Khamis, 10 Oktober 2019

Puding Karamel Sedap dan Simple

Puding Karamel Sedap dan Simple

Entah kenapa hari ini, saya merasa sangat sedih dan hiba. Sebenarnya bukan saya tidak tahu sebabnya tapi mungkin ada yang tidak boleh share dengan sesiapa. Hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang saya fikirkan dan risaukan ketika ini. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan pertolongan Allah jua. Terasa seperti mahu menangis sendiri di saat saya menulis coretan ini. Saya tahu selagi hidup, manusia akan tetap diuji kerana ujian adalah tanda Allah menyayangi hambaNya. Doakan agar semua urusan saya dipermudahkan. 

Antara salah satu yang mungkin menyebabkannya ialah saya diserang oleh allergy sehingga dalam masa 30 minit sahaja, seluruh badan saya dipenuhi bengkak bengkak yang rasanya teramat gatal dan miang. Pukul 12.00 tengah malam saya berada di klinik untuk mendapat injection. 

Ubat allergy memang mengantuk kerana saya perlu tidur untuk mengurangkan menggaru garu badan. Saya memang sangat kesal kerana tidak menjaga makan. Bukan apa, saya teringin nak makan udang. Bukan makan banyak pun tapi nampaknya saya tidak boleh lagi makan udang dan makanan laut yang bercengkerang. Tak sanggup berada dalam situasi semalam. Saya benar benar berserah dan pasrah.

OK sekarang kita masuk bab masakan pula iaitu Puding Karamel. Sebenarnya telah lama saya tidak share resepi kuih muih terutama kuih moden seperti ini. Juita selalu pesan, Mama kenalah cuba resepi kuih muih moden yang disukai oleh remaja dan anak anak muda yang follow blog Mama. Hmm bukan tak nak cuba, tapi saya sekarang banyak mencuba resepi kampung dan kuih muih tradisional yang agak sukar di dapati supaya ianya tidak pupus di telan masa.

Puding Karamel Sedap dan Simple

Saya memang suka puding karamel. Ianya adalah antara kuih muih moden pertama yang saya cuba 20 tahun yang lalu. Boleh klik di SINI untuk resepi pertama Puding Karamel saya. Lagi pulak, menyediakan puding karamel ini sangat mudah dan cepat. Kalau dibeli boleh tahan juga harganya. Dulu dulu, kalau bulan Ramadhan, balik kerja pun masih sempat menyediakannya. Balik solat terawih dah boleh makan. 

Serious sangat sedap puding karamel saya hari ini. Lembut dan nyaman jer rasanya. Teksur puding karamel yang halus mulus ini sangat sedap di tekak saya. Rasanya pun secukup jer manis, tidak terlalu manis. Jadi apa lagi, jom pakat ramai ramai cuba menyediakan puding karamel untuk hidangan keluarga masing masing tau.

Puding Karamel Sedap dan Simple

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa untuk melihat video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Kalau sudi, bolehlah subscribe youtube channel saya ya. Selamat mencuba...


Puding Karamel Sedap dan Simple

Puding Karamel 

Bahan bahan:
6 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan gula
2 cawan susu segar

Air gula hangus:
1/2 cawan gula
3 sudu besar air 

Masukkan gula dan air ke dalam kuali non stick dan nyalakan api kecil sehingga air gula berwarna keperangan. Tak perlu kacau, cuma sekali sekala sendeng sendengkan kuali supaya air gula masak rata.

Puding Karamel Sedap dan Simple

Tuangkan air gula ke dalam bekas yang telah dilenser dengan majerin.

Puding Karamel Sedap dan Simple

Satukan telur dengan gula. Kacau telur supaya tidak berbuih. Tuang telur ke dalam susu. Kacau rata dan tapis. 

Tuang dalam bekas berisi gula karamel tadi. Cover dengan aluminium foil. Kukus selama 15 minit. 

Puding Karamel Sedap dan Simple

Nota:
Boleh juga dibakar dalam oven secara water bath selama 20-25 minit. Masuk air panas dalam tray. 

Untuk adunan di atas menghasilkan 6 bekas karamel. 

Puding Karamel Sedap dan Simple

Puding Karamel Sedap dan Simple


Add your comment
EmoticonEmoticon