Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Wajik Nyonya Yang Sedap

Kuih Wajik Nyonya Yang Sedap

Kita biasa mendengar deman denggi dan nyamuk aedes. Tapi kita tidak merasa apa apa, mungkin sebab dah terbiasa mendengarnya. Kempen kempen di televisyen dan radio pun dah seolah mendengar lagu hiburan sahaja. Begitu juga dengan saya sehingga lah Hubby disahkan positif denggi dan dimasukkan ke hospital selama beberapa hari.

Pada mulanya agak panik bila doktor memberitahu bahawa Hubby perlu dimasukkan ke ICU untuk pemantauan. Dan lagi yang tak seronok bila tiada kekosongan bilik ICU dan doktor berkenaan tidak mahu menerima dan mengesyorkan supaya ke Hospital Sg Buloh atau Pusat Perubatan Universiti Malaya. 

Namun ada seorang doktor yang kami kenali telah sanggup menerima Hubby dengan pemantauan di bilik ward biasa. Setiap hari menunggu keputusan ujian darah dengan debaran kerana menyaksikan platelet darah turun setiap hari sehingga yang paling rendah ialah 15. 

Ianya sangat menjadi pengajaran kepada saya supaya memerhatikan persekitaran rumah supaya ianya tidak menjadi sarang pembiakan nyamuk. Menyembur ubat nyamuk jika ada nyamuk dsb. Setiap tahun statistik kematian di sebabkan denggi di negara kita adalah tinggi. Jadi semua kita perlu memainkan peranan untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes. 

Sedikit kenangan bab nyamuk di mana semasa menunggu keputusan peperiksaan SPM, saya dan 3 orang lagi kawan sekolah telah mendaftar diri menghadiri kelas bahasa Inggeris dan kelas menaip di Kota Bharu. Oleh kerana tidak mahu berulang alik, kami menyewa di sebuah rumah kampung di Jalan Bayam belakang stadium Sultan Muhamad IV Kota Bharu. Nyamuk sangat banyak di situ. 

Selain menyalakan ubat nyamuk, kami tidur dengan memasang kelambu. Tapi apa yang terjadi keesokannya, bukan hanya kami di dalam kelambu tetapi juga penuh nyamuk nyamuk ikut berada di dalamnya. Bolehlah bayangkan badan kami kemerahan kerana digigit nyamuk. Ngeri bila diingatkan semula detik itu kerana seumur hidup tidak pernah melihat nyamuk sebanyak itu. OK sekarang kita masuk pula bab resepi dan masakan.

Kuih Wajik Nyonya Yang Sedap

Pulut Kacau atau Wajik merupakan makanan tradisional yang rupanya ada banyak versi. Versi yang biasa kita tengok adalah yang menggunakan gula Melaka atau gula merah. Kuih wajik versi utara yang saya sediakan sebelum ini juga sangat sedap dengan penggunaan bahan rahsia. Nak tahu apa bahan rahsianya, boleh klik di SINI.

Rupanya ada lagi versi lain kuih wajik iaitu dipanggil kuih wajik permata yang berwarna pink. Manakala satu lagi pula berwarna putih. Itu pun saya tahu bila sahabat saya memberitahu besannya menyediakan kuih wajik putih yang sangat sedap.

Sejak itu, saya masuk ke Pak Cik Google mencari kuih wajik putih. Akhirnya terjumpa, dipanggil sebagai kuih Nyonya Bee Koh. Yang berbeza dengan kuih wajik Melayu ialah teksturnya yang lebih lembut berbanding dengan kuih wajik melayu yang boleh dirasa lagi tekstur beras pulut. 

Ditulis kuih ini hanya memerlukan 3 langkah utama iaitu beras pulut direndam semalaman, langkah memasak santan dn gula dan akhir sekali, pulut digaul dengan santan yang dimasak.

Saya merendam beras pulut pada malamnya, dan keesokan dikukus sehingga lembut. Kemudian masak gula dan santan. Akhir sekali kacau sehingga pekat, jangan lupa masukkan daun pandan untuk mendapat aroma pandan yang wangi.

Serious sangat sedap dan memang tak sangka sangat sedap. Ya lah sebab nampak kosong sahaja kan. Kalau kuih wajik biasa, ada juga rasa gula Melaka atau gula merah. Saya makan lepas satu satu tapi kena tahan jer sebab dah usia macam ni, tak bolehlah makan makanan manis secara berlebihan. Kalau anda belum pernah menikmatinya, saya memang sangat rekemen untuk anda mencubanya sendiri.

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Kuih Wajik Nyonya Yang Sedap

Kuih Wajik Nyonya

Bahan bahan:
200 gram beras pulut
150-180 gram gula pasir
200 ml santan pekat 
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk agar agar

Cara cara:
Basuh beras pulut sehingga bersih dan rendam beras pulut semalaman. Keesokannya ditos air dan dikukus sehingga masak.  

Satukan santan dan gula di dalam kuali. Kacau rata sehingga gula larut dan sedikit mendidih.  Nota: saya guna 180 gram gula pasir.

Kuih Wajik Nyonya Yang Sedap

Kuih Wajik Nyonya Yang Sedap

Masukkan pulut yang dikukus tadi, kacau secara perlahan lahan sehingga ianya pekat dan tidak melekat pada kuali. Kacau dalam anggaran 20 minit. Nota: Jika suka, boleh masukkan 1 sudu kecil serbuk agar agar ketika wajik hampir kering.

Kuih Wajik Nyonya Yang Sedap

Kuih Wajik Nyonya Yang Sedap

Lenser bekas atau lapik dengan daun pisang. Tuang kuih ke dalam bekas. Dengan menggunakan sudu, tekan dan ratakan supaya permukaan rata. Biarkan sehingga sejuk sebelum sedia untuk dinikmati. Nota: Boleh juga lapik baking paper di atasnya dan tekan rata.

Kuih Wajik Nyonya Yang Sedap

Setelah sejuk bolehah dipotong mengikut bentuk yang disukai. 


Catat Ulasan for "Kuih Wajik Nyonya Yang Sedap"