??

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam, utk cupcake paper besar macam ni dapat dalam 20 biji

      Padam
    2. da try,so moist cume merah sgt je..stgh sk da ok kot warna gna base oil..anyway thnks 4 the recipe..try visit here tq http://stayreward.com/index.php?share=19760

      Padam
  19. Balasan
    1. Satukan 1 cawan susu segar dengan 1 sudu besar cuka atau jus lemon. Kacau dan biarkan seketika. Sedia untuk digunakan

      Padam
    2. Assalamualaikum k.azie..
      red velvet ni klu guna buttercream frosting je ok x rasa dia?

      Padam
  20. kalau kek buat dua loyang boleh tak kek tu dipotong lg utk jadi 4 lapis. mudah tak agaknya nak potong sebab kek ni moist.

    BalasPadam
  21. Assalam k.azie, resepi ni mmg wajib gune white distilled vinegar ke..klu xgune xpe ke

    BalasPadam
  22. Assalam kak. Sukatan ni agak2 boleh guna berapa biji cupcake? Let say sy pakai 2oz paper cup. Utk cream cheese frosting, boleh guna whipped cream ganti susu ke?

    BalasPadam
  23. As salam kak...nk tau knp akak letak minyak vegetable?klu x letak bole ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah ini bahan bahannya, kenalah ikut. Kalau tak letak, tak jadilah kek spt yg saya buat di atas tu

      Padam
  24. salam,Kak ada buat kek karamel untuk tempahan tak. saya nk order.

    BalasPadam
  25. Kak azie, resepi ni klu kukus bole tak ? Brp minit ye ?

    BalasPadam
  26. Akk boleh kukus tak.. X de oven.. N ganti minyak jagung boleh ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua kek boleh dikukus. Cuma kukus agak rumit utk memastikan air tidak jatuh atas kek. Saya belum pernah cuba mengukus resepi ini.

      Padam
  27. stick butter tuh mcm mane?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Timbang sahaja lagi mudah. Ada sukatan kan

      Padam
  28. Assalamualaikum. Kalau sya x asing means sye skali kn adunan dalam 1 loyang. Kne bakar brpa minit.. ada kah sama suhu dn minit nye jika

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Ada disebut dalam entri di atas masa utk kek dan juga untuk cupcake

      Padam