Isnin, 28 Oktober 2019

Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen - Keeper Recipe

Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen - Keeper Recipe

Saya sangat bersyukur dengan apa sahaja kurniaan Allah pada saya. Walaupun dilahirkan dalam keadaan serba sederhana tapi saya dibekal dan dididik dengan nilai nilai agama oleh kedua ibubapa. Nilai agama yang dipupuk secara bijaksana, bukan secara paksaan. Bila nilai ada dalam diri kita, pasti kita akan melakukannya suatu hari kelak. Hidayah milik Allah. Ingatlah manusia akan dilihat dari pengakhirannya kerana Allah Maha Pengampun.  

Sebagai persiapan hari akhirat, saya cuba melunaskan hutang hutang dengan Allah dan juga dengan manusia. Hutang dengan Allah seperti solat, zakat dan puasa yang mungkin tertinggal. Hutang dengan manusia samada secara sengaja atau tidak sengaja. Saya sangat takut memikirkan hutang tidak akan langsai jika tidak diselesaikan dengan manusia itu sendiri. 

Kalau orang  biasa biasa macam kita, pasti sahaja pernah berhutang untuk memulakan kehidupan. Berhutang sekadar keperluan sahaja. Masih ingat ketika saya baru baru membina kehidupan, kedua ibubapa, abang, kakak dan anak anak buah yang banyak membantu. Jasa dan kasih sayang mereka tidak pernah saya lupakan sehingga ke akhir hayat.

Hari ini, saya ingin kongsikan satu resepi tradisional yang saya yakin akan kekal digemari sampai bila bila. Saya belajar resepi ini dari Kak Lok. Kak Lok memang tak lokek ilmu. Ada orang usahkan resepi, tanya modal untuk memulakan perniagaan pun tak nak share. Tanya nama travel company yang dia dapat sponsor pun, tak nak share. Entah apa lah yang dirisaukan sangat. Risau kot rezeki dia ke laut gamaknya. 

Saya pernah makan kuih bakar yang disediakan Kak Lok hampir 30 tahun yang lalu. Ketika itu, Dr Sabariah kawan kami dari Segamat akan tidur di rumah kami setiap kali ke Kuala Lumpur. Beliau akan membawa sekali kuih bakar yang disediakan oleh Kak Lok. 

Saya juga pernah beberapa kali ke rumah Kak Lok di Kelana Jaya mengambil tempahan kuih bakar. Setelah itu, hubungan kami terputus agak lama. Setelah berpindah ke mari, baru saya berusaha mencari nombor telefon kak Lok. Kini Kak Lok pun dah tak berapa sihat, jadi dia dah kurang membuat kuih muih atau mengambil tempahan. 

Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen - Keeper Recipe

Hari ini saya hanya membuat setengah adunan. Kalau untuk satu adunan penuh, menggunakan 7 biji telur. Bila kita menyediakan hanya separuh adunan, boleh guna 3 biji jika menggunakan telur gred A atau 4 biji untuk telur saiz sederhana. Satu adunan memghasilkan 2 loyang empat segi saiz 10”x 10”. 

Resepi ini memang a keeper recipe yang boleh disediakan samada untuk hidangan keluarga atau untuk berniaga. Saya kongsikan di sini untuk anda semua mencuba. Semoga dengan perkongsian ini, akan memberi sedikit manafaat pada saya dan juga Kak Lok. Mudah mudahan. Aameen. 

Saya sangat suka resepi ini kerana kuihnya secukup rasa. Tidak terlalu manis. Jika suka manis, boleh tambah gula menjadi 1 ¾ cawan. Nak lagi sedap kena pastikan santan pekat dan berlemak. Rasanya kalau guna, 2-3 biji kelapa parut, lagi lemak dan sedap. Tapi kos nya tinggi lah. Klik di SINI untuk entri sebelum ini. 

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa layan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..

Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen - Keeper Recipe

Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen
Loyang 10”x10”

Bahan bahan:
3-4 biji telur - kalau gred A guna 3 biji
400 gram tepung
½ cawan gula pasir - nak manis guna 1 ¾
7 cawan santan pekat - dari 2-3 biji kelapa
½ sudu kecil garam halus
Setitis pewarna hijau - opsyenal

Cara cara:
Loyang dilenser dengan majerin dan kemudian ditabur dengan tepung gandum untuk menutupi semua bahagian yang dilenser tadi. Kemudian diketuk ketuk untuk membuang lebihan tepung gandum. 

Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen - Keeper Recipe

Blender atau guna mixer atau guna whisk, putar telur dengan gula sehingga hancur. 

Masukkan santan dan tepung gandum. Kacau sebati. Tapis adunan. 

Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen - Keeper Recipe

Lenser loyang dengan mentega dan tabur rata tepung gandum. Ketuk lebihan tepung. 

Tuang adunan dalam loyang. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam atau sehingga masak dan keperangan. Saya bakar lebih dari 1 jam.  


Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen - Keeper Recipe

Biarkan benar benar sejuk sebelum boleh dipotong.

Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen - Keeper Recipe


Nota:
10 helai daun pandan dikisar dengan 4 cawan air  air daun pandan ini kemudian diguna untuk memerah kelapa parut. Jadikan santan cukup 7 cawan. 

Kuih Bakar Istimewa Azie Kitchen - Keeper Recipe

Kalau untuk satu adunan penuh, menggunakan 7 biji telur. Bila kita menyediakan hanya separuh adunan, boleh guna 3 biji jika menggunakan telur gred A atau 4 biji untuk telur saiz sederhana. Satu adunan menghasilkan 2 loyang empat segi saiz 10”x 10”. 


Add your comment
EmoticonEmoticon