Ayam Masak Merah Yang Menggoda Selera
Walaupun hari minggu lepas, saya dah memasak Ayam Masak Merah yang dimakan dengan Nasi Tomato, hari ni teringin nak membuatnya lagi. Masih teringat ingat kesedapan Ayam Masak Merah yang sedap walaupun diratah begitu sahaja.
Klik di SINI untuk entri sebelum ini. Untuk malam ini, saya hidangkan bersama Masak Lemak Udang dan Peria juga.
Sedap sedap. Hahaha pada orang lain, Ayam Masak Merah ni adalah lauk biasa jer. Tapi pada saya yang dulu jarang jarang memasak, memang sedap dan sangat istimewa dan jarang jarang membuatnya.
Itulah yang kawan kawan semua hairan sebab macam mana saya boleh masuk ke dapur dan memasak setiap hari dengan tiada pembantu rumah lagi. Sedang dulu, saya memang tidak gemar ke dapur. Bukan apa, tak tahan panas lah. Apa apa pun, macam senikata lagu Uji Rashid lah ...

Anak punai anak merbah,
terbang turun buat sarang,
anak sungai pun berubah,
ini pulak hati orang,
mengapa dikenang.
Asal kapas jadi benang,
dari benang dibuat baju,
barang lepas jangan kenang,
sudah jadi orang baru,
mengapa dirindu
Haaa tu diaa lah. Semasa remaja, saya amat meminati Uji Rashid dan menyimpan koleksi gambar beliau yang masih tersimpan sehingga kini. Tak ada sesiapa berani mengusiknya. Jom lah layan resepi dulu....
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil, bubuh kunyit & garam dan goreng
Bahan untuk dikisar:
15 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
1/2 cawan tomato sos
1 batang serai - ketuk
Kacang peas - tak letak
Bawang besar - potong gelang
Minyak masak
Garam dan gula
Susu cair
Tomato puree - opsyenal
Hiasan
Tomato buah - belah 2
Bawang besar - belah 4
Cili hijau & merah
Cara:
Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan serai dan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing. Masukkan sos tomato dan sedikit susu cair dan juga air.
Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan rata.
Apabila telah kering bolehlah diangkat.
4 cawan beras tu untuk berapa orang makan yer
BalasPadam