Jumaat, 31 Januari 2020

Kerabu Kacang Botol Yang Terlajak Sedap

Kerabu Kacang Botol Yang Terlajak Sedap

Saya memang benci betul dengan manusia yang hipokrit. Yang selalu berpura pura dan berlagak. Berlagak mewah walau hakikatnya hidup selalu kesempitan. Bukan semua orang dilahir senang seperti saya sendiri, dilahir di kampung dan keluarga saya hanya petani yang pekerjaan utama mereka ialah menanam padi. Mereka bekerja dengan menggunakan tulang empat kerat untuk membesarkan kami adik beradik.

Namun kesusahan itu, yang mengajar saya erti berusaha, erti berjimat cermat, erti berhemah dalam berbelanja. Walaupun bergaji besar, ianya tidak menghalang saya untuk duduk berpeluk tubuh, malahan saya sentiasa berusaha untuk membuat sesuatu yang boleh memberikan kegembiraan pada saya. Ada yang saya kenal bukan asal keluarga senang pun tapi nak memotong rumput pun, upah orang. Tidak mahu menggunakan tulang empat kerat. Kalau mampu dan berduit, tak mengapalah.

Saya juga tidak berbelanja sesuka hati sehingga berhutang sana sini. Saya merancang perbelanjaan saya. Semuanya saya lakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa. Jika teringinkan sesuatu, saya sanggup menunggu bertahun malah sehingga berpuluh tahun sekali pun sebelum membeli. Jika saya membuat checklist, pastinya hampir kesemua yang saya inginkan dalam hidup ini telah saya capai. Alhamdulillah dan syukur juga kerana akhirnya semua pinjaman tanah tanah dan rumah telah selesai sepenuhnya. Juga dengan hasil kerja dan titik peluh saya sendiri. 

Pesanan saya terutama kepada anak anak perempuan dan kaum wanita, berhemah dalam berbelanja, kena punya duit dan harta sendiri. Jadi kita tidak mudah diperkotak katikkan. Jangan percaya 100% pada orang lain walaupun pada suami sendiri. Manusia yang saya percaya 100% hanyalah kedua ibubapa saya sahaja. Mereka yang sangat sayangkan saya dunia dan akhirat. Mereka ikhlas ingin melihat saya berjaya tanpa mengharapkan apa apa balasan. Semoga roh kedua duanya di dalam rahmat Allah dan diletakkan di kalangan orang orang yang beriman. Aameen. Sekarang kita masuk pula, bab masakan.

Saya memang suka juga makan ulam ulaman dan kerabu tetapi selalunya malas nak membuatnya. Malas kerana hanya saya jer yang makan. Jadi kalau sekadar untuk makan sendiri, rasa tak berbaloi juga. Banyak yang kena disediakan untuk menyediakan kerabu. Boleh klik di SINI untuk Kerabu Kulat Gelam cara keluarga saya. 

Kerabu Kacang Botol Yang Terlajak Sedap

Kerabu ini boleh menggunakan apa apa ulam ulaman dan sayuran juga seperti terung, kulat, daun pegaga, kacang panjang dan lain lain. Semua ikut apa yang disukai. Jika suka ulam berkuah, boleh lebihkan santan, saya suka kerabu yang lembab lembab sahaja.

Serious sedap, saya makan meratah ratah begitu sahaja. Lagi pula, orang lain tak suka makan. Jadi saya boleh makan banyak banyak tanpa perlu risau untuk orang lain. Dengan menggunakan hanya 10 batang kacang botol, dapat satu mangkuk besar. 

Jom lah pakat cuba kerabu cara saya. Resepinya ada di bawah ini. Juga saya ada sediakan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Jangan lupa subscribe tau. 


Kerabu Kacang Botol Yang Terlajak Sedap

Kerabu Kacang Botol

Bahan bahan:
10-15 kacang botol
4-5 tangkai cili padi - hiris
1 tangkai cili merah  - hiris
5 biji bawang merah - hiris
1 ekor ikan kembung 
3/4 kotak santan kotak - campur dengan air secukupnya
1 cawan kelapa - goreng sehingga keperangan
2 biji buah limau nipis 
Garam
Gula

Cara cara:
Kacang botol di hiris halus. Ikan bakar diambil isinya dan dicarik halus.

Kerabu Kacang Botol Yang Terlajak Sedap

Kerabu Kacang Botol Yang Terlajak Sedap

Goreng kelapa parut sehingga keperangan. Tumbuk kasar kasar.

Kerabu Kacang Botol Yang Terlajak Sedap

Satukan semua bahan dan kacau rata. 

Kerabu Kacang Botol Yang Terlajak Sedap

Kerabu Kacang Botol Yang Terlajak Sedap

Masukkan garam dan gula. Akhir sekali, perahkan jus limau secukup rasa. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

Kerabu Kacang Botol Yang Terlajak Sedap



Add your comment
EmoticonEmoticon