Red Velvet Cupcake Untuk Tempahan Lagi
Selain Vanilla Cupcakes, tempahan juga diterima untuk Red Velvet Cupcakes. Kali ini, saya menggunakan resepi baru Red Velvet. Resepi ini adalah resepi ke4 Red Velvet Cake yang telah saya cuba. Perbezaan antara kesemuanya ialah penggunaan butter atau minyak. Kali ini saya ingin mencuba resepi yang masih menggunakan minyak dari blog Diva Can Cook hasil gabungan 3 resepi terbaik yang telah pernah beliau cuba. Saya tertarik kerana resepi ini dikatakan sebagai "Masterpiece".
Cara penyediaannya yang lebih simple malahan baking soda dan cuka tidak perlu disatukan sebelum dimasukkan ke dalam adunan. Boleh jer terus dimasukkan. Dengan cara ini, kerja kerja membasuh peralatan selepas memasak juga dapat dikurangkan. Maklumlah, kami tidak punya pembantu rumah. Selain itu, resepi ini juga menggunakan plain hot coffee di dalamnya yang tak pernah saya lihat dalam mana mana resepi Red Velvet yang telah saya temui setakat ini.
Setakat ini, saya rasa resepi yang tiga ini adalah yang terbaik. Ambik sahaja mana mana satu yang disukai kerana semuanya sedap dan moist. Malahan saya rasa tak perlu lagi mencari resepi Red Velvet yang lain kerana kesemuanya hampir sama antara satu sama lain. Yang berbeza hanyalah sukatan dan cara penyediaannya.
Pada yang menggemari kek Red Velvet yang moist, pasti akan sukakan kek ini. Memang sangat moist. Tapi saya sendiri suka kek lembab yang sedang sedang sahaja. Bak kata Iwan dalam senikata lagunya, "Dia tidak cantik, Mak, dia tidak lawa, Mak. Yang sedang sedang saja. Yang penting dia setia". Apa apa pun selera masing masing berbeza, kan.
Seramai lebih dari 300 orang yang telah mencuba resepi ini memberikan maklumbalas yang tersangat positif. Dikatakan sebagai the best ever Red Velvet cake dan sebagainya. Hatta ada yang menulis sebagai masterpiece recipe for Red Velvet cake. Haaa hebat sangat tu, Jika anda teruja, bolehlah cuba membuatnya sendiri. Jom layan resepi di bawah dulu...
The Best, Easy and Moist Red Velvet Cake
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Bahan bahan:
2 cawan all purpose flour
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 sudu besar unsweetened cocoa powder
2 cawan gula kaster
1 cawan vegetable oil
2 biji telur
1 cawan buttermilk
2 sudu kecil vanilla extract
1-2 oz. red food coloring (guna 2 sudu besar)
1 sudu kecil white distilled vinegar
½ cawan plain hot coffee (jangan skip)
Cara cara:
Panaskan oven pada 170C.
Di dalam mangkuk satukan tepung, baking soda, baking powder, cocoa powder dan garam. Ketepikan.
Di dalam mixing bowl, gaul sebati gula dan minyak. Kemudian masukkan telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Putar sehingga sebati. Tuangkan coffee dan white vinegar.
Akhir sekali, masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan diputar sebati setiap kali memasukkannya.
Lenser minyak dan ayak tepung ke dalam 2 loyang. Tuangkan adunan sama banyak. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Jangan terlebih masak kerana ianya akan terus masak semasa menyejuk.
Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.
Nota:
Di dalam mangkuk satukan tepung, baking soda, baking powder, cocoa powder dan garam. Ketepikan.
Di dalam mixing bowl, gaul sebati gula dan minyak. Kemudian masukkan telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Putar sehingga sebati. Tuangkan coffee dan white vinegar.
Akhir sekali, masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan diputar sebati setiap kali memasukkannya.
Lenser minyak dan ayak tepung ke dalam 2 loyang. Tuangkan adunan sama banyak. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Jangan terlebih masak kerana ianya akan terus masak semasa menyejuk.
Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.
Nota:
Untuk cupcake, bakar selama 18-20 minit.
