Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Dengan Jantung Pisang

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Dengan Jantung Pisang

Saya tak pasti jika orang lain pernah alami seperti yang saya alami. Setiap pagi bila terjaga dari tidur, dan hari tersebut jatuh pada hari Sabtu atau Ahad atau hari cuti kelepasan, akan rasa sangat best. Saya akan bercakap dengan diri sendiri atau dalam hati, hari ni tak kerja. Haa seolah hendak menyakinkan diri bahawa ya betul, hari ni tak kerja. 

Maklumlah setiap hari sejak mula bekerja, adalah hari bekerja. Perlu bersiap dan keluar awal untuk ke pejabat. Dah jadi rutin harian. Memang manusia dilahirkan untuk bekerja bagi menyara hidup. Kerja adalah sebahagian dari ibadah. Bukan hanya melakukan amal ibadah sahaja. Itulah kelebihan manusia. Sedang malaikat hanya dicipta untuk beribadah kepada Allah. 

Tetapi bila semakin hampir hari hari persaraan, saya pula mulai kuatir bagaimana saya harus menghabiskan masa seharian. Bila sampai masa bersara, kenalah bersara. Bagi peluang kat orang muda muda pula untuk mengambil alih tempat kita. Tak perlu nak bekerja hingga mati. Kalau kita mati sekali pun, ada jer orang lain yang boleh ambil tempat kita. 

Semoga bila dah bersara, saya tidak terikut ikut dengan hanya bermalas malas di rumah sahaja. Kalau ikutkan, saya bukan seorang yang suka tidur di siang hari atau habiskan masa di depan televisyen pun. 

Bercakap bab televisyen, sekarang hampir setiap hari ada pesanan berhubung pertukaran dari TV analog ke TV digital. Hmm saya pernah merasa TV hitam putih. TV pertama yang dibeli oleh abang untuk rumah kami adalah TV hitam putih. Kalau tak silap, siaran TV ketika itu, hanya ada sebelah petang sahaja dan berakhir pukul 12.00 tengah malam. Bukan sepanjang hari seperti sekarang. Setiap malam ramai jiran jiran dan anak anak mereka akan datang ke rumah untuk menonton filem Melayu atau rancangan TV lain. 

Zaman dulu, kena bayar lesen TV dan radio. Kalau radio, boleh lagi dibungkus dan disimpan masa penguatkuasa datang check. Tapi saya tak pernah ingat kalau mereka ada datang check TV rumah kami. Cuma yang nak share adalah perasaan takut tu ada kerana tak bayar lesen. Hahaha orang ada rasa takut kerana ada buat salah. 

Setelah lama, baru abang beli TV berwarna di rumah kami. Saya sendiri setiap minggu akan berjalan kaki sebatu jauhnya di malam hari untuk melihat cerita Melayu di TV.  Masa tu, kami ke Jelawat, rumah Tok Saudara yang memang ada TV. Banyak kali juga jatuh di jalan raya sehingga lutut luka. Maklum berjalan kaki di tengah malam, mahu lah tak jatuh kan. 

Namun pengalaman lalu menjadi pengajaran buat saya hari ini. Kesusahan lalu menjadikan saya lebih berhemah dalam berbelanja. Lebih memahami kesusahan hidup orang lain yang saya temui. Dengan kata lain, tak lupa diri dan sentiasa ingat asal usul.

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Dengan Jantung Pisang

Saya tak tahu kenapa tapi gandingan telur itik dengan jantung pisang memang sedap. Memang sangat kena pada selera saya. Masak pulak kuah lemak dan pekat pekat. Wallaa sedap sangat sangat. Ada orang tak suka makan telur itik, mungkin sebab rasanya yang hanyir sikit. Tidak seperti telur ayam. Anak anak kami kecuali Nelly semuanya tak makan telur itik. 

Jadi kalau masak telur itik ni, kena letak bahan yang masam masam baru sedap dan tidak terasa hanyirnya seperti pucuk asam gelugur, belimbing buluh dsb. Atau boleh juga, dilebihkan cili padi supaya lebih rasa pedas dan lebihkan asam keping, supaya rasa masam. Lagi satu telur itik mestilah telur baru, barulah telur sedap dan hasil kejadiannya juga bulat dan lebih cantik.

Jom layan resepi di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Masak Lemak Cili Api Telur Itik Dengan Jantung Pisang

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Dengan Pucuk Paku

Bahan bahan:
15 biji cili api 
1-2 inci kunyit hidup
4 biji telur itik
1 biji jantung pisang
1-2 keping asam keping
1 biji kelapa - santan
Garam kasar

Cara cara:
Jantung pisang di hiris nipis dan direndam dalam air garam seketika. Tos.

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Dengan Jantung Pisang

Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masak sehingga agak masak dan air kering. Cili api boleh ditambah untuk lebih rasa pedas. Saya guna sedikit sahaja kerana anak anak tak tahan pedas. 

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Dengan Jantung Pisang

Bila bahan kisar dah kering, masukkan santan. Kacau sehingga santan mendidih. Nota: saya masukkan santan cair dahulu supaya kuah tidak berketul ketul. 

Bila santan mendidih, masukkan jantung pisang. Masukkan asam keping dan garam. 

Masukkan telur atas sayuran ketika santan belum mendidih besar. Kacau telur tepi tepi sahaja supaya telur tak pecah. Nota: akhir sekali, baru saya masukkan santan pekat.

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Dengan Jantung Pisang

Nota:
Kena ada lebih rasa pedas dan masam baru kurang terasa hanyir. 


Cara lain untuk memasak telur. Panaskan 2 cawan air dan 1 sudu besar cuka sehingga mendidih. Perlahankan api dan biarkan air rebusan merenih. Kacau ikut arah melawan jam hingga berpusar di tengahnya. Pecahkan telur di dalam senduk dan masukkan ke dalam air tadi sehingga telur putih sedikit mengeras. Angkat telur dan toskan.

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Dengan Jantung Pisang


2 ulasan for "Masak Lemak Cili Api Telur Itik Dengan Jantung Pisang"

  1. Baca perenggan 1 sampai 6, sebiji ceritanya dgn apa yg sy alami, tapi skrg ni sy dah pandai melepak depan tv setiap hari Jumaat sebab tak ada orang di rumah, jadi tak perlu masak, masak utk tekak sendiri kalau rajin, basanya panaskan lauk2 jer, lps makan sambung lepak depan tv, hihi.

    Sy sekali saja pernah masak Telur Itik masak lemak, tak ramai yg suka jadi seganlah nak masak nanti kita seorang yg makan

    BalasPadam
  2. memang lauk ni sedap tapi tulah anak2 sekarang x pandai makan sayur. lagi2 letak telur itik.hmmm. betulah Azie, kita dah rasa zaman TV hitam putih dulu, saiz 14 inci dah kira org kaya tu. Cuma dapat tengok berita dan cerita P.Ramli je. mcm manapun zaman tulah yg seronok sekali.

    BalasPadam