Ahad, 22 Disember 2019

Hari 1: Choa Phraya River Cruise


Balik dari Bangkok, saya mulai demam. Agaknya saya kurang minum sepanjang di sana. Air di sana memang terasa payau sikit. Semalam seharian, saya tidak dapat bangun. Hari ini, baru terasa ringan sikit badan. Jadi saya ingin menyambung catatan perjalanan Bangkok. Klik di SINI untuk entri sebelum ini.

Selepas makan tengahari kami di bawa ke River City Bangkok untuk aktiviti pertama iaitu Chao Phraya River cruise. Sungai ini merentangi bandar Bangkok dan kedalaman sungainya iaitu 20 meter menyamai bangunan 6 tingkat. 



Banyak bot dan perahu yang lalu lalang sepanjang sungai menjadikan air sungai sedikit berkocak dan bergelombang. Saya yang memang agak phobia dengan air memakai jaket keselamatan walaupun sedikit kepanasan.

Aktiviti ini tambah menyeronokkan bila geng dalam boat adalah satu kepala perangainya. Masing masing berposing untuk mendapat pose yang terbaik. Sepanjang dalam boat tidak terasa boring pun. 



Pelayaran dengan boat ini memakan masa hampir 2 jam dengan boat membawa kami ke tempat di mana kami boleh memberi makan roti pada ikan patin yang besar besar saiznya. Ikan ikan di sungai ini dilarang memancing atau menangkapnya. 

Sepanjang pelayaran, kita boleh melihat kuil Buddha, istana raja dan banyak lagi bangunan bangunan menarik di sepanjang sungai di Kota Bangkok. Ada juga cruise di waktu malam yang lebih cantik dengan bangunan yang akan bercahaya dengan lampu lampu. Boleh dinner di atas cruise tapi makanan halal adalah terhad. Jadi kami memilih untuk tidak dinner di atas cruise.





Kemudian bertolak ke hotel untuk check in. Kami menginap di Holiday Inn Express Bangkok Siam yang bilik airnya menpunyai hand bidet yang pastinya lebih sesuai untuk orang muslim. Biliknya agak kecil terutama bila diletakkan extra bed. 

OK cukup setakat ini dahulu, nantikan entri akan datang untuk dinner di restoran halal yang sangat terkenal dengan keenakan pulut mangganya. 



1 ulasan:

Add your comment
EmoticonEmoticon