Selepas makan tengahari kami di bawa ke River City Bangkok untuk aktiviti pertama iaitu Chao Phraya River cruise. Sungai ini merentangi bandar Bangkok dan kedalaman sungainya iaitu 20 meter menyamai bangunan 6 tingkat.
Aktiviti ini tambah menyeronokkan bila geng dalam boat adalah satu kepala perangainya. Masing masing berposing untuk mendapat pose yang terbaik. Sepanjang dalam boat tidak terasa boring pun.
Sepanjang pelayaran, kita boleh melihat kuil Buddha, istana raja dan banyak lagi bangunan bangunan menarik di sepanjang sungai di Kota Bangkok. Ada juga cruise di waktu malam yang lebih cantik dengan bangunan yang akan bercahaya dengan lampu lampu. Boleh dinner di atas cruise tapi makanan halal adalah terhad. Jadi kami memilih untuk tidak dinner di atas cruise.
OK cukup setakat ini dahulu, nantikan entri akan datang untuk dinner di restoran halal yang sangat terkenal dengan keenakan pulut mangganya.
best kak azie boleh berjalan2
BalasPadam