Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Cili Api Udang Dengan Kacang Buncis


Betul ke ada yang kata, blog ni old school dan dah tak lagi popular? Cuba bagi pendapat anda. Adakah anda mencari resepi masih di blog dengan google, atau mencari di facebook dan Instagram.

Saya tak pasti dengan orang lain, tapi saya masih mencari resepi di blog. Saya mencari dengan menggunakan platform google. Saya baca kisah di sebalik resepi sebelum mencubanya. Saya suka melihat gambar gambar masakan yang cantik cantik yang dikongsi di dalam blog blog masakan. 

Jadi sebab itulah, saya menggunakan Instagram hanya untuk memberitahu ada resepi yang baru telah di update di blog. Saya tidak mahu blog menjadi sunyi jika resepi juga dikongsi di Instagram, pastilah berkurang pengunjung ke blog saya.  Jika ini berlaku, pasti ianya akan menyebabkan mood untuk blog juga ke laut.

Sambil sambil tu, nak beritahu sedikit, jika masuk ke blog saya, jangan lupa untuk klik masuk satu atau dua iklan google yang ada ya. Terima kasih kepada yang selama ini, setia berbuat demikian.


Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi mudah iaitu masak lemak cili api udang dengan kacang buncis. Yang istimewanya kerana gandingan serasi udang dan kacang buncis. Saya memang baru dengan kacang buncis. Selama ini memang saya tak berapa gemar kacang buncis. Saya hanya beli kacang panjang sahaja. 

Maklumlah sejak kecil, biasa makan kacang panjang. Arwah ibubapa saya pun kadang kadang ada menanam sayur kacang panjang. Sambil ke kebun, saya suka memetik kacang panjang yang masih muda dan makan meratah kacang.

Tapi sejak mendengar Pak Tehtuu yang memberi penjelasan panjang lebar akan keenakan kacang buncis, barulah saya menghargainya. Baru lah saya tahu bahawa ianya menpunyai keistimewaan tersendiri.

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...



Masak Lemak Cili Api Udang Dengan Kacang Buncis

Bahan bahan:
10-15 ekor udang
Kacang buncis secukupnya
250 gram santan segar pekat - ½ biji kelapa
Garam

Bahan kisar:
1 inci kunyit hidup
1 genggam cili padi 

Cara cara:
Masak bahan kisar sehingga airnya kering dan masak. Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata sehingga mendidih.

Masukkan kacang buncis dan udang. Akhir sekali, masukkan garam. Boleh disesuaikan rasa dan ditutup api.



Nota:
Masak kacang buncis dan udang sekejap sahaja, terus tutup api supaya kacang kekal rangup dan udang juga tidak kecut.


3 ulasan for "Masak Lemak Cili Api Udang Dengan Kacang Buncis"

  1. saya lebih suka tengok resepi di blog.

    BalasPadam
  2. Saya ni orang tua. Dah orang tua, mmg suka old school. Sebab kalau diblog, cara memasaknya dan bahan2nya teliti dan lengkap. Siap ada tip lagi. Memang tak dinafikan video juga elok. Tapi pada saya video itu sebagai bahan rujukan.Bagi yang nak mula belajar memasak elok tengok video dan dapatkan detail masakan diblog. Itu lebih baik dan lebih cepat jadi PRO.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama dg saya. Saya suka blog. Saya akan baca dan fahamkan cara cara memasaknya serta bahan bahan. Dah jelas, baru saya copy dan mula memasak.

      Padam