Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Classic Prawns and Mushroom Macaroni Cheese

Classic Prawns and Mushroom Macaroni Cheese

Saya terpanggil untuk membuat Macaroni Cheese sewaktu makan makan di Secret Recipe, Giant Kota Damansara di mana Aween minta supaya saya belajar membuat macaroni cheese yang memang kegemaran anak anak saya. 

Setiap kali ke Secret Recipe, memang wajib, mereka order Mac Cheese. Jadi saya fikir elok juga jika saya mencuba, dapat lah anak anak makan dengan puas puas jika dimasak sendiri. 

Saya terus google dan mencari resepi yang mudah untuk dicuba. Balik office, terus singgah City Bakers dan The Village Grocer untuk mencari bahan bahan yang diperlukan. 

Hmmm sedap. Ala ala Mac Cheese di Secret Recipe. Yang pasti ianya menjimatkan kerana anak anak dapat makan dengan sepuas puasnya. Boleh bertambah tambah lagi. 


Jom layan resepi ini...


Classic Prawns and Mushroom Macaroni Cheese

Classic Prawns and Mushroom Macaroni Cheese
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan (4 hidangan):

500 gram macaroni
50 - 80 gram mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan (500ml) susu
2 cawan (250 gram shredded cheese

Udang - buang kulit
Straw mushroom - belah dua
Chopped parsley 

Garam
Black pepper atau white pepper

Cara cara:
Masak macaroni di dalam periuk mengikut arahan masa di bungkusan. Tos dan masukkan kembali ke dalam periuk.






Udang direbus sekejap dan masukkan straw mushroom.  Angkat dan tos. 


Cairkan butter di dalam kuali dan masukkan tepung. Goreng tepung sambil dikacau selama 1 minit atas api perlahan.



Perlahan lahan tuang susu sambil dikacau. 


Masukkan udang dan mushroom.  




Kacau sehingga ianya hampir mendidih, kecilkan api supaya simmer selama 2 minit. Tutup api.



Masukkan cheese dan kacau sehingga ianya cair dan sebati.


Classic Prawns and Mushroom Macaroni Cheese

Classic Prawns and Mushroom Macaroni Cheese

Tuangkan cheese sauce ke atas pasta dan kacau sehingga bergaul dan bersalut rata. 


Tabur garam dan lada putih secukup rasa.

Classic Prawns and Mushroom Macaroni Cheese

Masukkan chopped parsley dan kacau rata.

Classic Prawns and Mushroom Macaroni Cheese

Terus dihidangkan sementara masih panas panas.

Classic Prawns and Mushroom Macaroni Cheese

Classic Prawns and Mushroom Macaroni Cheese

Enjoy ...

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

45 ulasan for "Classic Prawns and Mushroom Macaroni Cheese"

  1. Dah cuba, but I use red leicester cheese instead, so color dia a bit orangey. but it tastes awesome! thank you!

    -Jo

    BalasPadam
  2. x sedap ponnnnn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selera masing masing berbeza. So sorry for you

      Padam
  3. Cepat muak la, mcm tak ade rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memasak ni, kenalah pandai sesuai dg rasa. Kalau tak cukup rasa, tambahlah sehingga sesuai dg rasa sendiri. Saya tak pernah menyalahkan resepi, kalau saya rasa tak sesuai dg selera saya. Sebaliknya saya akan tambah sehingga menjadi secukup rasa. Lagipun rasanya tak elok berbuat begitu kan? Bagaimana jika orang melakukannya pada kita, tentu kita akan terasa hati, betul tak?

      Padam
    2. Tak pandai mkn kot..mkn belacam je la ok..huhu..
      Kak azie..tq. Resepi ni mmg sedap..terbaik

      Padam
    3. Saya selalu cuba resepi Kak Azie..selalunya menjadi dari cuba resepi-resepi viral di internet ni...

      Padam
  4. Smlam terbaca post ni..buat trus today..thanks for the resepi..love it and sgt2 sedapp ;-)

    BalasPadam
  5. as salam pn azie...tq for the recipe...my mum's favourite dish...everytime kena beli kat secret recipe...now dah boleh buat sndiri...like u said, memasak ni perlu ada creativity...kena pandai sesuaikan dengan selera sndiri..thanks ye

    BalasPadam
  6. Assalam pn azie.. saya baru nak cuba resepi ni... Tp secret recipe punya mcm ada rasa bawang putih... Apa2pun, nk try recipe pn azie dulu... Thanks ye...

    BalasPadam
  7. Thanks sudi kongsi resepi. Actually saya mmg selalu melawat blog awak. Hehehe sebab cara penulisan awak mudah difahami.

