Classic Prawns and Mushroom Macaroni Cheese
Saya terpanggil untuk membuat Macaroni Cheese sewaktu makan makan di Secret Recipe, Giant Kota Damansara di mana Aween minta supaya saya belajar membuat macaroni cheese yang memang kegemaran anak anak saya.
Setiap kali ke Secret Recipe, memang wajib, mereka order Mac Cheese. Jadi saya fikir elok juga jika saya mencuba, dapat lah anak anak makan dengan puas puas jika dimasak sendiri.
Saya terus google dan mencari resepi yang mudah untuk dicuba. Balik office, terus singgah City Bakers dan The Village Grocer untuk mencari bahan bahan yang diperlukan.
Hmmm sedap. Ala ala Mac Cheese di Secret Recipe. Yang pasti ianya menjimatkan kerana anak anak dapat makan dengan sepuas puasnya. Boleh bertambah tambah lagi.
Jom layan resepi ini...
Classic Prawns and Mushroom Macaroni Cheese
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan (4 hidangan):
500 gram macaroni
50 - 80 gram mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan (500ml) susu
2 cawan (250 gram shredded cheese
Udang - buang kulit
Straw mushroom - belah dua
Chopped parsley
Garam
Black pepper atau white pepper
Cara cara:
Masak macaroni di dalam periuk mengikut arahan masa di bungkusan. Tos dan masukkan kembali ke dalam periuk.
Udang direbus sekejap dan masukkan straw mushroom. Angkat dan tos.
Cairkan butter di dalam kuali dan masukkan tepung. Goreng tepung sambil dikacau selama 1 minit atas api perlahan.
Perlahan lahan tuang susu sambil dikacau.
Masukkan udang dan mushroom.
Kacau sehingga ianya hampir mendidih, kecilkan api supaya simmer selama 2 minit. Tutup api.
Masukkan cheese dan kacau sehingga ianya cair dan sebati.
Tuangkan cheese sauce ke atas pasta dan kacau sehingga bergaul dan bersalut rata.
Tabur garam dan lada putih secukup rasa.
Masukkan chopped parsley dan kacau rata.
Terus dihidangkan sementara masih panas panas.
Enjoy ...
Bahan bahan (4 hidangan):
500 gram macaroni
50 - 80 gram mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan (500ml) susu
2 cawan (250 gram shredded cheese
Udang - buang kulit
Straw mushroom - belah dua
Chopped parsley
Garam
Black pepper atau white pepper
Cara cara:
Masak macaroni di dalam periuk mengikut arahan masa di bungkusan. Tos dan masukkan kembali ke dalam periuk.
Udang direbus sekejap dan masukkan straw mushroom. Angkat dan tos.
Cairkan butter di dalam kuali dan masukkan tepung. Goreng tepung sambil dikacau selama 1 minit atas api perlahan.
Perlahan lahan tuang susu sambil dikacau.
Masukkan udang dan mushroom.
Kacau sehingga ianya hampir mendidih, kecilkan api supaya simmer selama 2 minit. Tutup api.
Masukkan cheese dan kacau sehingga ianya cair dan sebati.
Tuangkan cheese sauce ke atas pasta dan kacau sehingga bergaul dan bersalut rata.
Masukkan chopped parsley dan kacau rata.
Terus dihidangkan sementara masih panas panas.
Dah cuba, but I use red leicester cheese instead, so color dia a bit orangey. but it tastes awesome! thank you!
BalasPadam-Jo
Terima kasih kr mencuba
Padamx sedap ponnnnn..
BalasPadamSelera masing masing berbeza. So sorry for you
PadamCepat muak la, mcm tak ade rasa
BalasPadamMemasak ni, kenalah pandai sesuai dg rasa. Kalau tak cukup rasa, tambahlah sehingga sesuai dg rasa sendiri. Saya tak pernah menyalahkan resepi, kalau saya rasa tak sesuai dg selera saya. Sebaliknya saya akan tambah sehingga menjadi secukup rasa. Lagipun rasanya tak elok berbuat begitu kan? Bagaimana jika orang melakukannya pada kita, tentu kita akan terasa hati, betul tak?
PadamTak pandai mkn kot..mkn belacam je la ok..huhu..
PadamKak azie..tq. Resepi ni mmg sedap..terbaik
Saya selalu cuba resepi Kak Azie..selalunya menjadi dari cuba resepi-resepi viral di internet ni...
PadamSmlam terbaca post ni..buat trus today..thanks for the resepi..love it and sgt2 sedapp ;-)
BalasPadamas salam pn azie...tq for the recipe...my mum's favourite dish...everytime kena beli kat secret recipe...now dah boleh buat sndiri...like u said, memasak ni perlu ada creativity...kena pandai sesuaikan dengan selera sndiri..thanks ye
BalasPadamAssalam pn azie.. saya baru nak cuba resepi ni... Tp secret recipe punya mcm ada rasa bawang putih... Apa2pun, nk try recipe pn azie dulu... Thanks ye...