Cream Cheese Frosting
Bahan bahan:
Bahan bahan:
2 (8 oz) packs cream cheese - lembut
¼ cawan susu atau lebih
1 stick butter - lembut (½ cawan atau 4 oz)
2 sudu kecil vanilla extract
4 cawan powdered sugar
Cara cara:
Satukan cream cheese, susu, butter dan vanilla extract. Putar sehingga sebati.
Masukkan separuh dari gula, kacau sebelum dimasukkan baki gula.
Kacau sehingga smooth dan fluffy.
Masukkan separuh dari gula, kacau sebelum dimasukkan baki gula.
Kacau sehingga smooth dan fluffy.
Pernah try dah Red Velvet Diva's ni. Memang sedap sangat (Y)
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian maklumat. Ianya boleh dijadikan testimoni pada pembaca lain yang ingin mencuba resepi ini
PadamNampak sgt moist,kaedahnya pun lain dr rcp biasa yg sy jumpa.Bleh try jg versi ni.Terima kasih ye
BalasPadamSama sama. Boleh cuba utk dilihat sendiri kelainannya. All the best
PadamWslm. Kek ini sgt moist. Bolehlah cuba.
BalasPadamAzie, this would be perfect for Chinese New Year. Anything merah-merah very good :)
BalasPadamIt's true. The colour is so bright. My friend has ordered RV cupcakes to be given as present for CNY next week
Padamperghhh..wajib try ni kak azie!! thnx for sharing!
BalasPadamIna, mmg sgt moist. Nnt cubalah ya
Padamnampak sedap je...cemane rasa red velvet ni...tak pernah rasa pun...tengok je....hihi...boleh try nanti....
BalasPadamRV mmg sedap. Ala ala kek coklat juga
PadamRV tanpa cream cheese hilang seri & nikmatnya, betul tak Kak Azie??
BalasPadamKek RV ni sangat moist, saya makan begitu sahaja pun terasa sangat sedap
Padambaru je nk pi beli brg...terbantut plak...sbb tgk ingredients ade yg saya xbrp knal... buttermilk tu camne? hot plain coffee tu kita bancuh coffee dlu la kan? guna nescafe boleh x? stick butter tu camne rupa? hehe.. byk soklan ni...
BalasPadamButtermilk tu boleh dibuat sendiri. Masukkan 1 sudu besar cuka atau jus lemon ke dalam cawan dan tuang susu segar hingga cukup secawan. Kacau dan biarkan selama 10 minit. Boleh juga gunakan nescafe, Masukkan satu sudu kecil nescafe.1 stick butter sama dg 1/2 cawan atau 4 oz
Padamooo yeke...baru je balik membeli...seb baik kedai buka lg...buttermilk tu sy bli 250g je...xperasan plak 1cwn...boleh tambah yg buat sendiri tu la nnt... kena pergi kedai cari susu segar plak..seb baik available kat kedai runcit...
Padamesok nk blk kg boleh la bg mak mertua rasa...hihi.... frosting tu boley simpan x? nk mkn baru pipe kan...?
Boleh saja disimpan
Padamsalam kak...saya dah buat... sugar powder tu gula aisingkan..ke sy silap ek buat frosting...frosting tu manis sgt... itupun saya letak 3cup..kebetulan plak aising ckop2 tuk 3 cup..but still manis...
PadamYa gula ising. Gula oleh letak sikit sikit dan rasakan kemanisannya. Cream cheese guna 8 oz ke
Padama'ah..8oz...sama ngan 225gm la kan?
BalasPadamkak... nnt nk try buat sekali lagi... nak prepare 1/2 cwn hot plain coffee tu cam na? coffee 1sk jugak ke?
Agak agak jer spaya ada rasa coffee
Padamtak faham stick butter macammana rupa..butter yang biasa ke? selalunya brand apa?
BalasPadamkalau tak jumpa butter dalam bentuk stick, boleh guna butter dalam bentuk bar yang biasa ada dekat pasaraya tu je, 1 stick = 1/2 cawan / 4 oz (seperti yang diterangkan di atas)
Padammacammana rupa buttermilk..selalunya brand apa? macam buttercup biasa ke?
BalasPadamnak tanya. purpose flour tu bukan tepung gandum biasa ea? purpose flour yg cmmne ea ? maaf, newbie dlm baking.
BalasPadamBukan. Boleh beli di kedai kedai bakery. Boleh juga buat sendiri. Atau boleh jer guna tepung gandum. Ini yang saya copy dari blog sahabat saya.
PadamAll purpose flour (tepung serbaguna)
Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum
2 sb tepung kek (superfine)
Cara2 membuatnya:
1.Satukan tepung gandum bersama tepung kek. Gaul rata.
2. Ayakkan 3 kali. Sedia untuk digunakan.
terima kasih :)
Padamkak sedapnya nampak cupcake ni. birthday pon dah nak dekat. boleh lah buat nanti. hehe. by the way, kalau akak suka travel, jom visit page saya :) selamat berkenalan
BalasPadamminyak sayur yg mcm mn ya...n buttermilk cam mn 2...nak try buat la...
BalasPadamMinyak sayur mcm minyak jagung ke. Buttermilk pun ada dijual di kedai Bakery. Atau boleh buat sendiri dengan memasukkan 1 sudu besar jus lemon atau cuka atau cider vinegar ke dalam cawan. Kemudian tuangkan susu segar. Kacau dan biarkan seketika dalam 5 minit ke. Bolehlah diguna
Padamvanilla extract mn nak dpt,,,bentuk dia cam na..
BalasPadamKat kedai bakery, semua ada. Cuba cari di Baguss ke. Kalau tak ada, boleh jer guna esen vanilla.
Padamsalam kak..akak ada ambil tempahan kek RV ke..? boleh tak drop msg kt email sy..hdyhrazali@gmail.com
BalasPadamSalam... Akak nk tnyr utk wt cream cheese frosting utk rv.. Ade guna susu kn? Susu ape ye? Susu cair ke susu segar? N 1 lg, powdered sugar is a gula aising kn?
BalasPadamNur,
PadamKami guna susu segar dan gula ising
agak2 dpat brape biji cupcake ni ye??
BalasPadamAs salam, utk cupcake paper besar macam ni dapat dalam 20 biji
Padamda try,so moist cume merah sgt je..stgh sk da ok kot warna gna base oil..anyway thnks 4 the recipe..try visit here tq http://stayreward.com/index.php?share=19760
PadamBuat Buttermilk tu macamana?
BalasPadamSatukan 1 cawan susu segar dengan 1 sudu besar cuka atau jus lemon. Kacau dan biarkan seketika. Sedia untuk digunakan
PadamAssalamualaikum k.azie..
Padamred velvet ni klu guna buttercream frosting je ok x rasa dia?
kalau kek buat dua loyang boleh tak kek tu dipotong lg utk jadi 4 lapis. mudah tak agaknya nak potong sebab kek ni moist.
BalasPadamAssalam k.azie, resepi ni mmg wajib gune white distilled vinegar ke..klu xgune xpe ke
BalasPadamAssalam kak. Sukatan ni agak2 boleh guna berapa biji cupcake? Let say sy pakai 2oz paper cup. Utk cream cheese frosting, boleh guna whipped cream ganti susu ke?
BalasPadamAs salam kak...nk tau knp akak letak minyak vegetable?klu x letak bole ke?
BalasPadamKalau dah ini bahan bahannya, kenalah ikut. Kalau tak letak, tak jadilah kek spt yg saya buat di atas tu
Padamsalam,Kak ada buat kek karamel untuk tempahan tak. saya nk order.
BalasPadamKak azie, resepi ni klu kukus bole tak ? Brp minit ye ?
BalasPadamAkk boleh kukus tak.. X de oven.. N ganti minyak jagung boleh ke...
BalasPadamSemua kek boleh dikukus. Cuma kukus agak rumit utk memastikan air tidak jatuh atas kek. Saya belum pernah cuba mengukus resepi ini.
Padamstick butter tuh mcm mane?
BalasPadamTimbang sahaja lagi mudah. Ada sukatan kan
PadamAssalamualaikum. Kalau sya x asing means sye skali kn adunan dalam 1 loyang. Kne bakar brpa minit.. ada kah sama suhu dn minit nye jika
BalasPadamWslm. Ada disebut dalam entri di atas masa utk kek dan juga untuk cupcake
Padam