Masak Lomak Cili Api Ketam
Tadi masa ke Pasar Taman Tun Dr Ismail, saya ternampak ketam segar yang penuh berisi. Terus saya membeli semua baki ketam yang ada beberapa ekor tu.
Balik rumah, terus memasak Lemak Cili Padi Ketam, mengikut cara yang diajar oleh Norliza. Masak Lemak Cili Api Ketam yang dimasak oleh Liza berpuluh tahun dulu, masih diingati sehingga kini kesedapannya.
Jadi ada peluang berguru dengan dia, apa lagi tak dapatlah nak lepaskan peluang. Tapi kena praktislah sebab practice made perfect. Walaupun sebelum ini, saya selalu memasak Masak Lemak Cili Padi tapi rasanya bukan pure cara orang Noghori lah.
Balik rumah, terus memasak Lemak Cili Padi Ketam, mengikut cara yang diajar oleh Norliza. Masak Lemak Cili Api Ketam yang dimasak oleh Liza berpuluh tahun dulu, masih diingati sehingga kini kesedapannya.
Jadi ada peluang berguru dengan dia, apa lagi tak dapatlah nak lepaskan peluang. Tapi kena praktislah sebab practice made perfect. Walaupun sebelum ini, saya selalu memasak Masak Lemak Cili Padi tapi rasanya bukan pure cara orang Noghori lah.
Kali ini saya ikut apa yang diajar dan memasak dengan api perlahan bagi memastikan kuah tidak pecah minyak dan berwarna kuning yang cantik. Dulu saya fikir kuah mesti pecah minyak dan nampak berminyak. Rupanya, tidak gitu lah. Inilah juga kali pertama, saya tak memasukkan asam keping seperti selalunya. Santan segar yang menjadikan kuahnya terasa manis, hmmm itu yang dikatakan oleh Liza.
Bahan bahan yang digunakan hanyalah cili api kampung, kunyit hidup, serai, santan dan garam sahaja. Santan yang digunakan adalah santan segar yang tak dicampur air pun. Bahan bahan kisar dikisar dengan santan bagi memastikan yang saya tak memasukkan air langsung sebab kepekatan santan tu macam dah OK jer. Tapi tadi saya campakkan juga daun kunyit yang dah kekeringan dalam peti sejuk. Tak mahu membazir lah katakan. Aduhai sedap nyer...
Saya cuba mempraktikkan cara cara mengambil gambar yang dikongsi oleh rakan rakan blogger. Ternyata hasilnya mula bertambah elok. Enjoy ....
salam Zie, aduii sedapnya tu lama tk beli ketam sbb tkde permintaan,kalau anak2 UK balik mmg ketam ni idaman diaorang sabo je la nak beli teringat kat anak2 hehee
BalasPadamKak Noor, ketam ni pulak segar. Guna santan fresh. Aduhaaaaiii sabar lah Kak Noor ya
PadamKetam... hubby suka bangat ketam... anak2 kurenggg cos x pandai nak makan ketam katanya... ogyep pulak, ok aje... asalkan pedas... pedas tak tu Kak Azie..
BalasPadamOgyep, anak anak kami pun suka ketam tapi mereka tak pandai makan. Nanti kita lah kena korek korek ketam depa tu sebab isi masih banyak tertinggal. Boleh tahan juga pedasnya sebab guna cili api kampung. Kalau ikutkan suka pedas pedas tapi kesian depa pulak tak dapat menghirup kuah.
Padammacam tu ke kak...berguna tips tu... =) thanks 4 sharing...sedap sangat nampak ketam tu kak!
BalasPadamCW, itulah cara yang diajar my friend. Bayangkan I masih teringat ingat Masak Lemak Cili Api Ketam yang dimasak Liza lebih 20 tahun yang lalu. Baru ni jumpa beliau semula dan terus berguru lah.
Padam