BalasPadamThanks sudi kongsi resepi. Actually saya mmg selalu melawat blog awak. Hehehe sebab cara penulisan awak mudah difahami.
BalasPadamI will try this. Tq for sharing :)
BalasPadamsalam pn azie..sy mmg tertarik ngn resepi puan. Gambar pn menarik..pe2 pun tq for sharing all the recipe.. :)
BalasPadam-wanie
tq pn azie. Dah tak perlu beli lagi kat secret recipe. Best giler... Untuk yang tak suka mungkin tak pandai masak kot. ops...
BalasPadamHai. Salam puan azie. Thnks 4 resepi. Sy kne try resepi nie. Terliur plk rsenye. Bile tngok gmbr.. hehe.
BalasPadamAslm...mac n cheese i version lain...tp nk try yg u punya ni...x payah bake dlm oven kan....
BalasPadamResepi yang saya cari-cari selama ni..baru ada masa nak mencuba...wpun saya belum mencuba dan baru nak beli bahan-bahan, saya PASTI ianya sedap sebab ini mmg favourite dish saya kat Secret Recipe... Terima kasih banyak kat Azie...hargai....
BalasPadamAssalammualaikum...terima kasih puan Azie utk resepi.saya mmg suka sgt macaroni chess..
BalasPadamKpd yg bnyk ckp tu.makan nasi je kot yg sesuai dgn tekak awk tu.
salam kak azie..resepi kak azie x pernh mnghampakan..byk yg sya dh cuba..trima kasih sgt sebb sudi brkongsi ilmu..hnya Allah yg dpt mmbalas sgala jasa kak Azie
BalasPadamalhamdulillah...sy memang tercari2 resepi prawn macaroni cheese ni.terima kasih byk222 kerana berjasa dgn ilmu yg dikongsi.
BalasPadamNk try ni dalama carik!! Happy2 haha doakan berjaya :p
BalasPadamBaru jumpa resipi ni. Nak tanya cheese apa diguna?
BalasPadamMozarella
PadamSalam. Sy nk tanya, lada putih ke lada hitam? sbb arahan pkai lada putih tp dlm gmbr lada hitam.
BalasPadamBtw,terima kasih byk byk sbb dh byk resipo yg sy blaja dr blog AzieKitchen 😊 Semoga dapat pahala dan rezeki yg melimpah tuah sbb bantu kami kami yg nak belajar masak, terutamanya masak utk keluarga. Aminnn.
Wslm lada putih atau lada hitam. Terpulang.
PadamAssalam. saya dah try dah resepi ni. mmg sedap betul. parents saya suka kalau ada oregano, jd saya tmbah oregano sikit. terima kasih utk perkongsian resepi.
BalasPadamKenapa kena letak tepung yer? Kalau tak letak tepung boleh tak?
BalasPadamKak azie.. kak azie guna cheese ape yer... cheese slice blh ke
BalasPadamNti nk try..lme dh cri resepi ni..tq kak azie..
BalasPadamStok macaroni sy dah lama di dapur..bolelah cuba lepas nie..tq
BalasPadamSecret recepi ada tambah lobster sos.. Tumis dgn bawang putih.. Sy pernh berkerja di SR.. Tp resepi niy pn sedap jugak..
BalasPadamTqvm. Good info.
PadamSya mmg selalu rujuk resepi puan azie...memang terbaik
BalasPadamI klu nak masak mesti cari resepi cik Azie.x pernah menghampakan..
BalasPadamResepi Azie memang terbaik.ada jugak resepi org lain yg menipu.bgi resepi x ikhlas..
Azie..u the best..semoga Allah murahkn rezeki u..pnjangkn umur u..dan bahagia dunia akhirat
Nora Salim
Dah byk kali masak guna resepi azie ni..mmg sedap tp chopped parsley x letak pun..Alhamdulillah anak2 suka sgt..thanks for sharing your recipe..❤️
BalasPadamTringin la nk cuba...mnta halal ye...
BalasPadamDah cuba..tq sis azie...sedap
BalasPadamKlu nak buat yg sebijik cam secret resepi saya tau sbb pernah kerja sana..senang sgt nak buatnye..dan sedappp
BalasPadamOh ye ke. Share lah dg saya. DM saya tau. Atau email.
PadamNak cuba buat..dah lama nk kan resepi ni..tq yea kak azie utk resepi nya
BalasPadamNak mintak tlg share jugak boleh? Sbb saya buat selalu thick sangat. X jadi macam di secret recipe ��. Terima kasih!
BalasPadamudang tu masak macam mana sebelum masuk dalam sos tu?
BalasPadamSaya mmg byk gunakan resepi pn azie.. Klu teringat menu baru mesti cari resepi puan dlu.. Tima kasih byk2.. Semoga puan dipermurahkn rezeki dan dpermudahkn segala urusan..
BalasPadamAameen semoga puan juga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan. luv u
Padam