Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Masak Merah Yang Menggoda Selera


Ayam Masak Merah Yang Menggoda Selera

Walaupun hari minggu lepas, saya dah memasak Ayam Masak Merah yang dimakan dengan Nasi Tomato, hari ni teringin nak membuatnya lagi. Masih teringat ingat kesedapan Ayam Masak Merah yang sedap walaupun diratah begitu sahaja. 

Klik di SINI untuk entri sebelum ini. Untuk malam ini, saya hidangkan bersama Masak Lemak Udang dan Peria juga. 


Ayam Masak Merah Yang Menggoda Selera

Sedap sedap. Hahaha pada orang lain, Ayam Masak Merah ni adalah lauk biasa jer. Tapi pada saya yang dulu jarang jarang memasak, memang sedap dan sangat istimewa dan jarang jarang membuatnya. 

Itulah yang kawan kawan semua hairan sebab macam mana saya boleh masuk ke dapur dan memasak setiap hari dengan tiada pembantu rumah lagi. Sedang dulu, saya memang tidak gemar ke dapur. Bukan apa, tak tahan panas lah. Apa apa pun, macam senikata lagu Uji Rashid lah ...

Anak punai anak merbah,
terbang turun buat sarang,
anak sungai pun berubah,
ini pulak hati orang,
mengapa dikenang.

Asal kapas jadi benang,
dari benang dibuat baju,
barang lepas jangan kenang,
sudah jadi orang baru,
mengapa dirindu

Haaa tu diaa lah. Semasa remaja, saya amat meminati Uji Rashid dan menyimpan koleksi gambar beliau yang masih tersimpan sehingga kini. Tak ada sesiapa berani mengusiknya. Jom lah layan resepi dulu....


Ayam Masak Merah Yang Menggoda Selera

Ayam Masak Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-Bahan: 
1 ekor ayam - dipotong kecil, bubuh kunyit & garam dan goreng 

Bahan untuk dikisar: 
15 tangkai cili kering 
5 tangkai cili merah 
3 cm halia 
3 ulas bawang putih 
1 labu bawang besar 
2 btng serai 
4 biji tomato 
1/2 cawan tomato sos 

1 batang serai - ketuk
Kacang peas - tak letak
Bawang besar - potong gelang 
Minyak masak 
Garam dan gula
Susu cair 
Tomato puree - opsyenal

Hiasan
Tomato buah - belah 2
Bawang besar - belah 4
Cili hijau & merah

Cara: 
Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan serai dan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Masukkan sos tomato dan sedikit susu cair dan juga air. 





Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam dan  gula secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata. 




Masukkan tomato buah, bawang besar dan cili hidup.



Apabila telah kering bolehlah diangkat.

Ayam Masak Merah Yang Menggoda Selera


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Ayam Masak Merah Yang Menggoda Selera"