Sabtu, 23 November 2019

Pulut Pagi Kelantan Untuk Sarapan

Pulut Pagi Kelantan Untuk Sarapan

Pulut pagi adalah antara makanan yang dijual sebagai sarapan di Kelantan. Sebagai anak Kelantan, pastinya ia adalah salah satu makanan sarapan pilihan saya. Pulut yang rasanya manis manis digandingkan dengan rasa lemak lemak masin kelapa muda parut, memang sangat sedap. Kelapa muda parut, bukan kelapa tua. Barulah sedap. Tapi kalau di KL ni, memang susahlah nak dapat kelapa muda.

Tak dinafikan makanan tradisional seperti ini kurang digemari oleh generasi muda. Anak anak saya tak ada seorang pun yang suka pulut pagi ini. Namun bagi mengekalkan resepi makanan tradisional ini, saya abadikan resepinya di blog Azie Kitchen. Kalau bukan anak anak Kelantan, pastinya mereka tak tahu bagaimana rasanya pulut pagi. 

Lagi pulak, adalah menjadi harapan saya agar blog saya ini boleh memenuhi semua citarasa masakan dan kuih muih tradisional dan moden yang lengkap bagi generasi akan datang. Bukan sekadar blog masak memasak lauk pauk harian sahaja. 

Saya akan abadikan resepi resepi pilihan dalam buku resepi saya yang akan dikeluarkan pada penghujung tahun atau awal tahun 2020. Secara jujurnya, buku resepi ini adalah hadiah saya buat semua follower blog saya yang sentiasa menyokong dari dulu sehingga kini yang tetap setia singgah di blog di sebalik kerancakan Instagram. Ianya tidak bermotifkan keuntungan pun, malahan saya memperuntukkan masa, tenaga dan wang yang banyak juga untuk projek buku resepi ini. 

Pulut Pagi Kelantan Untuk Sarapan

OK berbalik pada pulut pagi yang saya sediakan hari ini, terdapat dua cara penyediaannya. Boleh baca di bahagian bawah entri ini. Untuk menghasilkan pulut pagi yang cantik, saya syorkan anda menggunakan gula merah. Ia akan menjadikan pulut pagi lebih cantik dan seterusnya boleh membangkitkan selera bila melihatnya.

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...

Pulut Pagi Kelantan Untuk Sarapan

Pulut Pagi Kelantan

Bahan bahan:
1 cawan beras pulut - 200 gram
1 sudu kecil air kapur
Sedikit kelapa parut - putih
Garam secukupnya

Bahan gula Melaka:
2 sudu besar gula Melaka 
1 sudu gula Merah
1 sudu besar gula
½ cawan air
1 helai daun pandan - carik & simpul

Cara pertama:
Cuci pulut dan rendam semalaman dengan sedikit air kapur supaya pulut lebih kenyal dan wangi. Pulut dikukus sehingga masak.

Pulut Pagi Kelantan Untuk Sarapan

Masak gula Melaka atau gula merah dengan daun pandan dan air sehingga gula larut dan sedikit pekat. 

Angkat dan tuang air gula Melaka/gula merah. Gaul sebati sehingga pulut benar benar lembut dan bergaul rata dengan air gula Melaka. 

Pulut Pagi Kelantan Untuk Sarapan

Kukus sekali lagi sehingga keluar wap dan masak. Angkat dan sedia dihidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. 

Pulut Pagi Kelantan Untuk Sarapan

Pulut Pagi Kelantan Untuk Sarapan

Cara kedua:
Pulut dikukus atau ditanak dengan air lebih sedikit dari paras pulut. Setelah air kering, masukkan gula dan gula Melaka yang diracik halus. Gaul rata sehingga gula Melaka bergaul sebati dengan pulut. 

Kukus sekali lagi selama 5-10 minit. Sedia untuk dihidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam. 




Add your comment
EmoticonEmoticon