Jumaat, 18 Oktober 2019

Bubur Kacang Hijau Dengan Periuk Noxxa

Bubur Kacang Hijau Dengan Periuk Noxxa

Zaman sekarang zaman yang penuh dengan cabaran. Kadang kadang kesian melihat anak anak terpaksa berlari kepenatan. Hidup dalam zaman yang penuh stress dan mencabar. Jalan raya yang sesak dengan kos sara hidup yang tinggi. Perubahan dari ekonomi berasaskan pertanian, ke ekonomi berasaskan industri. Dan kini perubahan mendadak ke zaman ekonomi digital. Banyak pekerjaan yang akan menjadi tidak lagi relevan dan akan digantikan dengan service secara online atau self service seperti perkhidmatan kaunter.  

Anak anak kini kena bijak dan lebih kreatif untuk terus kekal relevan dalam pekerjaan. Kesian melihat Nana yang awal pagi telah keluar membawa Ammar sekali untuk dihantar ke rumah kami. Kami akan membawa Ammar ke KL untuk menghantar saya ke pejabat sebelum Hubby menghantar dia ke pre school.  

Tekanan yang banyak menjadikan banyak kes orang yang terlibat dalam kes jenayah, mengalami mental health dsb. Dulu zaman saya di bangku persekolahan, berbasikal seorang diri ke sana ke mari, tak takut apa apapun. Bila jiwa sakit, macam macam perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Itulah pemerhatian saya yang kadang kadang merisaukan memikirkan masa depan anak anak dan cucu cucu.  Namun saya cepat cepat ingatkan bahawa setiap anak anak didatangkan dengan rezeki masing masing. Tinggal kena berusaha mendapatkannya. Sekarang kita masuk bab masakan pula.

Wah sangat seronok. Apa tak nya, hanya 15 minit sahaja, kacang telah empuk. Tambah masa untuk stir fry dengan santan dan bahan lain dalam lagi 10-15 minit. Dah sedia untuk dinikmati. Sangat menjimatkan masa dan memudahkan urusan di dapur. 

Bubur Kacang Hijau Dengan Periuk Noxxa

Saya kalau dapat makan bubur kacang hijau, akan makan berulang ulang kali. Makan ketika sejuk sejuk dengan kuah yang pekat sedikit. Wallaa serious sedap. Hajat nak cicah dengan roti putih tapi tanpa sedar habis dimakan begitu sahaja. 

Jom layan resepi di bawah ini serta cara penyediaan bubur kacang hijau menggunakan periuk tekanan Noxxa. Selamat mencuba...


Bubur Kacang Hijau Dengan Periuk Noxxa

Bubur Kacang Hijau

Bahan bahan:
250 gram kacang hijau
3-4 ulas durian
500 gram santan
500 ml air
2 sudu besar biji sagu
4 sudu besar gula
1 keping gula Melaka
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:
Basuh kacang hijau dan masukkan dalam inner pot periuk tekanan Noxxa. Masukkan daun pandan dan air dalam 1 inci atas pada kacang hijau. Setting multi grain 15 minit. Set tombol pada pressure. 

Bubur Kacang Hijau Dengan Periuk Noxxa

Setelah masak, masukkan semua bahan lain ke dalam inner pot. Tukar setting pada stir fry. 

Bubur Kacang Hijau Dengan Periuk Noxxa

Kacau sehingga masak dan sagu menjadi jernih. Sentiasa dikacau supaya kuah tidak pecah minyak. 

Bubur Kacang Hijau Dengan Periuk Noxxa

Sesuaikan rasa. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. 


1 ulasan:

  1. yalah Azie. sama jugak dgn kelengkapan dapur. Sekarang dah pakai pressure cooker, dulu pakai periuk biasa je. Walaupun saya tak ada pressure cooker dan gunakan mangkuk vision, kesian tengok periuk lama cap buaya peninggalan arwah bonda. Patutlah kilang periuk kat rumah saya dah tutup.

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon