Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tuna Roll


Tuna Roll


Selama ini saya tak pernah pulak terfikir untuk membuat Tuna Roll atau Cinnamon Roll, malahan tak ada dalam senarai pun. Juita pernah lah menyediakan Cinnamon Roll di mana saya hanya membantu apa yang patut jer. Tapi pagi tadi, sesudah solat subuh, saya berjalan dari dapur ke dapur dan terpandang pulak Tuna Roll di rumah CMG. Aduh terus teruja untuk mencuba lebih lebih lagi membaca komen akan kesedapannya. Tapi tak pasti bila nak membuatnya kerana kena tengok pula kalau ada yang nak memakannya.

Dalam saya duduk duduk depan TV, terdengar hubby bertelefon dengan Farhan dan katanya Farhan dalam perjalanan nak ke rumah kami. Saya pun terus menyediakan bahan bahannya kerana ini lah masa terbaik untuk menyediakan Tuna Roll bila ada tetamu dan boleh juga dibekalkan mereka bawa balik untuk si kecil Tihani yang memang suka makan kuih muih.

Tuna RollTuna Roll

Sambil menggoreng mee, saya juga menyediakan adunan untuk dibuat doh. Entah apa yang tak kena, mungkin tersalah sukatan bahan kot adunan terlebih lembik dan melekat lekat, jadi terpaksalah saya menambah lagi beberapa sudu tepung roti untuk menjadikannya kenyal dan tidak melekat di tangan. 


Tuna Roll

Semasa dibakar berbau harum semerbak. Aduhaai puas hati kerana hari ini berjaya membuat Tuna Roll. Memang betul betul sedap lah. Terima kasih pada CMG kerana berkongsi resepi ini.

Jom layan resepi di bawah...

Tuna Roll

Tuna Roll
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan Doh - 10 biji
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula kaster
1/2 sudu teh garam halus
10 gram susu tepung 
1/4 sudu teh bread improver (guna vegetable shortening)
1/4 sudu teh bread softerner
30 gram telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram yis segera Kijang
20 gram mentega
125 ml air suam kuku

Bahan Inti Tuna:
1 camca besar mentega - dicairkan
1 tin tuna - ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar - dadu kecil
Daun bawang/daun kuchai - hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi - perah jusnya (optional)
1/2 sudu teh coarse black pepper
Parutan keju cheddar (guna mozarella)

Cara Membuatnya:
Untuk Doh:
Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. 

Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 

Untuk Roll Tuna Sandwich:
Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. 

Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan dan tabur juga parutan keju (tinggalkan sedikit untuk ditabur nanti). Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. 




Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.


Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang/daun kuchai, parutan keju cheddar dan lada hitam. 


Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..

Tuna Roll

Tuna Roll



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

18 ulasan for "Tuna Roll"

  1. Salam sis. roti homemade....baru keluar dr oven...semerbak bau... sedapnya mkn tambah ada inti tuna...

    BalasPadam
  2. Mamasya, sedap roti ni. Tadi baca entri CMG. Terus buat. Dah habis pun sebab ada tetamu tadi, tapau sekali. Senang hati kalau apa yg dimasak, habis

    BalasPadam
  3. Yumyum:)
    Selalu beli je kat kedai, nak buat tu tak reti.Nantilah nak try jugak buat sekali..=)

    BalasPadam
  4. LP, kalau buat sendiri lebih sedap dan tentunya lebih jimat. Sesuai utk hidangan petang

    BalasPadam
  5. Wow..tuna roll looks too yummy! Best home made...:)

    BalasPadam
  6. Yes, homecooked is always the best food

    BalasPadam
  7. Harumnya bau tuna roll.... siap gambar step by step lagi! Mudahlah untuk orang macam kami yang tak berapa mahir untuk mencubanya! Thanks Azie.

    BalasPadam
  8. Aduh Amie. Amie lagi hebat dalam bab memasak ni. Saya selalu jenguk dapur Amie. Gambar pun cantik. Saya saja jer seronok seronok nak mengambil gambar sebab saya mmg suka gambar gambar.

    BalasPadam
  9. Salam K.Azie,
    sedapnya nmpak roti tu....
    pandai akak buat ye...sy x penah menjadi buat roti...setakat nie la..insyallah nak cuba buat lagi....:)

    BalasPadam
  10. Syifa, mcm lama tak nampak Syifa di dapur Azie. Rindu pulak. Cuba buat ikut resepi ni, Insya Allah menjadi dan sedap pulak

    BalasPadam
  11. Assalam kak..saya kan kalau dtg sini melelheh2 air liur..saya suka sgt akak buh gambar banyak2 hehe..siap sep by step lagi..

    BalasPadam
  12. Wslm Siti, mai lah selalu aelalu. Kedatangan Siti mmg dialu alukan. Boleh kita kenal lagi rapat kan

    BalasPadam
  13. salam .bestnya tuna roll ..dah bau sampai sini dah hihi .. x pernah nak wat sendiri ... nanti nak kena buat ler kalau ada masa

    BalasPadam
  14. Wani, cubalah. Satu kepuasan bila berjaya membuatnya sendiri. Lagi jimat pun. Berbaloi baloi

    BalasPadam
  15. yeah..alhamdulillah, sy la tetamu masa auntie sy buat ni..hehe.. dpt rasa mkn yg dlm gambar ni..tq auntie..sedap sgt..sy mmg suka..selalu beli roti2 jenis camni, mhl betol ye..mmg sgt sedap, mkn rotinya saja pon dah sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, As. Nanti kalau free datang lah. Rumah kami ni sentiasa ada makanan dan kuih muih yang dimasak sendiri sebab tuanrumah tengah kemaruk nak memasak dan mencuba resepi

      Padam
  16. Excellent blog post. I absolutely love this site.
    Keep writing!

    BalasPadam
  17. Like rtb aĆ­ mano

    BalasPadam