Isnin, 20 Januari 2020

Sambal Sardin

Sambal Sardin

Saya memang tidak akan sesekali meminta belas ehsan dari manusia. Jika mereka merasakan apa yang dibuat adalah betul, buat sahajalah. Manusia sangat lemah dan mereka sendiri tidak berdaya untuk menentukan apa apa hatta nasib mereka sendiri. 

Namun mereka tidak boleh lupa yang mereka diberi gaji tinggi kerana amanah dan tanggungjawab yang besar. Tanggungjawab bukan hanya di pejabat tetapi akan dipertanggungjawab di akhirat. 

Cuma selepas ini perlu lebih berhati hati. Berhati hati bila melangkah supaya tidak lagi jatuh dan tidak patah tulang kaki dan putus ligamen. Kena pastikan minum air yang cukup supaya tiada masalah batu karang. Apa yang saya boleh lakukan ialah dengan sentiasa menetapkan azam ingin mengubah diri saya sendiri, ingin menjadi lebih redha dengan apa jua ketentuan Illahi. 

Apa sahaja yang berlaku atau dihadapi adalah ketentuan dari Illahi. Hatta sakit pening sehingga perlu bercuti sakit lama juga ketentuan Illahi yang menpunyai hikmah yang sangat besar. Orang beriman, akan risau jika lama tidak sakit kerana sakit akan menghapuskan dosa dosa kecil.

Insya Allah saya akan bersara tidak lama lagi. Walaupun banyak suka duka sepanjang perkhidmatan, saya memilih untuk mengingati hanya kenangan kenangan manis dan indah sahaja. Saya akan tinggalkan segala kenangan pahit setakat di sini sahaja. 

Selepas ini, saya akan bebas untuk melakukan apa sahaja. Kalau tidak sihat, hendak mengambil cuti sakit berbulan bulan pun tak apa. Tidak perlu untuk stress stress semasa bercuti sakit. 

Sambal Sardin

Hari ini saya ingin kongsikan antara lauk segera kegemaran saya iaitu sambal sardin. Sambal sardin bukan sahaja sedap dimakan sebagai lauk yang dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak tetapi juga dicicah dengan roti.

Ada pelbagai jenis sambal yang mana ada yang suka sambal yang sedikit berkuah dan ada yang suka sambal yang sedikit kering. Semuanya terpulang kepada citarasa masing masing. Saya suka kedua duanya. Asalkan sardin, semua OK. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Bahan bahan memasak sambal sardin mungkin sama sahaja tetapi yang membezakan adalah cara cara memasak atau teknik masakan sahaja. Jadi jom tengok cara saya menyediakan sambal sardin di bawah ini.


Sambal Sardin

Sambal Sardin
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ikan sardin secukupnya
3-4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
1/2 keping asam keping
1 biji bawang besar - hiris - opsyenal
3-4 tangkai cili padi - opsyenal
Garam

Cara cara:
Panaskan minyak dan tunis bawang merah dan bawang putih hiris sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga garing dan terbit minyak.

Masukkan ikan sardin dan dibalik balikkan dalam minyak supaya ikan sarding bergoreng. Nota: Boleh juga ikan sardin digoreng dalam minyak berasingan, jika suka.

Masukkan sos sardin dan kacau rata. Jika suka, boleh masukkan bawang besar Holland yang dihiris dan cili padi.

Bila terbit minyak, masukkan garam secukupnya dan bolehlah ditutup api. Nota: boleh ceduk keluar minyak yang berlebihan.


3 ulasan:

  1. Sabar Azie..saya pernah dapat hanya RM40 utk kenaikan gaji dgn usaha kerja saya tapi saya reda dan tawakal. akhirnya orang yg terlibat terasa bahangnya hingga sendiri meletak jawatan walaupun x ade sesiapa yg menganggu dia. Biar kita menangis sendiri waktu tahajud kepadaNya....

    BalasPadam
  2. assalamualaikum w.b.t sedapnya sambal sardin.
    topik hari ni mengingatkan sy kpd perbincangan dalam meeting di ofis bbrp hari lps. unit integriti memantau mereka yg EL atau MC. pada sy kalau orang itu atau ahli keluarganya benar2 sakit, bukan dia yg minta nak EL atau MC. melainkan ketetapan drp Allah semuanya. tp kdg2 organisasi ada yg mempersalahkan golongan spt ini dan dianggap ada masalah disiplin. apapun perlu siasat dulu dan tidak boleh jatuhkan hukum sewenang2nya. wallahu a'lam. semoga kuat & ceria menghadapi hari2 kak azie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemimpin yg beriman akan berfikir sebelum bertindak.

      Padam

Add your comment
EmoticonEmoticon