    BalasPadam
  8. I will try this. Tq for sharing :)

    BalasPadam
  9. salam pn azie..sy mmg tertarik ngn resepi puan. Gambar pn menarik..pe2 pun tq for sharing all the recipe.. :)
    -wanie

    BalasPadam
  10. tq pn azie. Dah tak perlu beli lagi kat secret recipe. Best giler... Untuk yang tak suka mungkin tak pandai masak kot. ops...

    BalasPadam
  11. Hai. Salam puan azie. Thnks 4 resepi. Sy kne try resepi nie. Terliur plk rsenye. Bile tngok gmbr.. hehe.

    BalasPadam
  12. Aslm...mac n cheese i version lain...tp nk try yg u punya ni...x payah bake dlm oven kan....

    BalasPadam
  13. Resepi yang saya cari-cari selama ni..baru ada masa nak mencuba...wpun saya belum mencuba dan baru nak beli bahan-bahan, saya PASTI ianya sedap sebab ini mmg favourite dish saya kat Secret Recipe... Terima kasih banyak kat Azie...hargai....

    BalasPadam
  14. Assalammualaikum...terima kasih puan Azie utk resepi.saya mmg suka sgt macaroni chess..
    Kpd yg bnyk ckp tu.makan nasi je kot yg sesuai dgn tekak awk tu.

    BalasPadam
  15. salam kak azie..resepi kak azie x pernh mnghampakan..byk yg sya dh cuba..trima kasih sgt sebb sudi brkongsi ilmu..hnya Allah yg dpt mmbalas sgala jasa kak Azie

    BalasPadam
  16. alhamdulillah...sy memang tercari2 resepi prawn macaroni cheese ni.terima kasih byk222 kerana berjasa dgn ilmu yg dikongsi.

    BalasPadam
  17. Nk try ni dalama carik!! Happy2 haha doakan berjaya :p

    BalasPadam
  18. Baru jumpa resipi ni. Nak tanya cheese apa diguna?

    BalasPadam
  19. Salam. Sy nk tanya, lada putih ke lada hitam? sbb arahan pkai lada putih tp dlm gmbr lada hitam.

    Btw,terima kasih byk byk sbb dh byk resipo yg sy blaja dr blog AzieKitchen 😊 Semoga dapat pahala dan rezeki yg melimpah tuah sbb bantu kami kami yg nak belajar masak, terutamanya masak utk keluarga. Aminnn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm lada putih atau lada hitam. Terpulang.

      Padam
  20. Assalam. saya dah try dah resepi ni. mmg sedap betul. parents saya suka kalau ada oregano, jd saya tmbah oregano sikit. terima kasih utk perkongsian resepi.

    BalasPadam
  21. Kenapa kena letak tepung yer? Kalau tak letak tepung boleh tak?

    BalasPadam
  22. Kak azie.. kak azie guna cheese ape yer... cheese slice blh ke

    BalasPadam
  23. Nti nk try..lme dh cri resepi ni..tq kak azie..

    BalasPadam
  24. Stok macaroni sy dah lama di dapur..bolelah cuba lepas nie..tq

    BalasPadam
  25. Secret recepi ada tambah lobster sos.. Tumis dgn bawang putih.. Sy pernh berkerja di SR.. Tp resepi niy pn sedap jugak..

    BalasPadam
  26. Sya mmg selalu rujuk resepi puan azie...memang terbaik

    BalasPadam
  27. I klu nak masak mesti cari resepi cik Azie.x pernah menghampakan..
    Resepi Azie memang terbaik.ada jugak resepi org lain yg menipu.bgi resepi x ikhlas..
    Azie..u the best..semoga Allah murahkn rezeki u..pnjangkn umur u..dan bahagia dunia akhirat
    Nora Salim

    BalasPadam
  28. Dah byk kali masak guna resepi azie ni..mmg sedap tp chopped parsley x letak pun..Alhamdulillah anak2 suka sgt..thanks for sharing your recipe..❤️

    BalasPadam
  29. Tringin la nk cuba...mnta halal ye...

    BalasPadam
  30. Dah cuba..tq sis azie...sedap

    BalasPadam
  31. Klu nak buat yg sebijik cam secret resepi saya tau sbb pernah kerja sana..senang sgt nak buatnye..dan sedappp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke. Share lah dg saya. DM saya tau. Atau email.

      Padam
  32. Nak cuba buat..dah lama nk kan resepi ni..tq yea kak azie utk resepi nya

    BalasPadam
  33. Nak mintak tlg share jugak boleh? Sbb saya buat selalu thick sangat. X jadi macam di secret recipe ��. Terima kasih!

    BalasPadam
  34. udang tu masak macam mana sebelum masuk dalam sos tu?

    BalasPadam
  35. Saya mmg byk gunakan resepi pn azie.. Klu teringat menu baru mesti cari resepi puan dlu.. Tima kasih byk2.. Semoga puan dipermurahkn rezeki dan dpermudahkn segala urusan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aameen semoga puan juga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan. luv u

      Padam